GABE OKOYE (kiri) dan Brittany Mayi memikirkan jawapan dalam kuiz Million Dollar Drop terbitan stesen televisyen Fox di Amerika Syarikat pada Isnin lalu. |
LOS ANGELES - Satu pasangan muda di Amerika Syarikat (AS) kalah dalam kuiz Million Dollar Drop sekali gus terlepas untuk memperoleh AS$800,000 (RM2.49 juta) selepas mereka memberikan jawapan yang betul tetapi dianggap salah oleh pihak penganjur, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kuiz yang disiarkan pada Isnin lalu, Gabe Okoye dan pasangannya, Brittany Mayi memberikan jawatan buku nota Post-It Notes bagi menjawab soalan barangan yang manakah dijual lebih awal di kedai sama ada komputer Macintosh, pemain muzik Sony Walkman atau Post-It Notes.
Mereka kecewa selepas mendapati jawapan Post-It-Notes yang diberikan pasangan tersebut didapati salah dalam kuiz terbitan stesen televisyen Fox itu.
Namun, kontroversi mengenai jawapan itu tercetus apabila pengguna-pengguna forum di Internet mendakwa, pasangan tersebut menjawab dengan tepat dan wang tersebut sepatutnya menjadi milik mereka.
"Sebenarnya, Post-It Notes tidak memasuki pasaran AS sehingga 1980, tetapi ia dijual di empat buah bandar raya untuk menguji pasaran bermula pada 1977," kata seorang penulis blog, Richard Lawson.
"Justeru, ia mengatasi Sony Walkman yang mula dijual pada 1979," tambahnya.
Menurut Lawson, soalan yang ditanya itu adalah sama ada ia dijual di kedai dan bukannya dijual di seluruh AS.
Penerbit eksekutif kuiz itu, Jeff Apploff dalam satu kenyataan mempertahankan jawapan yang diberikan pasangan itu tidak betul.
Menurutnya, sampel buku nota Post-It Notes itu diberikan secara percuma pada 1977 dan 1978 dan ia hanya dijual di kedai pada 1980. - Agensi

0 comments:
Catat Ulasan