29/09/13

Tip Hidup Berjimat Cermat

Tip Hidup Berjimat Cermat

12 cara hidup sederhana yang boleh menjimatkan wang yang banyak. Kadang-kadang cara sederhana ini dapat menjimatkan wang yang paling banyak.

1. Membuat kopi atau minuman sendiri. Kos membeli minuman setiap hari sama seperti 20 hari kerja = per bulan.

2. Menghabiskan seluruh waktu cuti anda dirumah dengan ahli keluarga sehingga anda tidak perlu meninggalkan rumah dan menghabiskan wang di luar.

3. Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di Pasar Petani tempatan... lebih segar nya DAN lebih murah dari hypermarket.

4. Membayar lebih daripada minimum pada kad kredit anda, kereta, pinjaman, dll ... sedikit sebanyak membantu dalam jangka panjang dari anda membayar bunga.

5. Gunakan perkhidmatan awam - cthnya jika saya naik bas ke bandar, harganya RM 1.00. Jika saya memandu kereta saya, kos sebanyak itu hanya untuk parking tidak termasuk tol, minyak dsb..

6. Beli penapis air dan pasang ke rumah anda. setiap bulan air ditapis percuma, lebih ,menjimatkan dari membeli air mineral botol dan dilain2 tempat.

7. Pergi ke perpustakaan. lebih menjimatkan dari membeli sebuah buku atau majalah, atau hanya meminjam dari kawn2 anda.

8. Banyakkan melakukan senaman dan berjogging setiap hari, itu membuat anda lebih baik dari berjumpa dengan doktor dan dengan demikian lebih menjimatkan wang.

9. Membayar bil anda secara online ... lebih menjimatkan masa dan wang.

10. Dapatkan berita anda dari internet dan bukan surat khabar - lebih menjimatkan wang dan kertas

11. Menjual semua barang-barang lama anda di internet .. anda anda tidak mahu, bermaksud
ada orang lain mahukan nya !

12. Potong perkhidmatan tv berbayar.... Kata orang.... di restoran dan kedai makan pun boleh tengok bola.
, , , ,

Kestabilan Ayam: Iklan Mercedez-Benz dan LG guna ayam

Mula-mula Mercedez-Benz keluarkan iklan guna ayam untuk menerangkan tentang 'Magic Body Control', satu mod dalam 'Intelligent Drive'

23 September 2013



Empat hari kemudian LG pula guna ayam untuk menerangkan tentang model terbaru fon mereka, LG G2 yang menggunakan sistem 'Optical Image Stabilisation'

27 September 2013

 
, ,

Proton Pernah Keluarkan Model Proton Sembilu

Pada Jun 1994, syarikat pengeluar kereta Malaysia, Edaran Otomobil Nasional (EON), telah memperkenalkan kereta Proton Sembilu. Ia bukanlah model terbaru kereta berjenama Proton, tetapi merupakan nama 'body kit' kepada model kereta Proton Wira yang diubahsuai bentuk serta prestasinya bagi menjadi 'sporty'.



Ketika kereta Proton Sembilu diperkenalkan kepada umum, ia sedang dalam peringkatfasa pertama pengubahsuaian yang cuma melibatkan bahagian badan luar dan dalam kereta. Antara bahagian kereta yang telah diubahsuai ketika itu ialah:

Penghadang hadapan - lubang angin pada sebelah kiri & kanan untuk menyejukkan brek & enjin, manakala bahagian 'bibir' untuk menahan udara dari terbias ke bahagian bawah.

1. Penghadang tepi - untuk menambahkan kelajuan kereta, ia diubahsuai bagi mengelakkan angin terbias ke bahagian tayar.

2. Penghadang belakang - bertindak menekan angin supaya menolak kereta ke hadapan.

3. Stering - berukuran kecil dengan pemegang yang besar dan mudah dikendalikan akan membolehkan pemanduan menjadi lebih mantap dan stabil.

4. Tempat duduk - bentuknya yang dapat mengampu badan akan membolehkan pemandu berada dalam keadaan stabil dalam semua keadaan.


5. Tayar - memperkenalkan rim berukuran 15 inci.


Pihak EON ketika itu memberitahu bahawa Proton Sembilu atau "bahagian-bahagian yang diubahsuai" akan dipasarkan kepada orang ramai apabila proses pengubahsuaian sepenuhnya selesai dalam tempoh "kira-kira setahun lagi".

Antara pengubahsuaian yang dirancang untuk dilakukan dalam fasa seterusnya melibatkan "bahagian enjin, sistem gegantung dan gear untuk tujuan perlumbaan". Namun begitu, tidak pula diterangkan tentang pemilihannama "Sembilu" itu.

28/09/13

, , , ,

Medan magnet Madinah

Ada sebuah wilayah di utara Madinah yang merupakan kawasan pelancongan bagi penduduk Madinah di balik Gunung Uhud iaitu kira-kira 25 kilometer utara kota Madinah.
Kawasan ini juga merupakan kawasan tersubur di Madinah, selain di Quba. Jalannya juga berliku, berbeza dengan jalan-jalan raya kebanyakan di sini yang lurus. Kurma terbaik di Semenanjung Arab seperti kurma Nabi atau Kurma Ajwa juga tumbuh di sini. Buah kurma dinamakan kurma nabi kerana diyakini pohon kurma tersebut dahulu ditanam oleh Rasulullah SAW.


Selain tempat yang terkenal menghasilkan buah kurma yang bermutu, ramai orang percaya bahawa di kawasan ini terdapat sebuah medan magnetik yang sangat kuat dan besar.


Fenomena alam yang luar biasa ini boleh dirasai sepanjang lima kilometer. Jalan ini berakhir di lima deret bukit yang mengelilingi wilayah tersebut. Jalannya turun naik. Namun kenderaan yang menuju jalan yang perlu berdaki hanya boleh bergerak pelahan, seolah ada yang cuba menahan pergerakan kenderaan tersebut. Sebaliknya, dari arah menuruni bukit walaupun jalannya tidak menurun tetapi semua kenderaan akan bergerak lebih cepat bahkan boleh mencapai 120km/j walaupun dalam keadaan free gear. Bahkan kenderaan yang dalam keadaan enjin yang tidak dihidupkan boleh mencapai kelajuan tersebut.

Medan magnet ialah kawasan sekitar magnet dipengaruhi oleh daya magnet. Di bumi ada beberapa tempat yang mempunyai medan magnetik seperti Jabal Magnet di Madinah. Sekarang kita akan melihat apa yang medan magnet sebenarnya dari 3 dimensi eksperimen bidang magneric.


3 Dimensi Magneric Feld Eksperimen

Bahan yang perlu disediakan:
Botol plastik, minyak putih, pasir besi, magnet heksagon atau segi tiga, sudu kecil

Langkah:
Mengisi botol plastik dengan minyak putih sehingga penuh.
Letakkan besi pasir sedikit. Tutup penutup botol dengan ketat.
Goncang botol dan tahan botol terhadap magnet dinding

Pemerhatian:
Pasir besi membentuk corak yang tersendiri.

Kesimpulan:

Setiap magnet berbentuk memilih garisan medan magnet tenaga magnet. Minyak putih berguna untuk memperlahankan gerakan pasir besi supaya pasir besi tidak terus jatuh ke bawah botol selepas digoncang dan membolehkannya untuk ditarik oleh magnet untuk membentuk garis daya magnet.