Menjadi terkenal kerana janggutnya yang panjang berjela, beliau merupakan seorang Professor di University of Würzburg. Janggutnya yang yang sepanjang 4.5 kaki itu sering diperkatakan oleh sasterawan-sasterawan dan juga diabadikan di sebuah patung batu untuknya.
Namun, janggutnya juga adalah penyebab kematiannya dimana berlaku kebakaran dan dalam usaha menyelamatkan diri, beliau terpijak janggutnya lalu terjatuh sehingga patah leher lalu mati.
JAIPUR 28/04/2011: Seorang budak berusia 12 tahun, telah ditabalkan sebagai Maharaja Jaipur iaitu sebuah negeri di India yang suatu ketika dahulu diperintah oleh dinasti diraja yang paling berpengaruh dan terkaya di benua kecil itu.
Dalam satu majlis yang penuh dengan adat istiadat turun temurun, Kumar Padmanabh Singh telah dirahmati oleh pendeta dan diberi penghormatan ketenteraan oleh pengawal-pengawal istana.
Pengiktirafan ke atas susur galur diraja dan gelaran diraja termasuk Maharaja Jaipur telah dimansuhkan di India selepas mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1947.
Bertahun lama, hampir tiba ke puncaknya. Tak ku sangka berakhirnya, persahabatan kita. Biarpun, Kini terpisah. Akan ku tempuh dengan tabah. Biarpun menderita, akan ku hadapinya. Kita semua kecewa dan terluka. Kerana kita sama. Inginku ubah segalanya, seperti sediakala. Kehampaan, melihat kita bercakaran berpanjangan. Kehampaan, bilakah akan bertemu kebahagiaan...
GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.
Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).