12/08/11

,

Resepi Telur Berbentuk Love

Selamat berpuasa semua, pejam celik pejam celik dah separuh bulan kita berpuasa yerr...so biasalah dalam bulan puasa bermacam-macam jenis juadah menjadi santapan untuk berbuka....jangan menbazir udah al yer...

Hari saya nak ajar pauan-pauan semua resepi baru...hehehe...xde lah...nia ada cara untuk bentukkan telur rebus menjadi berbentuk cinta "LOVE"...<3

Langkah-Langkah:

Mula-mula kita sediakan bahan-bahang nyer dulu. Sehelai kertas manila, Gelang getah dan sebatang chopstick. Dan bahan uatama kita Telur.

Masukkan telur dalam lipatan kertas tadi. Kemudian ambil chopstick dan letakkan ditengah-tengah telur tadi...hehehe...

Kemudian ikat dikedua-dua hujung dengan menggunakan gelanag getah. Dan Tunggu sampai lebam.

Selepas beberapa hari, kita akan dapat hasilnya lebih kurang gamabr diatas.

Cantikan???...telur tadi sudah menbentuk menjadi love.

Dah siap, sekarang leh cari nasi lemak untuk santapa dengan telur rebus nie..tentu sedap sebab ia berbentuk love...hahaha

9/08/11

Murtad

   
    Bergetar jemariku ketika menaip entry ini. Ini bukan isu biasa, ini isu cukup sensitif. Terlalu berat untuk dibawa, namum terdetik didalam sanubariku, apakah aku harus berdiam diri ketika melihat agamaku yang tercinta dihina dan dipijak oleh mereka yang tidak mendapat Hidayah dan Petunjuk. Hampir-hampir menitis air mataku membaca setiap ayat yang di tulis oleh mereka yang buta mata hati ini. Ya, Allah terduduk kau seketika.

   Walaupun ini bukan isu baru di Malaysia, dulu pernah hangat isu Aisyah Bukhari dan Lina Joy. Tapi kini serangan para musuh Islam kini nyata berubah, mereka mula menyusuk masuk dengan kemudahan internet. Kalau dulu cuba menyerang dari sudut Undang-Undang, dimana mereka meuntut keadialn buat si mereka yang sudah terpesong ini. Nyata mereka tidak pernah luntur semangat untuk menghapuskan Agama Suci ini.

   Tidak dapat dipastikan apakah ini propanganda atau perang saraf terhadap umat Islam. Namum Serangan mereka bertalu-talu, mampukah saudara-saudara kita menangkis semua bedilan berpandu mereka ini. Mereka sebarkan dakyah menggunakan dasar keterbukaan. Internet, dunia tanpa sempadan. Awas! jangan terperangkap.



Definisi Murtad.
Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.
Ada pun dari sudut syara’, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.
 
Kategori Pertama: Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.
Orang yang murtad namun menyembunyikannya kemurtadannya sehingga tiada siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, tidak dijatuhkan hukum hudud di dunia. Hukuman mereka adalah di sisi Allah di Hari Akhirat kelak.
Kategori Kedua: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya.
Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat.

Kategori Ketiga: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya Serta Menyerang Islam Dengannya.
Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan menggunakan senjata, pena, lisan, pemikiran serta menggunakan bantuan orang bukan Islam dan munafik, maka mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Pengecualian adalah jika mereka bertaubat sebelum ditangkap, maka taubat mereka diterima.

Apakah Hukuman untuk mereka ini Nauzubillah...
Ada dibincangkan oleh Ustaz Zaharuddin - Diskusi Hukuman Murtad

8/08/11

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara



KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

7/08/11

Mimpi Di Gigit Ular


Alhamdulillah sudah masuk hati ke tujuh kita berpuasa dengan jayanya...semoga semangat nie kekal hingga kehujungnya...hehehe...tahun nie sekali lagi aku terpaksa berpuasa di tempat baru Kat Kuantan, first time aku berpuasa kat sini, jadi juadah dan selara lain la skit...bayangkan kalau korang makan murtabak kat sini xde kuah kari dal cuma ada bawang jer...hu3...

Tapi pengalaman sahur kat sini ala kadar jer...macam tahun2 lepas jugak la...biasa nya bagun jap buat air dan makan biskut jer pun dah cukup...hehehe...ambil berkat orang kata...tapi aku dah miss 1 kali sahur sepanjang 7 hari nie...

Nak citer skit nie, pagi tadi aku tidur lepas sahur, tiba-tiba pula aku bermimpi...jeng3...bukan mimpi yang pelik3 ek...tapi mimpi di gigit ular...korang tau tak apa maksudnya...memang real la mimpi tue...siap aku leh rasa sakit...

Nie makna yang aku jumpa dekat internet tak tahu la betul ke tak...Apa pendapat korang...???

* menurut Islam:
o Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

5/08/11

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran

Salam.
Saya dapat info ni dari email seorang sahabat.
Semoga bermanfaat buat kita.


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...


Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
, , ,

Jom join Google+

Sape tau pasal Google+? Sila angkat tangan....hehehe...Ini adalah laman sosial terbaru yang di kelaurkan oleh Google...dan disebut-sebut akan menjadi persaing kepada facebook...tapi sekarang masih dalam peringkat percubaan dan korang tak boleh register direct, tetapi korang boleh join jika ada yang invite korang...aku dah ada akaun kat sini...nampak cam sernok walaupon interface lebeih kurang FB, namum syok jugak leha main circle2...hehehe...tapi bagi aku benda nie sama jer dengan FB...so kita tunggu dan lihat jer boleh kah Google+ mengaatasi Facebook nanti...

Kalau korang belum lagi join benda nie...kalau berminat bleh r tinggalkan e-mail korang kat kotak komen tue...nanti aku akan invite...lepas tue check inbox e-mail korang dan dah boleh mula guna benda alah nie...hehehe

3/08/11

Iklan Kontroversi Ramadhan 8TV



Iklan ini telah di banned, xtau kenapa sebab ada awek cina pakai seksi skit kot dalam video iklan tue...hehehe...cam xsesuaikan semperna bulan puasa nie...tapi hakikatnya kat luat lagi teruk, ada (awek melayu) yang pergi bazar ramadhan pon pakai lebey kurang cam tue jugak...