3/11/12

, ,

Fakta Menarik Tentang Buah Buahan

Inilah fakta menarik tentang buah-buahan yang mungkin jarang kita ketahui :







1. Nanas juga dijuluki “King of Fruits” ketika menjadi buah langka.


2. Mangga segar lebih banyak di ambil setiap hari di dunia dibanding buah lain.


3. Pear bersisik adalah sejenis kaktus dan merupakan tanaman beracun di Australia.


4. ”Granny Smith” adalah epal asli di Australia yang ditemukan pada tahun 1867.


5. Lebih dari 20 juta kelapa diambil setiap tahunnya.


6. Secara teknikal, limau adalah Hesperedium, sejenis buah berry.


7. Rzez adalah mangga popular kedua yang dikembangkan di Australia.


8. Merendamkan air limau nipis semalaman di teko keramik boleh menghilangkan noda coklat.


9. Kiwi mengandungi zat actinidin yang boleh digunakan untuk membuat supaya daging lembu lembut.


10. 1/3 nanas di dunia dihasilkan di Hawaii.


11. Mangga mempunyai kandungan vitamin C sama banyak dengan limau.


12. 2/3 serat epal ada di kulitnya.


13. Vitamin C pada pear paling banyak ada di kulitnya.


14. Kajian membuktikan, memakan pisang boleh menambah daya ingatan.


15. Crabapple (epal ketam) adalah epal asli dari Amerika Utara.


16. Orang yang alergik bahan latex, biasanya alergik kepada kiwi juga.


17. Ilmu tentang perkembangan epal disebut POMOLOGY.


18. Kita boleh mematangkan mangga dengan cepat dengan cara memasukkan ke dalam paperbag bersama dengan pisang masak.


19. Antioksidan pada epal 5x lebih besar dari pisang.


20. Hanya 1 dari 5 orang Australia makan epal setiap hari.


21. Kiwi memiliki nama lain iaitu Chinese Gooseberry.


22. Mangga masih dalam 1 keluarga tanaman Poison Ivy.


23. Pelaut inggeris mengambil air jeruk nipis untuk menghindari mabuk laut.


24. Pelaut inggeris disebut juga Limeys kerana suka minum air limau nipis.


25. Nanas mengandungi Bromelain yang berguna mencegah bir dingin berawan.


26. Ada sekitar 10 ribu jenis epal di dunia.


27. 1 pokok epal rata-rata boleh menghasilkan 500 buah epal.


28. 25% kandungan dalam epal adalah Udara,sebab itu epal boleh terapung.


29. Lebih dari 60 juta ton epal dihasilkan di dunia per waktu tertentu.


30. Kiwi ditetapkan sebagai buah kebangsaan di China.


31. Pear akan berubah menjadi hitam sekali jika disimpan pada lingkungan yang kurang oksigen.


32. Markisa pertama kali ditemukan di Brazil.


33. Kajian membuktikan bahwa makan epal boleh mengurangi risiko kena kanser.


34. Biji epal merupakan racun ringan namun tidak berbahaya bagi manusia.


35. Limau adalah buah yang paling umum di dunia.


36. Beberapa negara di dunia melatih monyet untuk memetik kelapa.


37. Ada lebih dari 400 jenis kiwi di China.


38. Perkataan di australia “She’s Apple” bukan bermaksud “Dia (wanita) manis” tetapi bermaksud “Semuanya baik2 saja”.


39. Nanas yang belum matang adalah racun.


40. Kiwi memiliki nama asli iaitu Yang Tao (Sunny Peach).


41. Makan pisang ketika makan nasi dapat membantu ibu hamil terhindar dari "Morning Sickness".


42. Plum Jepun sebenarnya berasal dari China.


43. Plum boleh tumbuh di semua benua kecuali Antartika.


44. Memerlukan tenaga 50 helai daun untuk menghasilkan 1 buah epal dalam 1 pokok.


45. Makan plum membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.


46. Anggur dapat meletup jika dimasukkan ke dalam microwave.


47. Pisang mengandungi vitamin B6 yang boleh mengawal kadar gula dalam darah dan membangkitkan mood.


48. Satu nanas bukan satu buah,tetapi terdiri atas lebih dari 200 anak buah (fruitlets).


49. Limau nipis tidak mengandungi segala jenis lemak, natrium dan kolestrol.


50. Menanam tembikai dalam kotak akan menghasilkan tembikai kotak.


51. Dilihat dari beratnya,tembikai adalah buah yang paling diminati di USA.


52. Pokok kelapa entah kenapa disebut “Tree of Life”.


53. Bunga pohon markisa adalah bunga kebangsaan negara Paraguay.


54. Tembikai adalah sepupunya Terong, Labu dan Squash.


55. Menanam satu biji buah jeruk boleh menghasilkan lebih dari 1 pokok.


56. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengkilatkan kasut kulit.


57. Bahagian dalam kulit pisang juga boleh digunakan untuk menghilangkan gatal bekas gigitan nyamuk dengan cara menggosokkannya.


58. Di Kerala, India selatan, bunga kelapa digunakan untuk upacara pernikahan.


59. Kulit Plum dipercayai memiliki efek Laxative.


60. Pisang kaya akan vitamin B Complex yang boleh menenangkan sistem saraf.


61. Tidak ada yang se-rima dengan “orange” (limau).


62. Salah satu spesies markisa yang buahnya berwarna ungu boleh melakukan fertilisasi sendiri.


63. Pisang boleh meningkatkan kadar Serotonin yang boleh melawan depresi.


64. Semakin besar “Navel” pada limau navel, semakin manis buahnya.


65. Markisa yang berkerut adalah markisa yang paling manis.


66. Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry.


67. Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara.
, , ,

10 Khasiat Tersembunyi Tempe

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

, ,

Info : Hollywood VS Bollywood

5 Perkara pasal filem Hollywood :-


1. Orang China tidak ada kerja lain selain berkung fu.
2. Lebih daripada 50% populasi Amerika adalah agen FBI/CIA, menbuat kerja-kerja penyamaran.
3. Matlamat utama sistem disekolah di Amerika adalah untuk promosikan Basketball/ Baseball.
4. Aliens atau mahkluk asing begitu berminat untuk menyerang Amerika.
5. Di Amerika anda boleh jumpai pelbagai mahkluk mistik seperti Werewolves dan Vampaire serta Zombie.


5 Perkara pasal filem Bollywood :-


1. Sekurang-kurangnya salah seorang kembar seiras akan dilahirkan jadi jahat.
2. Ketika mematikan bom. Tak perlu risau wayar mana yang di potong...anda "akan selalu pilih wayar yang betul".
3. Hero tak akan rasa sakit ketika bergaduh dan ditumbuk penjahat...tetapi akan mula merasa sakit apabila ketika Heroin sedang sapu ubat pada luka.
4. Seorang detektif hanya akan dapat selesaikan kes jenayah...apabila dia digantung daripada bertugas.
5. Apabila anda menari di jalanan...tidak perlu risau akan ada orang yang akan menari mengikut step tarian anda.

Fakta Tentang Puting Beliung

Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.

Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.

Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.

Info, etimologi nama Puting Beliung.
Beliung ni sejenis alat macam kapak (tapi matanya di depan dan belakang), ie. kapak beliung.
Nama puting beliung ni orang Melayu kasi sebab rupa vortex angin tu macam bentuk hujung hulu beliung orang Melayu, macam puting. Macam hujung hulu parang.
Jadilah nama puting beliung.







Bagaimana puting beliung berlaku

Puting beliung boleh berlaku hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.

Kemusnahan dan lokasi berlakunya puting beliung

Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi.

Amerika Syarikat adalah negara yang paling banyak mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain tidak akan mengalami bencana ini. Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia termasuklah Malaysia. Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Puting Beliung (Tornado Alley).

Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler. Akibatnya, penduduk di kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan.

Senarai peristiwa puting beliung terdahsyat yang pernah di rekodkan di dunia
1. Puting beliung Natchez (7 Mei 1840) - Fenomena berlaku meliputi daerah Concordia, Parish, Louisiana, Adams County dan Mississippi, Amerika Syarikat. Sebahagian kematian jiwa direkodkan berlaku di Sungai Mississippi. Walaupun angka kematian rasmi seramai 269 orang, namun pihak penyelamat mengganggar jumlah kematian jauh lebih tinggi.

2. Puting beliung St. Louis (27 Mei 1896) - Malapetaka telah meragut sekurang-kurangnya 137 orang. Bandar St. Louis, Amerika Syarikat dilaporkan terjejas teruk. Kompleks beli-belah, rumah, kedai-kedai kaki lima, hospital, kerata api dan gereja digambarkan hilang dalam tempoh begitu singkat.

3. Puting beliung Tri-State (18 Mac 1925) - Sekitar tempoh tiga jam lebih, puting beliung ini telah mengorbankan 700 nyawa dan menghancurkan lebih daripada 15, 000 kediaman di wilayah Illinois, Indiana dan Missouri, Amerika Syarikat.

4. Puting beliung The Tupelo (5 April 1936) - Ianya berlaku dekat Coffeeville, daerah Yalobusha, Amerika Syarikat. Dalam kes ini, sebuah kompleks membeli belah terpaksa dijadikan hospital sementara dan pusat transit perlindungan. Sebanyak 233 nyawa melayang, 150 kabin sementara dibina supaya dijadikan rumah perlindungan tambahan sementara.

5. Puting beliung The Gainesville (6 April 1936) - Puting beliung ini melalui bandar Gainesville, Georgia. Sebanyak 750 buah rumah hancur dan ranap. Seramai 203 orang terbunuh, 40 orang dilaporkan hilang. Kematian terbesar dalam peristiwa puting beliung ini melibatkan kematian terbesar yang hanya berlaku di sebuah gedung membeli-belah terkemuka disana.

6. Puting beliung Joplin (21 Mei 2011) - Berlaku di bandar Joplin, Missouri, Amerika Syarikat. Disifatkan bencana puting beliung paling teruk yang pernah melanda AS dalam tempoh setengah abad. 142 nyawa dilaporkan terkorban. Saiz puting beliung dianggarkan 10 km panjang ke atas dan 1.2 meter lebar diameter radius. Dianggap suatu saiz puting beliung yang pelik jauh dari jangkaan pakar.

Peristiwa puting beliung di Malaysia

Malaysia juga dilihat tidak ketinggalan untuk menerima kehadiran puting beliung sebagai salah satu fenomena alam yang agak unik di negara tersebut. Berikut adalah senarai peristiwa puting beliung yang utama terjadi di Malaysia pada mutakhir ini:

1. Puting beliung Kota Damansara (13 Jun 2010) - suatu ribut puting beliung yang amat dasyhat telah melanda Kota Damansara. Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10. Kawasan yang paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Di kawasan ini lebih 30 gerai penjaja daripada golongan berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung merosakkan semua kanopi gerai. Ada juga gerai-gerai yang terangkat terus dan di lemparkan beberapa meter jauh oleh ribut tersebut. Selain itu dianggarkan juga sebanyak 120 pokok besar tumbang, kira-kira 30 buah motosikal di tempat letak kenderaan terbalik, gerai-gerai roboh dan hampir 29 buah kereta rosak dihempap pokok dan lori turut terbalik.

2. Puting beliung Perlis (28 Oktober 2010) - Berlaku di sekitar kawasan Jejawi. Lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sekitar Jejawi rosak akibat angin puting beliung

3. Puting beliung Pulau Pinang (15 November 2010)- Berlaku di kawasan Gurney, Pulau Pinang, Malaysia. Berlaku kira-kira pukul 6.30 petang

Perbezaan antara puting beliung dan taufan

Ramai di antara kita yang terkeliru antara puting beliung dan taufan memandangkan kedua-duanya adalah corong angin kencang dan ribut angin kencang. Ribut taufan itu sendiri merupakan satu sistem cuaca manakala puting beliung pula ialah sebahagian daripada sistem ribut petir. Ribut taufan memusnahkan kawasan yang luas dalam satu-satu masa tetapi puting beliung hanya memusnahkan kawasan yang dilalui corong ribut kencang itu sahaja. Tambahan pula, puting beliung hanya bertahan selama beberapa jam tetapi ribut petir boleh bertahan selama berhari-hari, malah boleh jadi lebih daripada seminggu.