10/12/15

Filled Under:

Baru Berusia 18 Tahun, Gadis Ini Sudah Jadi Ketua Kumpulan Mafia

Kisah Mafia atau kumpulan samseng sering kita dengar dan tonton di dalam filem. Terdapat beberapa negara di dunia ini yang terkenal dengan pergerakan kumpulan rahsia (Mafia) terbesar. Antara negara-negara yang tersenarai adalah Rusia, Itali, Amerika, Columbia, China, Jepun, Serbia, Jamaica dan beberapa lagi negara.

Kumpulan ini biasanya menjalankan pelbagai aktiviti haram seperti pengedaran dadah, pelacuran, penjualan senjata api, rompakan dan pembunuhan.

Kebiasaannya kumpulan-kumpulan ini diketuai oleh "orang lama" yang penuh pengaruh dan disegani. Lain hal pula dengan kes mafia Peru ini, ketua mafia ini hanya seorang gadis yang berusia 18 tahun.



Dalam satu kejadian, polis Peru menangkap gadis 18 tahun yang memimpin sebuah kumpulan mafia ganas di pusat bandar Callao. Gadis bernama Gabriele Iparraguirre Porras ini digelar 'Serigala Betina' dalam dunia jenayah.

Memetik laporan Merdeka.com, siri jenayah yang dilakukannya seperti membunuh dan penjualan dadah.

"orras bekerja bersama dengan kekasihnya, Juan Carlos Herrera dan mafia Alberto Cardenas Pimentel. Mereka berkomplot dengan nama The Bocanegra Wolves," lapor polis Peru Kolonel Cesar Bedoya



Pergerakan penjenayah wanita dan dua rakan lelakinya berjaya dihentikan ketika mereka sedang merancang serangan terhadap seorang ahli perniagaan pembinaan.

Senjata mereka seperti pistol, bom tangan serta dadah telah dirampas pihak polis.