Bergetar jemariku ketika menaip entry ini. Ini bukan isu biasa, ini isu cukup sensitif. Terlalu berat untuk dibawa, namum terdetik didalam sanubariku, apakah aku harus berdiam diri ketika melihat agamaku yang tercinta dihina dan dipijak oleh mereka yang tidak mendapat Hidayah dan Petunjuk. Hampir-hampir menitis air mataku membaca setiap ayat yang di tulis oleh mereka yang buta mata hati ini. Ya, Allah terduduk kau seketika.
Walaupun ini bukan isu baru di Malaysia, dulu pernah hangat isu Aisyah Bukhari dan Lina Joy. Tapi kini serangan para musuh Islam kini nyata berubah, mereka mula menyusuk masuk dengan kemudahan internet. Kalau dulu cuba menyerang dari sudut Undang-Undang, dimana mereka meuntut keadialn buat si mereka yang sudah terpesong ini. Nyata mereka tidak pernah luntur semangat untuk menghapuskan Agama Suci ini.
Tidak dapat dipastikan apakah ini propanganda atau perang saraf terhadap umat Islam. Namum Serangan mereka bertalu-talu, mampukah saudara-saudara kita menangkis semua bedilan berpandu mereka ini. Mereka sebarkan dakyah menggunakan dasar keterbukaan. Internet, dunia tanpa sempadan. Awas! jangan terperangkap.
Definisi Murtad.
Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.Ada pun dari sudut syara’, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.
Kategori Pertama: Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.Orang yang murtad namun menyembunyikannya kemurtadannya sehingga tiada siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, tidak dijatuhkan hukum hudud di dunia. Hukuman mereka adalah di sisi Allah di Hari Akhirat kelak.
Kategori Kedua: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya.Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat.
Kategori Ketiga: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya Serta Menyerang Islam Dengannya.Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan menggunakan senjata, pena, lisan, pemikiran serta menggunakan bantuan orang bukan Islam dan munafik, maka mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Pengecualian adalah jika mereka bertaubat sebelum ditangkap, maka taubat mereka diterima.
Apakah Hukuman untuk mereka ini Nauzubillah...
Ada dibincangkan oleh Ustaz Zaharuddin - Diskusi Hukuman Murtad