2/10/11

Nama2 Syaitan dlm Fatihah


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.
Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam
Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6. SIROTHOLLAZI..........sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

7. AMIN ............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ......2harakat, MIN .... 3 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah.

Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Wallahuwa'lam

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya, Insya-Allah.

Sila rujuk post ini pulak: Bacaan Amin Yang Betul Dalam Solat

Info : Mata Manusia Pabila di Zoom


Orang kata dari mata turun kehati...hehehe...jiwang plak mlm2 nie...alang2 dh nk citer pasal mata nie...korang nak tgok tak macam rupa sebenar mata korang...huhu...jagan terkejut...korang tgok la sendiri photo2 nie...gambar yang di snap zoom dekat2 dengan bijik mata...

Subhan'Allah...sungguh menakjubkan ciptaan Allah s.w.t. ini...mmg tak bleh nak di fikirkan dengan logik akal kita manusia....so kita sepatutnya bersyukur sgt2 kerana ada mata yang sihat dan berfungsi sepenuhnya...ia adalah satu anugerah tuhan yang sungguh berharga....


Menjaga pandangan mata dari memandang hal-hal yang diharamkan oleh Allah merupakan akhlak yang mulia, bahkan Rasulullah menjamin masuk surga bagi orang-orang yang salah satu dari sifat-sifat mereka dalah menjaga pandangan.

Abu Umamah berkata,”Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اُكْفُلُوا لِي بِسِتٍ أَكْفُلْ لَكُمْ بِالْجَنَّةِ, إِذَا حَدَّثَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَكْذِبْ, وَ إِذَا اؤْتُمِنَ فَلاَ  يَخُنْ, وَ إِذَا وَعَدَ فَلاَ يُخْلِفْ, غُضُّوْا أَبْصَارَكُمْ, وَكُفُّوْا أَيْدِيَكُمْ, وَاحْفَظُوْا فُرُوْجَكُمْ
“Berilah jaminan padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian surga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta, dan jika diberi amanah janganlah berkhianat, dan jika dia berjanji janganlah menyelisihinya, dan tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang lain), dan jagalah kemaluan kalian.”[2]

Dari Jarir bin Abdillah radliyallahu ‘anhu , ia berkata,
سَأَلْتُ رَسُوْلَ اللهِ عَنْ نَظْرَةِ الْفَجَاءَةِ, فَأَمَرَنِيْ أَنْ أَِصْرِفَ بَصَرِيْ
“Saya bertanya  kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang tiba-tiba (tidak sengaja), maka beliau memerintahan aku untuk memalingkan pandanganku”[7]
Dari Buraidah, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Ali radliyallahu ‘anhu,
يَا عَلِيّ ُ! لاَتُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ, فَإِنَّمَا لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الأَخِيْرَةُ
“Wahai Ali janganlah engkau mengikuti pandangan (pertama yang tidak sengaja) dengan pandangan (berikutnya), karena bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir (pandangan yang kedua)”[8]

Sedikit info tentang mata.
  1. Bola Mata adalah organ yang paling unik dan kompleks yang anda miliki sesudah Otak Anda.
  2. Mata terdiri dari 12 juta bagian perangkat kerja.
  3. Mata mampu memproses 36.000 byte informasi setiap jam.
  4. Pada kondisi normal, mata bisa membedakan cahaya lilin pada jarak 14 mil
  5. Mata mempunyai andil sebanyak 85 % dari total kepintaran kita.
  6. Mata kecil kita mempunyai akses 65 % ke otak dibanding organ lainnya.
  7. Mata dapat dengan cepat merangsang ratusan gerakan otot halus dan organ dalam sekujur tubuh kita ketika kita melihat sesuatu
  8. Dalam keadaan normal, mata anda mampu memanjakan anda dengan hampir 24 juta gambar warna-warni di sekeliling anda. 
  9. Otot-otot luar yang menggerakan bola mata merupakan otot terkuat bagi pekerjaan yang meraka lakukan. Otot itu bahkan bisa menjadi 100 kali lebih kuat jika mereka perlu.
  10. Uniknya Bola Mata orang dewasa berdiameter 1 inci. Dari total luas bola mata, hanya seperenam saja yang kelihatan dari depan.
  11. Mata merupakan organ  yang mampu bekerja 100 % setiap hari jika anda menghendaki, siang dan malam tanpa istirahat. Kelopak mata anda butuh istirahat, otot-otot luar mata anda butuh istirahat, pelumas mata butuh isi ulang, tapi bola mata anda tidak butuh istirahat . Tapi tolong..... istirahatkan mata anda.
  12. Mata adalah Jendela Dunia....rawatlah dia dengan baik.


Filem hantu racuni minda, cerita tahyul punca hysteria

Filem seram kini seakan menjadi trend penerbit2 filem Malaysia untuk di tanyang di pawagam, mungkin disebabkan genre ini mudah menarik minat penonton untuk ke pawagam. Maaflah jika aku katakan mereka hanya mahu mengaut untung daripada genre ini, tanpa fikirkan apakan kesan kepada masyarakat.

Memanglah tak dinafikan, ada juga diselitkan unsur-unsur pengajaran didalam setiap cerita. Namum motif cerita itu sendiri sudah terpesong. Seakan pemikiran kita masih lagi seperti zaman dahulu kala, yang masih percaya kepada perkara2 tahayul dan mistik.

Malah ada yang lebih teruk apabila timbul isu terkini, dimana ada scene yang seakan menpersendakan Agama Islam. Seperti yang berlaku kepada filem Hantu Bonceng. Perkara yang sepatutnya dielakkan oleh pengarah2 dan penulis skrip, mereka seperti terlepas pandang dan biarkan perkara tersebut terjadi.

Bagi aku kenapa mereka suka sangat buat filem2 seram nie? Pengarah2 filem kat Malaysia sudah kering idea, alih2 filem seram jugak yang naik pecah panggung, macam dah takde genre lain lagi yang pengarah2 kat Malaysia ni nak buat. Padahal mutunya tak seberapa, kadang tengok hantu pun rasa nak gelak. Dah jalan cerita kurang menarik, so boring, olahan cerita kurang menarik. Kebanyakannya ulang perkara yang sama jer.

Senarai Filem2 Seram yang Akan Ditayangkan:

Al-Hijab, 06 Oktober 2011, Seram
Klip 3GP, 13 Oktober 2011, Seram, Misteri
Sumpahan Puaka, 20 Oktober 2011, Seram, Misteri, Keluarga
Alamak Toyol, 03 November 2011, Komedi, Seram
Suatu Malam Kubur Berasap, 22 Disember 2011, Komedi, Seram


KUALA LUMPUR, 2 Okt — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

“Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya,” kata Dr Mahathir (gambar) dipetik Berita Minggu hari ini.

“Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’.

“Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

“Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.

“Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan,” katanya sambil menambah, “dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.”

“Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.

“Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut.

1/10/11

Taj Mahal | Sebuah Lambang Cinta

Taj Mahal lambang cinta seorang raja, Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal yang terkorban ketika melahirkan zuriatnya yang ke-14. Bila la akau dapat pergi kat tempat nie.kalau dapat bawa bini honeymoon kat sini best kan.

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.


Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.

Kalau aku ada duit nak jugak aku buatkan istana macam nie untuk bini aku, tapi biarlah dia dapat merasa tinggal dalam bangunan nie...huhu...dan aku dengar semua arkitek yang terlibat dalam pembinaan Taj Mahal ini telah dipancung kepala, supaya tidak ada lagi orang yang dapat menbina monumen seseprti Taj Mahal...tak tahulah betul ke tak...kejam betul raja tue...


Pembinaan

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:

* Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
* [Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
* Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
* Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
* Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
* Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
* Muhammad Hanif - penyelia
* Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
* Pengukir dari Bukhara.
* Kaligrafi dari Syria dan Farsi.
* Inlayer dari India Selatan.
* Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.

Bahan binaan

Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Seni khat

Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.

Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Mitos

Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa yang di beri nama 'Taj Hitam' di seberang Sungai Jumna, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier , seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak eskavasi ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar-marmar berwarna putih sahaja.

Kontroversi

Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.

Penulis P.N Oak ini juga mendakwa Kaabah di Mekah adalah jelmaan dewa Shiva. Beliau turut mendakwa makam Humayun, Akbar, Vatican, Kaabah , Stonehenge adalah kuil atau istana Hindu. Semua ini timbul berikutan sentimen anti-Islam di India. Ini berikutan dari kejayaan mereka merobohkan Masjid Babri .

Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad . Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masehi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah 'Tejo-Mahalaya' iaitu nama lain bagi dewa Shiva.