12/05/11

Filled Under:

How to | cara melupakan memori silam

Perkara yang berlaku dalam hidup kita, memang kita sukar nak lupakan terutamanya jika perkara itu merupakan kenangan pahit atau kenangan manis dalam hidup kita.

Of course la kita susah nak lupakan. Kalau tak leh nak lupakan kenangan manis tak apa. Tapi kalau susah nak lupakan kenangan pahit yang melukakan hati, memang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri sendiri. So. Macam mana cara nak atasi?

Tidak perlu terlampau memikirkan hal ini. Mestilah kita tak nak fikirkan.
Macam mana kalau terbayang atau terimbau kenangan pahit tu? Think positive. Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku itu. Ambil teladan daripada kenangan yang berlaku itu agar ianya tidak lagi berulang dalam hidup kita.

Kalau hati masih terasa gusar dan resah, amik wudhuk dan tunaikan solat dua rakaat. InsyaAllah hati akan terasa tenang.

Tidak perlu memaksa diri kita untuk melupakan kenangan pahit tu, nanti diri sendiri yang akan tertekan. Segala apa yang pernah berlaku, kita terima dengan positif dan jadikan ianya sebagai pengajaran buat masa depan.

Belajar daripada kesilapan. Itu yang biasa kita dengarkan? Kerana apabila once kita melakukan kesilapan, kita akan ingat, then kita akan belajar tentang hal ni.

Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah. Pernah tak kita renung dan fikir tentang perjalanan hidup kita? Apa yang berlaku, dan seterusnya apa yang berlaku kepada kita. Banyak yang ada kaitan sebenarnya, cuma mungkin kita kurang menyedari akan hal ni.

Yang penting, redha dengan segala ketentuan dan apa yang dah berlaku. Semoga hati kita akan terus tenang. InsyaAllah.




p/s: dedicate to best frenzz...hehe..:P

0 comments:

Catat Ulasan