21/03/16

Susu Kambing Penuh Kebaikan

Susu Kambing Penuh Kebaikan


Kebaikkan susu kambing yang kaya dengan khasiat serta mengandungi protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah.

Ia juga mengandungi antibodi yang bloeh digunakan untuk merawat gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulihkan lemah tenaga batin, penyakit jantung diperingkat awal, ulser perut dan perlbagai lagi khasiat yang ada pada susu kambing.

Kebaikkan susu kambing adalah ianya tidak akan menyebabkan alahan, sangat membantu sistem imunisasi tubuh. Susu kambing juga bersifat alkali, ia juga mampu meningkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan yang kuat.

Turut membantu sistem penghadaman serta menguatkan lagi jisim tubuh seperti tulang, otot, sendi dan tisu saraf.

Susu kambing sangat bagus kerana ia tidak mengandungi protein kompleks ang boleh menyebabkan alahan.

Ia juga mengadungi gizi yang lebih tingi berbanding susu lembu. Serta kandungan asid lemak rantaian pendeknya lebih tinggi.

Susu kambing memiliki molekul lemak yang lebih halus serta mudah dihadam oleh usus.

Susu ibu memang terbukti adalah susu yang terbaik, tetapi susu kambin gtidak kurang juga kaya dengan khasiatnya yang tersendiri

3/03/16

Tips dan Soalan Contoh Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016


Tarikh peperiksaan online Latihan Separa Perubatan 2016 semakin hampir menjelang 08 Mac 2016 ini, setiap calon mungkin sedang berusaha membuat persediaan agar lulus dalam peperiksaan ini.

Dalam setiap peperiksaan kita sememangnya perlu membuat ulangkaji dan persediaan yang secukupnya. Semua orang tidak mahu gagal.

Sebab itu semasa di sekolah kita sering diberikan soalan oleh cikgu untuk dibuat latihan agar kita biasa dan tahu untuk beirkan jawapan yang betul. Apatah lagi sebelum ambil SPM kita akan menempuhi Percubaan SPM terlebih dahulu.

Itu semua untuk jadikan kita lebih bersedia sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar dan penting demi masa depan kita.

Sama juga dengan peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan ini, ia juga adalah untuk masa depan kita, demi kerjaya kita nanti. Jadi semua orang mahu lulu dan terpilih untuk dipanggil temuduga.


Tips dan Soalan Contoh Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016

Rata-rata yang menduduki peperiksaan ini adalah lepasan SPM. Mungkin otak mereka masih segar dan tidak ada masalah untuk menduduki peperiksaan lagi.

Soalan dalam peperiksaan online ini dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu Seksyen A ( Ujian Psikometrik) dan Seksyen B ( Pengetahuan AM).

Berikut adalah contoh-contoh soalan peperiksaan online latihan separa perubatan. Ini bukan soalan ramalan, ini adalah cuma untuk kita tahu contoh-contoh soalan yang bakal ditanyakan nanti.