3/11/12

,

Kolam Renang Terbesar di Dunia

Kolam renang ini tercatat dalam Guinness Book of World Records sebagai yang terbesar di dunia. Kolam renang di pinggir pantai ini memiliki panjang mencecah 1013 meter (1 kilometer lebih) dan luasnya mencecah 8 hektar. Kolam renang yang terletak di pinggir pantai Chili ini menampung air hingga sebanyak 66 juta galon (250.000 meter kubik air).


Kolam renang ini memerlukan 5 tahun untuk menyiapkannya dan ketika dibuka ia menarik ramai pelancong ke San Alfonso del Mar resort di Algarrobo, pantai selatan Chili dimana kolam renang ini berada.


Kolam renang ini menggunakan pam dan sistem penyaringan yang dikendalikan komputer untuk sentiasa menjaga air laut di dalamnya agar tetap fresh dengan sistem kitaran tetap. Pam nya menyedut dan menyaring air dari laut pada satu sisi, dan mengepamnya keluar lagi pada sisi lainnya. Suhu nya di tetapkan pada suhu 26 darjah celcius, lebih tinggi sekitar 9 darjah dari suhu air laut di sekitarnya.


Kolam renang ini di reka oleh Biochemist asal Chili, Fernando Fischmann dengan memanfaatkan sumber air laut yang tidak pernah habis dan tentunya tidak merosakkan lingkungan laut di sekitarnya.




Swimming Pool Live Camera di San Alfonso Del Mar Chile


Satellite Photo



Lagi gambar:





, ,

Fenomena Air Laut Bercahaya




Cantik kan gambar yang di atas ni. Seolah pantai itu dihiasi dengan lampu-lampu kecil yang berwarna biru. Cahaya biru yang berkilauan itu ditemui di sebuah pantai di Pulau Vaadhoo di Kepulauan Maldives.

Ianya adalah satu fenomena semulajadi yang dipanggil ‘Bio-Luminescence’. Fenomena ini terjadi kesan dari tindak balas plankton dengan oksigen dalam air laut. Tindak balas tersebut telah menghasilkan satu cahaya yang sangat menarik. Malah cahaya itu dikataan lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.

Gambar cantik ini berjaya dirakamkan oleh jurugambar Doug Perrine. Kata beliau ketika gambar ini diambil, langit dipenuhi dengan kilauan bintang tetapi tiada bulan yang kelihatan. Namun gelombang kecil yang menghempas ke pesisir pantai kelihatan seperti lembaran kilat.

Fenomena seperti ini agak jarang ditemui, namun ia tidak mustahil. Dan sering kali ia kelihatan jauh dari daratan.
, ,

Cara menggunakan Lift tanpa berhenti di tingkat yang tidak diingini


Cara menggunakan Lift tanpa berhenti di tingkat yang tidak diingini :

1. Tekan 'close door' sehingga pintu lift tertutup.
2. Pilih tingkat berapa yang anda ingin tujui.
3. Dengan cara ini akan menbuatkan lift terus naik ke tingkat yang anda tekan tadi tanpa berhenti di tingkat lain.
,

Menentukan arah kiblat berpandukan kedudukan bintang

Dalam segment rancangan Ustaz Don di TV Hijrah baru-baru ni, beliau ada mengajar tentang cara-cara mengenal pasti arah kiblat dengan berpandukan Constellation Orion. Kaedah ini hanya sesuai bagi mereka yang tinggal dalam garisan Khatulistiwa sahaja. Maka Malaysia memang sesuai menggunakan kaedah ini.

Orion Belt dalam application Sky Safari Pro, iPad2

Cara-caranya ialah:

1. Pastikan kedudukan Constellation Orion ni berada tegak di atas kepala
2. Lihat pada Orion Belt, kedudukan 3 bintang yang bersususan, Alnitak, Alnilam dan Mintaka
3. Kenal pasti kedudukan bintang Rijel supaya berada di bawah, ini untuk menentukan garisan kita untuk arah kiblat, kalau tersalah, maka jawabnya anda nanti akan garis ke belakang kiblat....;p
4. Setelah kedudukan atas dan bawah Constellation dikenalpasti, maka buat garisan dari bintang Alnitak ke Mintaka dan terus keluar. Itulah garisan kiblat kita.
5. Paling senang kalau letak cermin atas lantai, dan pandang bintang-bintang ni.

Senang bukan?