28/02/12

, , ,

6 Asal Usul Tanda Baca ( !?&=#$ )


Tanda Baca, tak lengkap sesuatu ayat jika kita tidak menggunakan tanda baca. Lagi la pening kalau satu karangan cerita langsung tak ada titik atau tanda baca. Tanda baca juga akan mengambarkan simbol kepada yat, sama ada kita bertanya atau menjerit, ia akan menberi gambaran lebih jelas kepada ayat kita tulis...ada faham????


Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis.

1.  Tanda Tanya ("?")
Pada awalnya, dalam bahasa latin, untuk pertanyaan, orang harus menuliskan kata "Questio" di akhir kalimat untuk menandakan bahwa kalimat tersebut adalah kalimat pertanyaan.

Maka untuk menjimat tempat, kata tersebut akhirnya disingkat menjadi qo, yang kemudian dimampatkan lagi menjadi huruf q kecil diatas huruf o, yang akhirnya makin lama makin habis menjadi titik dan garis mirip cacing, sama seperti tanda tanya kita sekarang.


2. Tanda Seru ("!")
Seperti tanda tanya, awalnya juga dimulai dengan menumpuk huruf.Tanda ini berasal dari kata dalam bahasa Latin "io" yang berarti "seruan kegembiraan". Ketika huruf i ditulis diatas huruf o, lama-lama disingkat seperti tanda seru kita sekarang ini.


3.  Tanda Sama Dengan ("=")

Ditemui oleh ahli matematik Inggris Robert Recorde pada 1557, dengan pemikiran seperti ini (dalam bahasa Inggris kuno) "I will settle as I doe often in woorke use, a paire of paralleles, or Gmowe [i.e., twin] lines of one length, thus : , bicause noe 2 thynges, can be more equalle." atau terjemahannya:"Aku akan menggunakan tanda ini seperti biasanya, sepasang garis sejajar, atau kembar dengan panjang yang sama, karena tidak ada dua hal lagi yang boleh lebih sama dengan dua garis sejajar ini." Tanda sama dengan asli temuan Robert setidaknya 5 kali lebih panjang dari tanda yang kita kenal sekarang.


4. Ampersand ("&")

Simbol ini adalah bentuk tanda dari "et" dalam bahasa Latin yang berarti "Dan." Tanda ini ditemui oleh Marcus Tullius Tiro, seorang penulis dari abad pertama di Rome.Nama Ampersand baru diberikan setelah 17 abad kemudian. Pada awal 1800-an, murid di sekolah belajar simbol ini sebagai huruf ke 27 setelah Z, tapi masih tanpa mana.Jadi di awal 1800-an itu mereka belajar ABC dengan "and per se, and" yang berarti "&" dan kemudian kerana terlalu cepatnya dibaca, akhirnya menjadi "ampersand".


5. Octothorp ("#")
Nama pelik untuk tanda ini datang dari kata "Thorpe", kata dalam bahasa Normandia Kuno untuk desa atau tanah pertanian yang sering ditemui dalam bahasa Inggris untuk nama tempat.Awalnya digunakan untuk pembuatan peta, yang berarti desa yang di kelilingi lapan pertanian. Karena lapan (octa) dan pertanian (thorpe), maka muncul nama ini, Octothorp.


7. Tanda Dollar ("$")
Kerajaan Amerika baru menerbitkan wang mereka sendiri pada 1794, dan pada waktu itu masih menggunakan mata uang dunia lama - peso - atau Dollar Sepanyol.Koin 1 Dollar Amerika pertama serupa seperti wang Peso Sepanyol, baik berat maupun nilainya, jadi mereka mengambil singkatan yang sama: Ps.Makin lama perkembangannya, huruf P ditulis menimpa S, dan kemudian lingkaran dihuruf P tadi dibuang, jadi hanya huruf S yang ditimpa dengan garis vertikal.

10/02/12

, , , , , ,

Alat Elektronik Pertama Di Dunia

Bagi generasi masakini memang sudah tidak asing lagi dengan alat-alat elektronik. Bak kata orang celik-celik mata je dah tengok barang-barang canggih manggih. Budak-budak kecik pun dah pandai guna handphone...siapa pakai iphone lagik...huk3...namum tahukah kita bagaimana rupa alat-alat elektronik ini semasa mula-mula ia dilahirkan ke dunia ini?

1. Komputer Pertama Di Dunia.


ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) ialah peranti elektronik digital yang pertama yang berfungsi sebagai sebuah komputer. Peranti itu selesai oleh tentera AS pada tahun 1945 dan dibuat awam pada tahun 1946. Pada masa itu, komputer itu dicadangkan untuk mengira hala tuju dan antara peluru berpandu balistik dalam Perang Dunia II.
ENIAC yang mempunyai berat badan seberat 30 tan, menggunakan kuasa elektrik sebanyak 200 kilowatt, yang terdiri daripada lebih 19.000 tiub vakum, 1500 geganti, serta beratus-ratus ribu perintang, kapasitor, dan pengaruh.

Salah satu komputer pertama yang dibina oleh Apple pada tahun 1976.
2. Laptop Pertama Di Dunia. 
 
Dalam tahun 1970-an idea komputer peribadi mudah alih yang mula-mula difikirkan oleh Alan Kay di Xerox PARC. Walaupun beliau tampil ke hadapan dan menerbitkan idea. Namum idea itu segera disapu oleh yang lain, yang akhirnya bersetuju untuk nama projek adalah Osborne1, komputer riba pertama. Mula dihasilkan pada tahun 1981 oleh Adam Osborne, yang bekerja dalam penerbitan buku, seberat kira-kira 11 kg. Gergasi ini dilengkapi dengan skrin 5 inci, yang kelihatan seperti gergasi skrin mudah alih, kecil di mesin besar. Walaupun ia boleh diambil di mana-mana, tetapi kita juga mungkin membawa sekitar 3-4 tahun kanak-kanak berusia di mana-mana. Laptop ini berharga $ 1800.

3. Kamera Pertama Di Dunia.


Kamera itu pada mulanya dipanggil kamera obscura, dalam bahasa latin yang menbawa maksud yang datang dari bilik gelap. Kamera obscura adalah peranti yang terdiri daripada sebuah bilik gelap atau kotak, yang boleh memantulkan cahaya melalui penggunaan dua kanta cembung, kemudian meletakkan imej objek luar di atas kertas / filem, filem itu diletakkan di atas tumpuan pusat kanta. Kamera obscura adalah kali pertama yang ditemui oleh seorang saintis Islam yang dikenali sebagai Alhazen, ia didapati seperti yang diterangkan dalam buku Books of Optics (1015-1021).

4. Radio Pertama Di Dunia

Kononya, ini adalah radio pertama yang dibuat pada tahun 1895. Pengeluar adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Guglielmo Marconi, seorang warga Amerika Itali yang memegang paten untuk mencipta radio. Namanya adalah produk pertama sahaja, sudah tentu terdapat banyak kekurangan dalam radio ini berbanding dengan radio hari ini. Sebagai contoh, radio hanya mampu untuk mencapai isyarat radio dalam lingkungan 1.5 kursus kilometer, dan kerana badannya besar radio makanya radio ini sangat berat.

5. Calculator Pertama Di Dunia.


Pencipta kalkulator yang pertama di dunia adalah Blaise Pascal. Pakar matematik dan sains berasal dari Perancis itu berjaya mencipta kalkulator roda berangka atau Pascaline. Alat ini menjadi perintis kepada kalkulator moden sering digunakan hari ini.
6. Televisyen Pertama Di Dunia.


Inilah Set TV Pertama di Dunia: "Baird television", 1928, Satu eksperimen awal dan demonstrasi “Baird-tipe” penerima televisyen dengan 30 baris, dan yang cakera Nipkow yang berputar dengan kelajuan 750 rpm menghasilkan 12 imej 1/2 sesaat. Motor masih berjalan pada 18 bateri standard volt. Demonstrasi model menakjubkan kelahiran televisyen!
Televisyen pada awal penciptaan tiub vakum yang menggunakan besar, mempunyai penggunaan kuasa yang besar dan harga yang sangat mahal. 
7. Handphone Pertama Di Dunia


Kita harus berterima kasih kepada seorang yang bernama Martin Cooper, beliau adalah orang yang berjaya untuk menemui telefon bimbit dan membuat Mobile pertama di dunia. Martin Cooper adalah seorang pengurus umum dalam bahagian komunikasi korporat di Motorola Amerika Syarikat. Beliau telah memohon teknologi dalam komunikasi telefon dengan sistem tanpa wayar yang biasanya hanya digunakan pada polis komunikasi radio. Penemuan handphonenya maka diperhalusi dan dikomersilkan oleh Motorola pada tahun 1983, Handphone pertama itu kemudian diberi nama DynaTAC.

8. Telefon (cordless phone) Pertama Di Dunia 

Telefon selular sebesar ini memiliki jangkauan setengah batu. Jika dilihat dari segi design dan ukuran, telefon ini sangat berbeza dengan telefon pada masakini. Tetapi dari sinilah bermulanya telefon wayarles. Penciptanya, Nathan Stubblefield hanya diakui sebagai Bapa telefon bimbit selepas 100 tahun ia dipatenkan.Nathan Stubbefield sebenarnya hanyalah petani melon biasa yg sangat menyukai IPTEK. Malangnya telefon wayarles tidak berjaya dalam masa hidupnya, dia meninggal dengan keadaan miskin pada tahun 1928. Sekarang dia telah diiktiraf sebagai "Father of The Modern Mobile Phone", bahkan oleh Virgin Mobile dibuat page khusus untuk menandakan ulang tahun penemuan Nathan Stubbefield di website rasmi nya.

9. Telefon Pertama Di Dunia

Suatu hari Alexander Graham Bell menyatakan keinginannya untuk mencipta suatu alat komunikasi dengan penghantaran gelombang elektrik. Bell pun mengajak temannya Thomas Watson buat membantu menyediakan kelengkapan. Penelitiannya dilakukan dengan menggunakan alat pengatur suara dan magnet untuk menghantarkan bunyi yang akan dihantar, peristiwa ini terjadi pada tarikh 2 Jun 1875.
Akhirnya terciptalah karya Bell sebuah pesawat penerima telefon dan pemancar yang bentuknya berupa sebuah piringan hitam tipis yang dipasang di depan electromagnet. Baru pada tarikh 14 Februari 1876 Bell mematenkan hasil penemuannya, tapi oleh US Patent Office penemuan Bell ini baru rasmi dipatenkan pada tarikh 7 Mac untuk "electric speaking telephone".
Bell terus mengemas kini penemuan dan untuk pertama kalinya dia berjaya menghantar suatu kalimat berbunyi "Watson, come here, I want you" pada tarikh 10 Mac 1876.
Sekadar info:
1871, Antonio Meucci mematenkan penemuannya yang disebut sound Telegraph. Penemuannya ini membolehkan adanya komunikasi dalam bentuk suara antara dua orang dengan menggunakan perantara kabel. Lebih dari seabad dan di seluruh dunia, Alexander Graham Bell dikenali sebagai penemu telefon. Tetapi pada tarikh 11 Jun 2002 di kongres Amerika Syarikat, Antonio Meucci ditetapkan sebagai penemu telefon.


 10. Perakam Suara Pertama Di Dunia
Alat perakam suara pertama iaitu Phonoautograph penemuan Leon Scott telah ada sebelum Phonograph penemuan Thomas Alpha Edison yang digunakan untuk mempelajari gelombang suara pada tahun 1857. namun alat tersebut tidak digunakan untuk mengeluarkan semula hasil rakaman tersebut. Phonograph diciptakan seiring dengan pembangunan peranti telephone pada tahun 1870an dan pada saat itulah Edison mendapat idea untuk mencetak mesej telephone di atas kertas berlapis wax manggunakan alat electromagnetics. Setelah penemuan tersebut, muncul alat perakam lain seperti Graphophone dan syarikat lain yang membuatnya.
Pada tahun 1894, Emir Berliner mencetuskan idea untuk mencetak suara di atas piring dan bukan silinder dengan alas an lebih mudah dihasilkan. Idea piringan inilah yang berkembang menjadi disc yang kita kenal sekarang ini.



9/02/12

, , , ,

Hari Suami Isteri Ganti Valentine Days


KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih `Valentine's Day' yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.

"Untuk masa akan datang, kita bersetuju untuk menukar Valentine's Day kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar.

Beliau berkata tujuan kerajaan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam sebenar.

Ini selaras dengan matlamat kerajaan melancarkan kempen menggalakkan remaja melangsungkan perkahwinan melalui program Gerbang Az-ziwaj yang diperkenalkan dua tahun lepas melibatkan 100 pasangan mengadakan perkahwinan secara berkelompok, katanya.

Melalui program itu, katanya kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 bagi setiap pasangan yang kurang mampu untuk membiayai mas kahwin dan majlis perkahwinan yang dilangsungkan.

Nik Abdul Aziz melahirkan kebimbangan gejala sosial yang berlaku di seluruh negara akibat pergaulan bebas dan perkahwinan tidak sah menyebabkan kadar kelahiran anak luar nikah atau anak zina mencecah lebih 234,00 di seluruh negara dalam tempoh 2006 hingga 2010.

Menurutnya lebih membimbangkan lagi apabila kira-kira 81,000 daripada jumlah itu melibatkan orang Melayu atau umat Islam dari seluruh negara.

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita untuk menempatkan wanita yang menjadi mangsa yang terlibat dengan gejala sosial akibat pergaulan bebas dan penganiayaan suami yang tidak bertanggung jawab.

Sementara itu, Wan Ubaidah berkata pusat itu di Pengkalan Chepa mula menerima penghuni terdiri daripada ibu tunggal dan wanita yang merupakan mangsa gejala sosial.- Bernama

8/02/12

, ,

Cara Pembuatan Mancis

Pasa suatu pagi yang hening, burung2 pun berkicauan...bermulalah sebuah kehidupan disebuah kilang mancis.

Kayu-kayu siap sedia untuk di korbankan menjadi sebatang mancis .

 
Dari sebatang kayu yang besar kini ia hanyalah sebilah kayu yang amat kecil 

 
Bilah-bilah kayu kecik tadi disusun sedemikian rupa, untuk merendamnya di dalam larutan asam ortofosfat, setelah itu disempurnakan bentuk kepalanya dengan merendamnya lagi di dalam larutan belerang. Selepas itu kotak mancis pula akan disiapakan untuk dipasarkan.




7/02/12

, , ,

Taman Tergantung Babylon


Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun 600 SM . Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.

Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.

Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampong halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampong halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.

Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.

Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."

Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.

"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.

3/02/12

, , , ,

Melancong Di Atas Awan : Only In Bangalore


Tempat ini dipanggil Kalavaara Halli dan gunung di sini pula dipanggil Kalavaarahalli Betta
(juga dipanggil sebagai Skanda Giri). Ia terletak berhampiran Chikkaballapura - sebuah bandar kecil di daerah luar bandar Bangalore.

Sungguh menakjubkan ciptaan tuhan. Sungguh indah dan mendamaikan. Berada disini seperti sedang berada di awan-awangan. Menikmati pemandangan yang cukup berbeza dan hebat. Bertapa besarnya kekuasaan yang Maha Kuasa.