19/04/11

Filled Under:

Kaki pancing langsung perkahwinan di kolam ikan

ARIFFIN bersama isterinya, Normazliza memancing ikan di hari persandingan mereka di kolam pancing di Kuala Ibai semalam.



KUALA TERENGGANU – Ketaksuban terhadap hobi memancing memberi inspirasi luar biasa kepada seorang mekanik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihan di sebuah kolam ikan di Kuala Ibai di sini kelmarin.


Ariffin Mohd., 53, yang merupakan seorang pemancing tegar memilih seorang suri rumah, Normazliza Mat Zin, 26, untuk melalui detik penuh bahagia itu sambil disaksikan keluarga dan rakan terdekat.

Melengkapkan lagi tema perkahwinan pasangan itu, puluhan joran dihias cantik sebagai penyeri kepada majlis perkahwinan bersejarah itu.

Malah, Ariffin yang berpakaian pengantin sempat memancing bersama Normazliza selama 10 minit sebelum berjaya memancing seekor ikan siakap.

Menurut Ariffin, dia memilih konsep tersebut kerana minat mendalamnya terhadap aktiviti memancing dan mahu menjadikan kenangan itu sebagai detik terindah dalam hidupnya.

3 comments:

  1. wah.. unik nya.. tak pernah orang buat nie.. hehe.. tapi cam menarik..


    tolong vote cik su untuk kotex fresh face search .caranya g ke http://apps.facebook.com/kotexfresh/ tekan vote now dan search suriani salleh. dah nampak gambar tekan vote. pastu tekan vote now

    BalasPadam
  2. uniknya...
    xterfikir lak macam idea mereka neh..happy ja tgk..hehe

    BalasPadam