26/07/12

, , ,

Pulau Pinang: Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600



Ketua Menteri Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya pada 9 Ogos ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bonus RM300 turut diberikan kepada 10 orang penyelia dan 1,391 guru kelas aliran fardu ain (Kafa).

Beliau berkata, mesyuarat exco hari ini meluluskan cadangan pemberian bonus kepada 3,780 pegawai perkhidmatan awam melibatkan kos RM3,983,489,45.

“Pemberian ini juga melibatkan semua pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” katanya pada sidang media.
, , ,

Bonus Raya RM500 + 200 dari Kerajaan negeri Selangor



Kerajaan Negeri hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, bagi yang beragama Islam, wang tersebut akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji.

"Manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan," katanya.

Menteri besar berkata,Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini.

"Kerajaan negeri berharap bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan," katanya.

sumber: malaysiakini
, , ,

Bonus raya setengah bulan Kakitangan Awam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama
, ,

Populariti Najib: Cina naik, kaum Melayu, India susut





Infografik Prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kalangan pengundi di Semenanjung "kekal stabil" di tahap positif meskipun merekodkan sedikit penurunan membabitkan kaum Melayu dan Cina, demikian menurut satu kajian kendalian Merdeka Center.

Penemuan firma itu, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan populariti Najib bulan lalu berada pada paras 64 peratus berbanding 65 peratus pada Mei lalu.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan India, kaum minoriti, masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus.

Bagaimanapun sokongan pengundi Cina terhadap prestasi Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.

"Meskipun mengalami penurunan di kalangan pengundi kaum India dan Melayu, paras yang direkodkan masih tinggi. Cuma ada perubahan sedikit di kalangan pengundi Cina," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian ketika dihubungi.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Ibrahim berkata, pendirian komuniti-komuniti itu kemungkinan dipengaruhi oleh kebimbangan mereka tentang keadaan ekonomi negara khususnya di kalangan responden India.

"Ia juga ada kaitan dengan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan berkaitan dengan aktivis (Pengerusi Bersama Bersih 2.0) Datuk S. Ambiga," kata beliau lagi.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 22 dan 29 Jun lalu membabitkan 1,010 pengundi berdaftar melibatkan 59 peratus pengundi, Cina (32 peratus) dan India (sembilan).

Ibrahim berkata, meskipun Najib merekodkan paras populariti yang stabil dan tinggi, kajian yang sama juga menunjukkan bahawa pandangan pengundi terhadap kerajaan terus mengalami penurunan.

Katanya, seramai 42 peratus responden melahirkan pendirian bahawa "mereka gembira dengan kerajaan" - satu penurunan sebanyak enam peratus berbanding kajian dikendalikan pada pertengahan Mei 2012.

"Penurunan ini sangat ketara di kalangan pengundi Melayu, di mana respons mereka yang mengatakan 'gembira' dengan kerajaan mengalami penurunan daripada 65 peratus pada bulan Mei kepada 58 peratus pada Jun 2012," katanya lagi.

Ibrahim juga berkata, kajian pihaknya juga menunjukkan bahawa pendirian berhubung isu-isu ekonomi khususnya kos hidup dan gaji menjadi aspek pilihan utama di kalangan pengundi - 39 peratus pada bulan lalu berbanding 33 peratus pada Mei lalu.

"Ini disusuli dengan kebimbangan berkenaan dengan kadar jenayah dan masalah sosial pada 12 peratus dan isu-isu politik sekitar lapan peratus," katanya lagi.

sumber
, ,

Logo 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia


Salam, lama tak updates blog ini. sibuk memanjang. Masa semakin suntuk. Cuma tinggal beberapa hari lagi buat aku. Puasa tahun in juga akau rasakan lain macam, tidak sama dengan puasa yang lepas. Apatah lagi semangat sambutan kemerdekaan lagilah tiada menberi kesan kepada aku. Debaran yang kian terasa. Bergelora diantara rasa suak dan gementar.

Apa cerita kemerdekaan tahun ini yang sudah masuk 55tahun kita bebas daripada penjajah ( walaupon ada orang cakap negara kita tidka pernah dijajah ). Bersempena bulan kermerdekaan ini kita sering disajikan dengan cerita-erita patriotik untuk menbangkitkan semangat cintakan negara.

Namum ada cerita yang tidak sedap didengar pada sambutan kemerdekaan kali ini. Kecoh pasal logo kemerdekaan kali ke 55 tahu ini tidak sesuai dan buruk tidak menepati citarasa rakyat Malaysia yang semakin maju. Ramai yang tidak sukakan design-nya kerana seperti hasila rekaan disaat akhir atau hasil lukisan budak hingusan.

Ada ayang tidak kena, atau disengajakan. Dan tidak pasti kenapa kerajaan mengambil logo ini. Malah juga turut dipertikaikan kerana turu terselit slogan politik didalam logo kemerdekaan. Logo ini terus menjadi kutukan dan ejek di alam maya, dihentam di favebook, twitter, malah melarat sampai ke youtube.

Bukan tidak patriotik, tetapi ada yang rakyat rasakan tidak patut, tak kisahlah logo itu buruk ke cantik ke tidak. Tetapi minta tolong sangat-sangta jangan campur adukan politik didalam hal-hal begini.




Hitler Marah Logo Kemerdekaan ke 55 Buruk



The Rock Pon Terkejut Beruk