Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan

5/09/13

CPUV : Digi Prepaid Project Zoom



Sekali lagi iklan CPUV dari Nuffnang melekat dekat blog ini, aku rasa dah banyak kali dapat iklan CPUV dari Digi ni. Memang murah hati betul la Digi ni dan terima kasih dekat Nuffang jugak. Kempen iklan Digi Prepaid Rider sudah selesai dengan jayanya. Kini masa untuk kempen Digi Prepaid Project Zoom pula. Semoga lepas ni Digi akan terus setia beriklan di blog aku ni..hahaha


Jom kita tengok sikit apa yang Digi tawarkan kepada kita semua. Digi sekarang ada menawarkan dua pakej utama untuk plan prepaid mereka iaitu Digi Prepaid Plans dan DG Smart Prepaid Plan khas untuk pengguna smartphone. Untuk ibfo lanjut korang pergilah tengok dekat lama web Digi.

26/08/13

, ,

Apa Itu CPUV dalam Nuffnang?

Ramai juga Blogger yang setia memasang iklan daripada Nuffnang. Apa yang aku tahu Nuffnang ada dua jenis iklan mereka iaitu CPUV dan CPC. Korang tentu sudah arif pasal kedua-dua benda nie kan? Dan setiap blogger akan terkejar-kejar untuk mendapatkan iklan CPUV, macam yang terbaru aku dapat iaitu The Mortal Instruments. 


Aku bukan nak explain pasal perkara ni, sebab aku bukan pakar sangat. Walaupun dah lama buat blog baru tahun ni aku dapat merasa iklan CPUV yang kencang. Ada satu artikel yang ingin aku kongsikan daripada blogger otai kita Hasrulhassan.com pasal CPUV ni. Kalau korang rasa nak masyuk dengan iklna Nuffnang, jom la baca artikel dia yang bertajuk Apa Itu CPUV dalam Nuffnang?

Apa yang tertarik dalam artikel ini ialah dia komen pasal ramai blogger yang cuba menarik perhatian daripada Nuffnang, padahal sepatutnya kita kena tumpu untuk menarik trafik masuk untuk mendapat duit dari iklan CPUV.

25/08/13

, ,

Pembentangan Bajet 2014 Dan Harapan Rakyat

Pembentangan Bajet 2014 akan dibuat pada 25 Oktober 2013 oleh Datuk Seri Najib, PM kita. Setiap tahun kita mahu tahu apa perancangan kerajaan akan lakukan untuk memajukan negara dan yang lebih penting ia akan bermanfaat kepada rakyat jelata.

Pembentangan Bajet 2014


Pada pandangan aku apa yang menjadi harapan untuk Bajet 2014 kali ini adalah, pertamanya rakyat mahu dengar berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebab dalam pilihanraya lepas PM ada menjanjikan akan menaikkan jumlah bayaran BR1M kepada RM1200. 

Selain itu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap tahun adalah Bonus untuk hujung tahun nanti. Minta-minta dapatlah lagi RM500 yer, untuk anak sekolah.

Mungkinkah permohonan CEUPACS akan diterima, iaitu untuk kerajaan mengkaji semula elauan COLA dan Elaun Perumahan penjawat awam akan diterima oleh kerajaan.

Isu penurunan dan pengawalan harga rumah juga dijangka menjadi sebahagian intipati Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan oleh PM nanti.

Dan lagi satu yang sepatutnya menjadi perhatian PM adalah soal pinjaman, dimana sebelum ini BNM telah membuat syarat yang ketat dengan menghadkan tahun maximun untuk pinjaman. Jadi apa tindakan kerajaan untuk membantu rakyat di dalam hal ini.

Menurut laporan, Bajet 2014 akan dibentangkan pada 25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Selain in, Datuk Seri Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan olehnya bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.
“Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita. Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.
Datuk Seri Najib turut menyatakan bahawa tema perundingan belanjawan tahun ini ialah, Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi.

13/08/13

, ,

Gaya Hidup Sihat Bersama MARIGOLD PEEL FRESH

MARIGOLD PEEL FRESH

Kita semua tahu khasiat buah-buahan untuk tubuh badan kita. Buah-buahan penting untuk kita mendapat zat dan vitamin yang perlu untuk tubuh kita. Jenama Marigold sudah tidak asing lagi di Malaysia. Bermacam-macam produk yang dihasilkan oleh Marigold, dan kebanyakannya produknya adalah baik untuk menjaga kesihatan kita. Tengok, Lisa pun minum Marilgold Peel Fresh, anda bila lagi?

Marigold Peel Fresh yang terbaru diperkaya dengan buah-buahan dan juga 13 jenis sayur-sayuran.


Kini anda boleh cuba MARIGOLD PEEL FRESH baru iaitu PowerVeggies  & Fruits Juice. Ia dipenuhi dengan kebaikan lobak ungu dan beetroot yang bagus untuk kesihatan.

MARIGOLD PEEL FRESH dengan pelbagai jus buah-buahan adalah minuman yang menyegarkan dan sihat untuk melengkapkan hidangan kita. Terdapat produk Biasa (9 perisa) dan Tanpa gula tambahan (6 perisa), MARIGOLD PEEL FRESH jus diperkaya dengan Vitamin A, C dan E yang memberikan kebaikan lebih berkhasiat untuk kita lebih sihat.

MARIGOLD PEEL FRESH

MARIGOLD PEEL FRESH - Any Fresher, You'll Have to Peel it Yourself.
, ,

Kes Tembakan Di Malaysia : Selamatkah Kita?

Kes Tembakan Di Malaysia - Semakin menjadi-jadi berlaku dinegara kita. Kes tembakan disana sini. Kes tembakan dari jarak dekat juga banyak dilaporkan. Nyawa melayang begitu mudah. Apakah negara kita masih selamat? Bolehkah kita hidup dengan tenang selepas ini?

Kes Tembakan Di Malaysia

13/08/13 [Kuantan]
Seorang JANDA beranak empat cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Haji Ahmad
13/08/13 [Paka]
Seorang pengusaha kedai makan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badannya di hadapan premisnya di Jalan Besar Paka

13/08/13 [Goerge Town] {Ini kes guna bom pula}
Seorang lelaki berdepan saat mencemaskan apabila kenderaan yang dipandu bukan sahaja dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah belakang malah dilemparkan sebutir bom dipercayai buatan sendiri

08/08/13 [IPOH]
Seorang lelaki 29 tahun telah ditembak empat kali didalam Hyundai Atos miliknya oleh dua penyerang yang menunggang motosikal berhampiran Taman Klebang Putra di Chemor
Kes Tembakan Di Malaysia
08/08/13 [GEORGE TOWN]
Mangsa mati ditembak 10 das tembakan dan dipercayai ialah bangsa india.

03/08/13 [Kajang]
Seorang lelaki ditembak tiga kali di depan rumahnya dan mati di tempat kejadian.

01/08/13 [Pandan Indah]
Seorang peniaga emas ditembak dalam keretanya sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar, tetapi berjaya melepaskan diri daripada penembak. Lelaki ini cedera di bahagian bahunya.

31/7/13 [Parit Buntar]
Seorang lelaki, N. Jeevandran, 26, yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak di persimpangan Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah mangsa dari Taman Seri Semarak di sini ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.

29/7/13 [Bukit Mertajam]
G Santhanasamy, 30, berasal dari Kulim, Kedah, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang.,

Kes Tembakan Di Malaysia
29/7/13 [Kuala Lumpur]
Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan. Beliau berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian .

29/7/13 [Ipoh]
Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa yang berusia 55 dan 28 tahun cedera dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan mangsa-mangsa sedang minum di restoran dekat Kampung Simee bersama kawan dan dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.,

27/7/13 [Jempol]
Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.Mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.,

26/7/13 [Temerloh]
Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut, Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk dirawat.

24/7/13 [Kluang]
Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak.Kejadian itu berlaku apabila mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.
Bagaimanapun cubaan membunuhnya gagal apabila mangsa berjaya memecut keretanya kira-kira tiga kilometer sebelum mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang.

19/7/13 [Semanggol]
Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol. Nombor plat kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan hilang di Puchong, Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun lalu.,

18/7/13 [Kulim]
Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi.,

15/7/13 [Kampar]
Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera, mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya, 13 tahun, cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.
Mangsa mengalami cedera diperut sementara anaknya mengalami kecedraan di paha sebelah kanan apabila peluru yang mengenai bapanya tembus sebelum mengenainya yang ketika itu berada di belakang mangsa.

12/7/13 [Pulau Pinang]
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam kelmarin. Akibat kejadian itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selain kepalanya cedera akibat terkena serpihan peluru.

8/7/13 [Bachok]
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu.,

4/7/13 [Pulau Pinang]
Dua suspek yang memakai topi keledar ketika melakukan jenayah itu dipercayai melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa, K Kuganeswaran, 30, dari jarak dekat.,

4/7/13 [Pasir Mas]
Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher. Guru yang berasal dari Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya dilapor stabil.

14/6/13 [Kuala Kurau]
Seorang peniaga, Lim Kong Hai, 52 cedera parah di bahagian perut setelah ditembak salah seorang anggota kumpulan itu dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau.

6/6/13 [Muar]
Tan Chai Heng, 51, dengan kesan tembakan di muka ditemui terbaring di taman itu, kira-kira 30 meter dari rumahnya. Berdasarkan kepada kecederaan pada bawah mata kanannya, kita percaya mangsa telah ditembak dengan senjata pistol dari jarak dekat sebelum mayatnya dijumpai oleh jirannya.,

4/6/13 [Taiping]
Seorang pemilik bengkel kereta Govindaraju @ Murthy, 36 mati sementara rakannya A. Manivannan,cedera selepas ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya. Suspek dipercayai telah melepaskan tiga das tembakan dan mereka datang menggunakan motosikal serta bertopi keledar.

12/5/13 [Bukit Tambun]
Dua lelaki S. Kannan, 37 dan G. Suresh, 28 maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, dipercayai berkaitan perniagaan. keempat- keempat mereka datang dari Melaka untuk menghadiri upacara perkahwinan rakan mereka di sini. ,

11/5/13 [Seremban]
Dua lelaki mati, P Chalidass, 29 dan G Surentharan, 31, manakala dua rakan mereka parah ditembak dari jarak dekat ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat pusat bandar.,

11/5/13 [Cheras]
Polis sukarelawan, N. Saravanan dan kawannya Tamil Selvam, kedua-dua berumur 29 tahun ditembak tercedera selepas satu pertengkaran.,

11/5/13 [Lunas]
Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh, Thangaraja, 31 ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.,

10/5/13 [Alor Setar]
Seorang penarik kereta, M. Nagenthiran, 30 maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya. Satu tembakan dikesan di bahagian kepada dan dua lagi di bahagian belakang Nagenthiran.,

9/5/13 [Tangkak]
Seorang jurutera, Muthu Pillai, 41, dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang sawit.

7/5/13 [Nibong Tebal]
Tan Hock Chin 47 tahun, seorang yang aktif dalam Ronda Keselamatan Sukarela kawasan taman - taman perumahan sedang minum bersama 2 orang rakannya di kawasan kaki lima restoran tersebut. Tiba - tiba muncul seorang lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa lalu menembak kearah kepala mangsa. ,

30/4/13 [Taiping]
Seorang peniaga barang lusuh yang berusia 26 tahun hampir maut terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan rumahnya. Tembakan yang dilepaskan tersasar dan dalam keadaan kelam-kabut kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri.,

26/4/13 [Cheras]
Mangsa R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Manakala ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.

26/4/13 [Putrajaya]
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya. Mangsa ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

25/4/13 [Tampin]
Seorang runner bagi JPJ, N. Ragunathan yang berumur 39 tahun ditembak mati dalam keretanya oleh salah sorang daripada dua orang yang bermotosikal.

16/4/13 [Taiping]
Mangsa, K Muthazagen, 47, maut apabila peluru yang ditembak dari jarak dekat menembusi kepalanya. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang makan bersendirian di sebuah kedai di kawasan itu tanpa menyedari kehadiran suspek.

14/4/13 [Seremban]
Tan Kok Soon, 56, ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland.,

12/4/13 [Seremban]
Mangsa, James John, 45, ditembak mati dalam keretanya di sekitar lampu isyarat Taman Sri Labu oleh dua orang penembak yang bermotosikal.

12/08/13

, , , , ,

Gambar P.Ramlee Yang Jarang Di Lihat

Gambar P.Ramlee Yang Jarang Di Lihat
Foto P.Ramlee beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.

Gambar P.Ramlee yang jarang dapat kita lihat ini bukanlah gambar yang mengembirakan. Namum ia adalah gambar-gambar pada hari kematian beliau iaitu pada 29 Mei 1973. Pemergian P.Ramlee adalah satu kehilangan besar kepada dunia filem Malaysia. 

Video clip semasa P.Ramlee meninggal dunia.


P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.


Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.

Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).
Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.

Jom kita layan gambar rare ini.

Gambar P.Ramlee Yang Jarang Di Lihat


Gambar P.Ramlee Yang Jarang Di Lihat

Gambar P.Ramlee Yang Jarang Di Lihat

Gambar P.Ramlee Yang Jarang Di Lihat

Gambar P.Ramlee Yang Jarang Di Lihat 

Gambar P.Ramlee Yang Jarang Di Lihat

Gambar P.Ramlee Yang Jarang Di Lihat
seorang seniman agung dibiarkan berseorangan di kantin angkaspuri sementara menunggu isterinya saloma selesai membuat rakaman rangcangan di RTM

11/08/13

, , ,

Sambutan Hari Raya Di Seluruh Dunia 2013 / 1413H

Sambutan Hari Raya Di Seluruh Dunia 2013 - Alhamdulillah. Kita dapat sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Selepas sebulan kita berjuang melawan hawa nafsu. Semoga selepas ini kita kembali kepada fitrah. Sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut meriah diseluruh dunia. Semua umat Islam diseluruh pelusuk bumi menyambutnya dengan riang, sebagai tanda hari kemenangan.

Dan pastinya cara dan budaya sambutan berbeza di setiap negara. Namum tetap ada persamaannya, dimana kita semua akan sembahyang sunat hari raya di pagi raya. Inilah tandanya kita semua bersaudara. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam tak kira dimana jua pun berada di atas mukabumi ALLAH SWT ini.

Mari kita saksikan gambar-gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1413H/2013M

Di Masjidil Haram, Mekah



Di Masjid Al-Aqsa


Ramallah

Di Stadium Alyarommk, Gaza City.


Islamabad, Pakistan.



Sri Lanka

Filipina



India



Nepal

Kenya


Iran

Panama City

Copenhagen, Denmark

Nigeria


Houston, U.S.A


Romania



Indonesia




Mesir



Beijing, China


Tunisia

Syria

Iraq


Afghanistan


Lisbon, Portugal


Bosnia

Bangladesh


Yaman

Australia

Riyadh, Arab Saudi

Cer teka dekat mana nie?