25/10/12

, , ,

Filem Sekarang Rendah Kualitinya – Yusof Haslam

Siapa tidak kenal dengan Datuk Yusof Haslam. Salah seorang pengarah dan pelakon otai. Filem arahannya pernah meletup Box Office. Komen beliau terhadap filem sekrang yang kurang berkualiti ada benarnya. Bagaikan menjadi trend kebanyakkan filem hari ini berkaitan hantu, mat rempit dan gangster. Sudah kehabisan idea kah para penerbit filem di Malaysia, mengapa mereka tidak mahu terus berkembang, mencuba pelbagai genre filem lagi. Para penonton pon sudah naik muak asyik dengan jalan cerita yang lebih kurang sama dan dengan lakonan pelaokn yang ala-ala je. Nampak gaya jikalau keadaan in berterusan, filem Malaysia akan jatuh kembali.



Rasanya anda semua maklum yang kutipan filem Malaysia amat mengecewakan semenjak kebelakangan ini. Bagi Datuk Yusof Haslam, filem yang kutipannya tinggi tidak semestinya sebuah filem yang berkualiti tinggi. Berkata kepada Sinar Online, walaupun filem Bunohan dan 29 Februari gagal di pawagam, namun kedua-dua buah filem ini adalah filem yang baik.

Sebagai contoh, filem 29 Februari, filem ini bagus tapi mungkin kutipannya tidak begitu baik, begitu juga Bunohan yang saya sifatkan sebuah filem yang mempunyai sinematografi yang baik. Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya. Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti.

Namum harus diingat, Datuk Yusof Haslam. Filem yang pernah beliau arahkan pon bukannya berkualiti sangat. Aku paling menyampah dengan skrip yang di buat didalam setiap filemnya. Dan didalam setiap filem pasti akan ada babak dekat disko, babak pasal anak orang kaya dengan kereta atau motor besar dan paling tak boleh blah mesti ada polis...hahaha..mintak maaf nyer
, ,

Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari



Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan membunyikan sendi-sendi jemari apabila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher.

Maka, kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana.

Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.




Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan sendi di jari juga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya.

Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka dapat menimbulkan penyakit sendi yang kronik di kemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.




Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.

Saat anda menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar.

Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun.

Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam.

Ketika tekanan menurun, muncullah gelembong (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat.

Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama.




Gelembong itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar.

Kerana ruang sendi diisi oleh gelembong, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula.

Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua.




Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang.

Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun.

Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka.

Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.




Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.
, , , ,

Haiwan zaman purba berdarah biru yang ada lagi zaman kita sekarang ni.

Belangkas adalah haiwan zaman purba yang pernah wujud di planet Bumi sekitar 230 juta tahu dahulu. Spesies ini tidak banyak berubah dari sejak dulu hingga kini. Ia mudah dicam melalui ekor yang panjang tirus dan menpunyai cengkeram sebijik macam helmet askar.

Daging haiwan purba ini sangat berharga. Bukan setakat itu darahnya yang berwarna biru juga menpunyai harga yang tinggi di pasaran, seliter darah biru si belangkas ini berharga RM 17,500.

Darah berwarna biru dari belangkas amat bernilai di Amerika Syarikat. Ia berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di sektor perubatan negara tersebut. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor diperlukan jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut. Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.







, , , , ,

Mengapakah Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?

Secara kebiasaannya, lantai yang terdedah kepada cahaya panas terik matahari akan mengalami suhu kepanasan yang melampau.

Namun di Masjidil Haram pula tidak begitu kerana lantainya mengalami suhu yang sejuk.

Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah.

Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40 darjah.



Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza.

Jika malam hari, cuaca cukup sejuk.

Oleh itu, orang sekitar Mekah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Mekah seperti Jeddah.

Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.

“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.

Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius.

Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius.

Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat.

Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.

Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.



Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari.

Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.



Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali.

Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.

Ini berbeza dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah.

Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api.

Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.

Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu.

Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.



Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap.

Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini.

Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair.

Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M dizaman Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan.

Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.

Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Makam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.



Pada zaman Raja Faisal, pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Makam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.

Pada zaman Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan.

Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur.

Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.

Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan ketika zaman Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah.

Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad.

Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.

Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas.



Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.