2/02/12

, ,

3 Tahap Peringkat Kehidupan Sebagai Manusia

1. Semasa Kanak-kanak Dan Remaja
Bertenaga -  Cukup bersemangat setiap hari, tak ada benda nak fikir, hanya tau main-main jer...hu3... seronoknyer jadi kanak-kanak
Banyak masa terluang - Masa mereka cukup banyak yang terluang, selalunya akan dihabiskan untuk bermain dengan kawan-kawan, tengok cerita kartun dan tidur..he3..sampai tak ingat nak belajar..
Tak Ada Duit - Tapi yang tak syok sebab tak ada duit, kalau nak duit kena mintak dengan mak ayah, silap-silap kena marah...hahaha


2. Semasa Dewasa


Bertenaga - Tenaga semakin bertambah, kudrat digunakan semaksima mungkin, mengerah tenaga mencari rezeki....
Banyak Duit - Sudah kerja la katakan duit pun banyak la, tak payah susah-susah mintak dengan orang lagi....( ehem3...betul ke banyak...hahaha)
Tak Ada Masa - Sehari kerja 8 jam, itu kalau ker ja ikut ofis hour, kalau kena overtime....masa banyak habis dekat ofis jer...betul-betul tak ada masa....


3. Warga Emas
Terlebih-lebih Masa Terluang - maklumlah dah pencen kan...dah tak kerja...dah tue tak reti-reti nak bawa diri ke masjid...he3
Ada Duit - ada la sikit-sikit tue...setakat nak belanja cucu aiskrim...tiap-tiap bulan tunggu duit pencen huhuhu...
Tak Ada Tenaga - Banyak skru dah longgar...berjalan pun pakai tongkat...nak buat macam mana cu...
, , , ,

Kenapa Bintang Berkelipan?


Pabila malam menjelma tiba, nun jauh di langit, bertaburan bintang-bintang berkelipan. Bagaikan meraikan sebuah pesta, begitu meriahnya malam nan indah, ciptaan yang Maha Esa.


Namum tahukah kita kenapa bintang berkelip-kelip?

Sebenarnya bintang memancarkan energi secara relatif setiap saat. Jadi perubahan yang terjadi bukanlah disebabkan oleh bintang itu sendiri.

Penyebab utama adalah kerana bumi menpunyai atmosfera. Lapisan yang udara yang menpunyai suhu berbeza-beza di atmosfera menyebabkan lapisan-lapisan udara tersebut bergerak-gerak dan ia mewujudkan turbulensi.

Turbulensi boleh diibaratkan seperti ombak atau gelombang yang terjadi dilaut. Pernah dengar fenomena pembiasan, lebih kurang macam itulah.

Ketika cahaya bintang memasuki atmosfera bumi, cahaya bintang akan dibiaskan oleh lapisan udara yang bergerak-gerak tadi.

Akibatnya posisi bintang akan berubah-rubah. Tetapi, oleh kerana perubahannya terlalu kecil untuk kita kesan menggunakan mata kasar, maka apa kita lihat adalah kerlipan.


Tapi, kenapa planet tidak nampak berkelip-kelip?


Bintang, walau sebesar manapun ukuran dan sedekat manapun jaraknya, akan kelihatan sebagai satu titik cahaya, jika dilihat dari bumi, malah dengan teleskop tercanggih pun.

Manakala planet pula memiliki ukran yang jauh lebih kecil daripada bintang, tapi kelihatan lebih besar dilihat dari bumi, kerana jaraknya lebih dekat. 

Oleh itu ia sedikit pun dipengaruhi oleh turbulensi atmosfera bumi. Kecuali jika berlaku tubulensi yang sangat kuat atau ketika planet berada dekat horison barulah ia akan berkelip. Kerana ketika planet berada dekat horison cahayanya perlu melewati atmosfera yang lebih tebal.

Boleh jika kita tak mahu tengok bintang berkelip, kita kena pergi kelaur dari atmosfera bumi...he3

1/02/12

, , , ,

Sudirman hj Arshad - History Channle

Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu. Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja. source : wikipedia











, , ,

Aquarium Dalam Lif

Pernah lihat akuarium? Pasti pernah tapi kalau akuarium isinya lif dan ada orangnya didalam pernah lihat? Akuarium ini ada di Radisson SAS Hotel Berlin. Akuarium ini khabarnya dibuat dari kaca tabung akrilik terbesar didunia yang berisi kira 2, 900.000 Liter air laut dan 2.600 ikan dari 56 spesies dengan lif ditengah. Ada dua penyelam yang bertugas membersihkan akuarium setinggi 25 Meter setiap hari.Pembinaan ini memakan belanja 12 juta Euro. Mari kita saksikan.