1/01/12

, , , ,

Kemeriahan Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus


Sesi Soal jawab Zizan Bersama Ustaz Azhar Idrus
Para hadirin yang turut meriahkan sambutan tahun baru 2012
Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat.


Para hadirin solat secara berjemaah.




Suatu pendekatan yang berbeza dan menarik minat masyarakat untuk mendekati majlis keagamaan. Program riadah dan hiburan secara sederhana. Hiburan tidak salah, tetapi jangan sampai melalaikan. DIharap program sebegini tidak terhenti setakat ini, semoga tahun depan akan diadakan lagi...Takbir! Allahu Akhbar !!!
,

Dua Ribu Dua Belas


As-Salam, di pagi tahun baru dua kosong satu dua ini, penuh semangat. Melangkahkan kaki ke tahun baru dengan penuh harapan. Segala pencapaian dan kenangan 2011 akan di teruskan ditahun ini. Apa sahaja yang dibina diharapkan akan terus maju kedepan. Semoga kejayaan akan terus berkembang.

Setiap kejayaan pasti ada jua dugaan. Setelah mengharunginya dengan tabah di tahun lalu, diharap tahun ini semakin kuat dan cekal, walau sebesar manapun cabaran yang menimpa. Sesungguhnya ia juga telah banyak mematang diri dalam menempuhi hidup yang mendatang. Ianya banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar.

Tidak semua manusia itu sempurna, segala kekurangan dan kesilapan tahun lalu harus dielakkan, harus di tempis. Jangan ulang kesilapan sama. Jadikan pengajaran, ianya pengalaman cukup berharga, barulah kita kenal dan tahu siapa kita sebenarnya dan sejauh mana kita mampu untuk pergi lebih jauh.

Selamat datang 2012, semoga kau akan menjadi seperti 2011 yang penuh kenangan kepada diri yang baru hendak mengenal dunia.
, , ,

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW Untuk Renungan

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW, ”SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
, , , ,

Wanita Tidak Tertarik Lelaki Banyak Senyum, Betul Ke?

LONDON: Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman.

Kajian terbaru menunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik.

Menurut penyelidikan pakar psikologi Universiti British Columbia di Kanada, wanita lebih berminat kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu.


Kajian itu dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal.

Penyelidik menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden.

Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan.

Seorang daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung wanita. - DM


sumber