Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

10/12/15

Budak 7 tahun kena caj tiket dewasa, KTM dihentam pengguna


KTMB menjelaskan potongan harga 50 peratus diberikan kepada pelajar yang memakai seragam sekolah, ko-kurikulum atau asrama. ― Foto fail

KUALA LUMPUR - Semalam, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuat pengumuman terbaru berkenaan harga tiket menerusi akaun Twitter mereka.

KTMB mengumumkan harga tiket komuter bagi kanak-kanak 7 tahun ke atas adalah sama dengan harga tiket dewasa berkuatkuasa pada 2 Disember lalu.




Dengan kadar baru tambang KTM Komuter yang berkuatkuasa sejak 2 Disember lalu, kanak-kanak dalam lingkungan usia tersebut kini perlu membayar tambang tiket dewasa, kata syarikat keretapi utama itu.

“Syarat baru tiket komuter untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah adalah percuma. Usia dua hingga enam tahun diskaun 50 peratus.

“Diskaun 50 peratus diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Syarat kelayakan memakai seragam sekolah, ko-kurikulum atau asrama,” kata KTMB di akaun Twitter @ktmkomuter diakhiri dengan emotikon "smiley".




Menurut KTMB lagi, struktur tambang baru itu berdasarkan kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan dipersetujui oleh kabinet.

Sebelum struktur baru tambang ini, kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dikenakan bayaran separuh harga tiket dewasa.

Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik tafsiran “dewasa” KTMB, menuduhnya ingin mengaut untung apabila menggunakan kadar dewasa kepada kanak-kanak.

Mengikut Akta Umur Dewasa 1971, umur dewasa di Malaysia bagi setiap lelaki dan perempuan ialah 18 tahun.

Ramai juga menyifatkan pengumuman berkenaan tidak kena pada masanya di saat pengangkutan awam menjadi keutamaan rakyat berpendapatan rendah pada masa ini.

17/08/13

, ,

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Ustaz Azhar Idrus kemalangan, menurut sumber nasib baik semunya selamat. Kereta Voklwagen bertembung dengan Proton Iswara di Kampung Pengadang Baru, Terengganu. Nasib pemandu Proton Iswara tidak diketahui, semoga semunya selamat.

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan

Dah update VIDEO Ustaz Azhar Idrus kemalangan


6/08/13

, , ,

Skandal Panas Aidil Zaquan, Zarema Zainal

Skandal Panas Aidil Zaquan, Zarema Zainal

Skandal Panas Aidil Zaquan, Zarema Zainal - kekasih baru Aidil Zaquan mendapat kritikan hebat dalam akhbar oleh Rita Rudaini. 

Nama Zarema Zainal menjadi popular semalam selepas dia telah dikaitkan sedang hangat bercinta dengan suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini iaitu Aidil Zaquan.

Menurut Rita, Aidil telah merancang untuk menceraikannya pada 25 Februari 2013 dan bakal berkahwin dengan Zarema Zainal pada bulan Julai 2013.

Dek kerana komen pedas oleh Rita, Adil telah menceraikannya dengan talak satu melalui SMS semalam.

Jom tengok lagi gambar cantik Zarema Zainal yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Gambar Zarema Zainal

Zarema Zainal

Zarema Zainal

, , , , ,

Pembunuh Upahan RM1000 Only

Seram duduk dekat Malaysia sekarang. Nyawa diragut begitu mudah. Tidak kira siapa, apa pangkatnya, jika tidak suka bunuh sahaja. Ganas! Kebelakangan ini begitu banyak kes bunuh menggunakan pistol atau di tembak. Malaysia sudah jadi macam Amerika.

Pembunuh Upahan RM1000 Only

Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.

Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.

Dalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah.

"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata.

5/08/13

, , , , , , ,

Kumpulan Panji Hitam di Tahan di Istana Negara

Tak habis-habis lagi kisah mamat yang mengaku Raja Langkasuka nie. Siap nak pergi tuntut takhta yang kononnya milik mereka daripada YDP Agong. Buat Lawak ke der?

Kumpulan Panji Hitam di Tahan di Istana Negara


Sultan Raja Merongmahawangsa 2 bersama sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur dalam cubaan kononnya nak rampas Istana.

Kumpulan ini terdiri seramai 8 orang lelaki dan 2 orang perempuan berpakaian serba hitam menaiki 3 buah kereta.

Mereka mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.

Kumpulan Panji Hitam di Tahan di Istana Negara

Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Polis Travers.

Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.

Setiap kenderaan di pasang bendera bertulisan kalimah tauhid dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.

Semakan awal kesemua mereka berlainan alamat negeri seperti Melaka, Perak, Kedah dan Johor.

, , , ,

TPM di Tehran hadiri pelantikan presiden baru Iran

Apakah ini? Wa Tak Faham (WTF) adakah Malaysia juga sekutu kepada Iran (Syiah). Di atas dasar apakah TPM kita sendiri pergi ke Iran untuk menghadiri majlis perlantikan presiden baru iran, Hassan Rouhani. Wa nak bersangka baik, ini semua adalah cuma atas dasar diplomatik kan?

TPM di Tehran hadiri pelantikan presiden baru Iran

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.

Hassan Rouhani Iran New President

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.

Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.

Pemantau berharap pentadbiran presiden baharu ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran.

-Bernama

4/08/13

, , , ,

Video Sembahyang Syiah Di Malaysia


Video pelancaran markas Syiah Melayu di Klang, Selangor - 2013

Video ini setelah dikongsi oleh salah seorang pengikut SYIAH MELAYU dan diupload pada tarikh 12 JUN 2013

Perhatikan :
1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit3:10)

Mohon tindakan pihak berwajib atasi penyebaran ajaran sesat Syiah secara diam di Malaysia yang semakin berkembang.

Video Sembahyang Syiah Di Malaysia

Syiah ini  bukannya baru dekat Malaysia. Jikalau tidak, mana mungkin mereka ada pengikut sendiri. Mengapa dari dulu pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap pergerakan yang menyebarkan ajaran ini di Malaysia.

Kesian aku tengok anak-anak dan isteri mereka ini. Kesedaran tentang Syiah terlalu lambat sampai kepada kita. Masa aku kecik-kecik dulu langsung tiada pendedahan pasal Syiah. Masa aku sekolah dahulu, aku terlalu mengagungkan kehebatan Iran dan tentera Hizbullah.

Selepas aku kenal internet dan forum, baru aku mula buka mata tentang golongan Syiah ini. Bukannya kita tidak tahu langsung. Pada mulanya aku fikir Syiah tiada di Malaysia, cuma berlegar di bumi Arab. Namum kini ia sudah menyerap masuk ke Malaysia. Jangan sampai negara kita berpecah belah sepeti yang berlaku di Syria.


3/08/13

, , , ,

Fatwa Isu Jenazah Pengikut Syiah

Macam mana nak kira tu. Lepas ni takkan lah nak kena ada dua tempat pengebumian bagi tanah perkuburan Islam. nampak sangat dekat sini pun ada perpecahan. Kembalilah kepangkal jalan.

Fatwa Isu Jenazah Pengikut Syiah

ALOR SETAR – Majlis Fatwa Negeri Kedah belum memutuskan sama ada jenazah pengikut fahaman Syiah boleh dikebumikan bersama pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah ataupun tidak di tapak perkuburan Islam yang sama.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad berkata, pihaknya memerlukan penelitian lebih terperinci mengenai perkara itu sebelum boleh dikuatkuasakan.

“Selagi belum diwartakan fatwa itu, kita tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada mereka yang berkenaan.

“Kita perlu tunggu keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum boleh membuat sebarang tindakan dan penguatkuasaan kepada jenazah atau pengikut ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, meskipun perkara ini menjadi persoalan penting, namun beliau terpaksa menunggu arahan dan keputusan daripada pihak Pusat terlebih dahulu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, jenazah pengikut Syiah juga dikafankan dengan kain putih. Bezanya dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah kain itu yang dibeli dari Iran, tertulis dengan doa-doa.
Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di sebuah hospital di sini.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini juga pernah melaporkan bahawa telah berlaku satu insiden apabila jenazah pengikut fahaman Syiah tidak dibenarkan dikebumikan di satu tanah perkuburan dekat sebuah masjid di Pendang.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas imam masjid berkenaan mendapat aduan bahawa jenazah pengikut berkenaan diuruskan dengan cara yang bertentangan dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Difahamkan, jenazah tersebut kemudiannya dikebumikan bersebelahan pagar masjid berkenaan.


2/08/13

, , ,

Dua pegawai bank ditahan tidak puasa

Bulan Ramadhan adalah bulan penuh kemuliaan. Bagi mereka yang tahu akan kelebihan bulan Ramadhan, pasti setiap tahun tidak sabar menanti ketibaan bulan kerahmatan ini. Namum ada juga muslim yang di dalam kad pengenalannya tertera perkataan 'Islam', tetapi tidak mahu berpuasa. Tahukah anda apakah hukum orang yang tidak berpuasa?

Dua pegawai bank ditahan tidak puasa


BATU PAHAT – Tindakan dua pegawai bank yang makan di kedai makan bagi mengelakkan daripada di kesan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) tidak berjaya apabila kedua-duanya ditahan, semalam.

Ketika ditahan kedua-duanya memberi hendak makan ubat.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, kedua- dua lelaki terbabit merupakan antara 10 individu yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 40 hingga 65 tahun, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas.

“Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu,” katanya.

Saiful turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang hari, sekaligus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/dua-pe...puasa-1.189087
, , ,

Haramkan Kongsian Berita Di Internet

Ini berita bukan dari Malaysia, tapi dari negara Komunis Vietnam. Kerajaan mereka begitu tegas. Sampaikan rakyatnya tidak boleh berkongsi berita di laman sosial atau di blog. Kalaulah perkara macam ini terjadi dekat Malaysia. Apa agaknya akan berlaku, forum-forum akan sepi, blog pasal berita tiada lagi, dekat facebook pun cerita pasal peribadi jer..hahaha


HANOI - Pemerintah Komunis Vietnam akan mengharamkan perkongsian berita secara dalam talian melibatkan para pemilik blog dan pengguna media sosial.

Ia dibuat menerusi satu dekri baharu yang dilihat sebagai tindakan keras mengekang kebebasan menggunakan internet.

Menurut dekri tersebut, pemilik blog dan pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter hanya dibenar bertukar-tukar maklumat peribadi.

Dokumen dekri berkenaan ditandatangani oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan dikeluarkan lewat kelmarin.

Ketua Jabatan Radio, Televisyen dan Maklumat Elektronik, Hoang Vinh Bao seperti dipetik akhbar VNExpress berkata, para pengguna internet dilarang berkongsi maklumat daripada akhbar, agensi berita atau laman web lain milik kerajaan.

Namun, perintah baharu itu tidak menjelaskan bagaimana peraturan tersebut akan dilaksanakan atau jenis denda yang bakal dikenakan.

Perintah yang dijangka berkuat kuasa pada September depan turut melarang pembekal perkhidmatan internet asing menyediakan maklumat bertentangan dengan dasar Vietnam.

Antaranya melibatkan isu yang boleh menjejaskan keselamatan negara, ketenteraman sosial dan perpaduan atau fitnah.

Sementara itu, akhbar dalam talian VietnamNet melaporkan, Timbalan Menteri Penerangan dan Komunikasi, Le Nam Thang berkata, peraturan baharu itu bertujuan membantu pengguna internet memperoleh maklumat bersih dan tepat dalam talian.

Pada tahun ini, seramai 46 aktivis didapati bersalah kerana terlibat dalam aktiviti antikerajaan dan telah dipenjara.

Sekurang-kurangnya tiga pemilik blog turut ditahan pada Jun lalu.

Kesemua mereka dituduh terlibat dalam aktiviti antikerajaan. - AFP

1/08/13

, , , , , ,

Raja Nusantara Nak Ambil Alih Istana Negara Ogos Ini


Raja Nusantara Nak Ambil Alih Istana Ogos Ini | Dulu ada entry aku pasal mamat nie Sultan Raja Merongmahawangsa 2 pula muncul. Kali ini dia kembali dengan kegilaannya. Dia mendakwa akan mengambil alih Istana Negara atau Istana Negeri Kedah Pada 5 Ogos ini. Sebab ada penjanjian dan sudah tiba masanya untuk dia ambil alih takhta. Betul ke tak betul orang ni? Macam-macam cerita daa..


, , , ,

Had Laju Diturunkan Edisi Raya 2013

Had Laju Diturunkan


Had laju bagi Jalan Persekutuan dan negeri di seluruh negara diturunkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) bersempena Ops Selamat 3 yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 18 Ogos depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya sudah menetapkan had laju maksimum sepanjang tempoh terbabit bagi Jalan Persekutuan dan jalan negeri adalah 80 km/j.

Had Laju Diturunkan Edisi Raya 2013

Jadi kepada pemandu-pemandu Malaysia yang nak balik kampung. Kenalah berhati-hati, pandu cermat biarlah selamat, tak kena speed trap. Selamatlah duit dalam poket tu kan.

Ada sebabnya pihak kerajaan buat semua ini. Mungkin untuk menberi peringatan kepada kita semua agar tidak memandu dengan laju, dan boleh mengakibatkan kemalangan. Ingatlah orang yang tersayang, pandu cermat jiwa selamat, duit pun jimat.
, , ,

Emma Maembong promosi 'ganja' melalui t-shirtnya?


Pelakon jelita Emma Maembong menimbulkan sedikit kontroversi di laman sosial Instagram apabila memuat naik gambar beliau yang mempromosikan sehelai t-shirt yang bertuliskan beberapa perkataan yang berkaitan dengan ganja.

Kami tidak pasti apakah sebenarnya produk atau hanya sekadar jenama pakaian yang cuba dipromosikannya.

Namun begitu, beberapa peminat mempertikaikan makna sebenar jenama t-shirt berkenaan.

T-shirt putih yang dipakai Emma Maembong itu tertulis Potsweedwear merupakan design streetwear untuk anak-anak muda.


Perkataan 'Weed' menjadi pertikaian beberapa peminat yang beranggapan ianya membawa maksud 'ganja'.

Tapi, tidak semua peminatnya berseutju dengan dakwaan tersebut kerana bagi mereka ianya tidak
membawa maksud apa-apa apatah lagi Emma sebagai penagih ganja atau mempromosikan amalan yang tidak sihat itu..

31/07/13

, , , ,

Video Kontroversi Raya Bersama Anjing Ditahan Polis


Tak faham apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh wanita ini. Jika baik niatnya pasti kemenangan berpihak kepada kebenaran.

Kuala Lumpur, 31 Julai - Wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama anjing telah ditangkap polis dan ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Peguamnya Latheefa Koya berkata Maznah Mohd Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

"Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi untuk diambil keterangan. Saya juga tidak pasti berapa lama Maznah akan kekal dalam tahanan," katanya.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz, dipercayai individu yang memuat naik video Hari Raya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas di YouTube.

Klip video itu memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman selama 1 minit 44 saat itu, turut menunjukkan individu itu yang memakai baju hitam mengambil wuduk sebelum menghidangkan kuih raya kepada anjingnya. - BERNAMA
, ,

Ketua Syiah Kedah Diugut Bunuh

Apa yang menarik bagi aku. Apa pula tindakan pihak polis selepas ini. Aku rasa mana-mana pihak yang berwajib sudah boleh tangkap si Ketua Syiah Kedah ini. Sudah terang lagi bersuluh kan? Dia sendiri yang sudah mengakukan dia ketua SYIAH!

Ketua Syiah Kedah Diugut Bunuh


Ketua Syiah Kedah Diugut Bunuh - PENDANG : Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.

“Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

“Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sesama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.

Abdullah berkata, beliau menyedari ancaman itu pada Ahad lalu daripada seorang rakan yang membuka akaun laman sosial tersebut.

“Selain ancaman di laman sosial, saya juga pernah menerima ugutan melalui panggilan telefon dua minggu lalu dengan mengatakan ‘Awas ketua Syiah, kami nak hancurkan Syiah’ dengan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali’.

“Nombor telefon itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor peribadi,” katanya.

30/07/13

, , , , ,

Pinjaman Kereta Di Had MAX 7 Tahun bermula Ogos


Selepas BNM mengetatkan syarat untuk pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan. Kini tiba giliran untuk pinjaman kereta pula diperketatkan lagi syaratnya. Dimana BNM hanya dihadkan kepada maximun 7 tahun berbanding 9 tahun sebelum ini.

penjaman peribadi - Dihadkan maximun 10 tahun sahajapinjaman perumahan - Dihadkan maxiun 25 tahun sahajapinjaman kereta - Dihadkan maximun 7 tahun sahaja.
Walaupun nampak agak kasar pemainan BNM ini. Namum kita harus fikir, ada mereka yang sudah terjerat didalam gelombang pinjaman ini. Jadi mahu atau tidak, inilah langkah yang paling sesuai untuk menbendung, sebelum barah jadi lebih parah.
, , , , ,

Preve Hatchback Model Terbaru Proton

Preve Hatchback Model Terbaru Proton

Preve Hatchback Model Terbaru Proton | Nampaknya Proton mengorak langkah kedepan lagi, apabila dijangkakan akan mengeluarkan model terbaru itu Preve hatchback. Masih belum dapat dipastikan adakah ini hanya sekadar prototype. Mungkin dari segi spec masih sama dengan model terdahulu Preve. Dan diharap Proton akan mengeluarkan kereta yang mampu milik untuk rakyat Malasyia. Supaya dapatlah bersaing dengan kereta import. Sama-sama kita lihat adakah Preve Hatchback ini akan mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kereta keluaran Proton.

Preve Hatchback Model Terbaru Proton

29/07/13

, , , , , ,

Putera Saudi Belot Kepada Keluarga Raja AL Saud : Video



Suatu perkembangan yang agak menarik di dunia Arab. Cuma kita perlu nantikan apkah susulan kisah ini, Apakah efeknya nanti. Adakah kerabat Raja Al - Saud akan digulingkan. Siapakah lagi yang akan berada dibelakang Putera Khalid ini. Bukan kita tahu akan kekuatan Raja Saudi,pengaruhnya di bumi Arab sungguh meluas. Namum jika kelurga Al-Saud ini jatuh, apakah akan muncul kembali sistem khalifah seperti dahulu. yng akan membela agama Islam.

Prince Khalid Bin Farhan Al-Saud

Prince Khalid Bin Farhan Al-Saud telah mengumumkan Pembelotan dari keluarga diraja Al Saud melalui satu kenyataan, menyeru raja-raja lain untuk bersuara mereka dan mendedahkan kebenaran demi Allah.

Dalam satu kenyataan pada hari Sabtu, Saudi Putera disebut 'penderitaan' di bawah pemerintahan rejim Al Saud menggambarkan mereka sebagai pengalaman pahit yang akan didedahkan oleh penulis twitter Mujtahid dan aktivis arab Saad al-Faqih, yang kini tinggal di London .

Saad al-Faqih
Saad al-Faqih

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Allah yang membantunya untuk memahami kebenaran mengenai rejim Arab melalui "pengalaman peribadi dahsyat langsung" supaya dia boleh merasai apa yang orang mengalami seluruh negara.

"Dengan bangga, saya mengumumkan Pembelotan saya dari keluarga Al Arab di Arab Saudi,"
tulis beliau dalam kenyataannya.

"rejim di Arab Saudi tidak berdiri dengan peraturan-peraturan Tuhan atau (negara) kaedah-kaedah yang mantap dan dasar, keputusan, dan tindakan yang benar-benar berdasarkan kehendak peribadi pemimpinnya." "Semua yang dikatakan di Arab Saudi tentang menghormati undang-undang dan peraturan agama adalah tiruan supaya mereka boleh berbohong dan berpura-pura bahawa rejim taat kepada undang-undang Islam. "

keluarga al saud


Beliau mengkritik keluarga diraja untuk mempertimbangkan negara sebagai harta sendiri manakala semua mendiamkan suara-suara dari dalam dan luar kerajaan yang meminta apa-apa perubahan dan pembaharuan.
Khalid Bin Farhan berkata keluarga pemerintah telah sengaja membiarkan negara kepada keadaan semasa di mana laungan rakyat tertindas diabaikan.

"Mereka tidak berfikir tentang apa-apa kecuali faedah peribadi mereka dan tidak peduli akankepentingan rakyat atau keselamatan negara,"katanya.

Beliau memberi amaran bahawa masalah semasa Arab Saudi bukan "sementara atau cetek" dan mereka tidak berakhir di pengangguran, upah yang rendah dan pengagihan kekayaan yang tidak wajar, kemudahan dan perkhidmatan.

"Masalah yang mendalam dan sebenar,"
katanya sambil menambah bahawa mereka bimbang dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh rejim dan penipuan dalam sistem parlimen dan kehakiman politik dan kewangan.

Putera Saudi berkata segala yang diucapkan pembangkang pro-reformasi tentang politik, ekonomi, kehakiman negara, sosial dan keadaan keselamatan serta penyalahgunaan nilai-nilai agama adalah benar dan

"Keadaan sebenar adalah lebih teruk daripada apa yang dikatakan"

Beliau menyeru semua orang yang mengambil berat untuk masa depan negara untuk menyertainya dan aliran pembaharuan dan mendedahkan kesalahan-kesalahan Al Saud.

Source: Al Alam
, , , , , ,

Minion : Fenomena Atau Penyakit


Apa yang best sangat dengan patung Minion nie. Aku pun baru perasan dengan minion ni jadi fenomena. Apakah makna minion? Ini kan sebuah filem animasi. Dan tiba-tiba menjadi kegilaan sesetengah golongan untuk memiliki patungnya. Dan McD yang jadi mangsa.



Minion ini berbentuk silinder, kecil ada yang bernata satu dan bermata dua. Hah bermata satu! hmmm adakah ini semua adalah satu konspirasi???? Pakar-pakar konspirasi mungkin dapat memecahkan kod disebalik patug-patung Minion ini.


Dan Minion ini telah menjadi fenomena di McD di Malaysia ini, sampai daa sanggup beratur semata-mata nak dapatkan patung nie. Dan kita seakan tidak faham apakah penting sangat patung ini, apakah yang kita tergila-gilakan sangat tentang patung ini?



Ini sedutan video tentang fenomena Minion melanda Malaysia



Sampai Auntie nie mengamuk sebab tak dapat patung Minion selepas lenguh kaki beratur panjang, mungkin patung itu sangat penting untuk diberikan kepada cucunya.

26/07/13

, , ,

Alvin dan Vivian tandatangan surat jaminan

Alvin Tan dan Vivian Lee

KUALA LUMPUR - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang dipenjara tujuh hari di penjara sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM30,000 setelah mendatangani surat jaminan di Kaunter Pendaftaran Majistret Jenayah, Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Alvin Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Hee dan Lee May Ling (Vivian Lee) hadir di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi.

Difahamkan, kedua-dua pasangan itu diikat jamin oleh ibu Alvin dan saudaranya dan selesai 25 minit kemudian.

Ketika ditanya tentang reaksi mereka sepanjang berada di penjara, Alvin dengan tenang hanya menjawab "Not bad (Tidak teruk sangat)."

Turut mengiringi pasangan itu, peguam mereka, Choong Joo Tian dan Wong Kee Them.

Semalam, Kosmo! melaporkan Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan pasangan kontroversi Alvin dan Vivian dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM30,000 beserta empat syarat yang harus dipatuhi. - KOSMO!