Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

18/11/12

, , , ,

Gambar-gambar kemalasan terlampau

Perhatikan gambar-gambar ini dan lihat betapa malasnya kita sebagaimanusia.Semuanya nak di ambil mudah dan tak mahu lebih kurang.Kadang-kadang perasaan malas ini bila dah 'sampai' tak peduli apa orang nak kata.Kadang-kadang boleh membahayakan diri sendiri.







































20/10/12

, , , , , , ,

Kaitan Manusia Dan Ayam

Kehidupan manusia sangat sinonim dengan ayam. Dan ayam juga adalah salah satu makanan yang paling digemari. Namum entah kenapa banyak perpatah dan peribahasa yang dikaitkan dengan ayam. Tak percaya? baca dulu...

1. Manusia yang nampak rezekinya sebelum berusaha:
"tuah ayam di kaki.tuah manusia siapa yang tahu"
*manusia tidak tahu dimana Allah letak rezekinya kerana Allah suruh manusia berusaha.

2. manusia yang miskin:
"kais pagi makan pagi kais petang makan petang"

3. manusia yang jahat:
bapak ayam, mak ayam.

4. manusia yang suka bergurau:
"ajak-ajak ayam"

5. manusia yang bermasalah penglihatan:
"rabun ayam"

6. manusia yang susah tidur lena:
"tidur-tidur ayam"

7. manusia yang pengotor:
"kaki ayam"

8. manusia yang tulisannya hodoh:
"cakar ayam"

9. Manusia yang selalunya menjadi ketua dalam sebuah organisasi:
"ayam tambatan"

10. manusia yang suka sembang lebat:
ayam kampung

11. manusia yang suka bergosip:
ayam telur

12. manusia yang suka bergaduh dan cari pasal:
ayam laga.

13. manusia yang suka bijak memperdaya orang lain:
"ayam terlepas tangan bau tahi".

14. manusia yang suka menyamar jadi orang lain:
"musang berbulu ayam"

15. manusia yang *****:
ayam daging.

Anda ayam yang mana satu?haha..pendek kata, janganlah melintas seperti ayam.

31/01/12

, , , ,

Terbaik : Only In India

 Alamak! nasib baik sempat brek dengan kaki.

 Kretip, xpayah nak beli pelampung..JIMAT!!!

 Mak aii...ayam nie....lawan tokey nampak...

 Hai bang..takkan guna pistol mainan jerk...

 Bang...dah wat endosement dekat JPJ ker nie...

 Caya lah..ada air bag tue...

 Confirm xhilang punya...gud idea...

 Apa kaitan dengan ayam dengan bina badan ek...

 Hahaha...teknik terbaik untuk call sambil memandu...leh tiru nie..

 Terbaik!! kupas bawang sampai esok pun tak apa nie...

Hmm...nasib la jadi bini orang nie...ke dapat hadiah bini pakel skali dengan barang nie

6/12/11

, , ,

Lawak : Jom Ringan Ringankan Kepala Sikit.

Edisi Santai - tak tahu nak buat apa petang-petang nie. Jom layan lawak kejap.
Tiga Benda Mustahil Yang Sukar Untuk Dilakukan
1). Mengira rambut anda
2). Mencuci mata menggunakn sabun
3). Menjelirkan lidah sambil bernafas

dah dah masokkan balik lidah tu...tak senonoh ler...

Mouse rosak? Inilah jawapannya tak payah susah-susah beli mouse baru....


Nie kepada mat kereta yang tak ada bajet nak bikin kereta, korang leh try guna cara nie...


Haiya Taukeh, sudah mau jadi gila kah, bisnes tarak untung ka?

Last Sekali dan akhir kata jom kita menguji minda/mata...cuba korang perhatikan gambar di bawah dan cari seekor kucing...sapa dapat jawab dapat hadiah..hahaha...

Amacam jumpa tak???

23/11/11

,

Selena Gomez Ucap Tahniah Kepada Team Malaysia

Berikutan kemenangan Team B-23 malaysia keatas Indonesia semalam Selena Gomez pon turut tidak ketinggalan memberikan sekalung ucapan tahniah...Hahaha Selena Gomez Ucap Tahniah Kepada Team Malaysia
Apa kata Sblom tdow kita layan dulu lagu daripada Selena yang tengah top sekarang...>_<

18/11/11

, , ,

Banjir : Cara Untuk Menghadapi Banjir Secara Kreatif


Setiap tahun negara kita tak akan terlepas daripada menerima curahan air hujan yang lebat dan melimpahi sungai sehingga mengakibatkan banjir. Orang kita panggil "musim tengkujuh". Bagi kanak-kanak ia adalah pesta air, tak hairanlah jika setiap tahu ada saja mangsa korban mati lemas di musim tengkujuh. Untuk menghadapi musim banjir ini pelbagai persiapan harus dibuat agar tiada yang menjadi korban atau kehilanagn barangan berharga. Jom kita belajar daripada rakyat negara jiran kita Thailand, bagaimana mereka menghadapi musim banjir.


Sinki Bergerak - dalam musim banjir agak susah untuk mendapatkan bekalan air bersih jadi adaalah elok kita sediakan sinki bergerak macam nie..


Meja makan anda sudah hanyut?? tak perlu risau kita boleh carikan pintu peti ais yang hanyut semasa banjir untuk dijadikan meja makan terapung.


Risau anak-anak anda lemas. Mudah saja, sila pastikan botol air mineral tidak dibuang selepas isinya diminum kerana anda boleh jadikan ia pelampung yang amat seronok untuk anak-anak anda bermain.


Kepada JKKK yang xcukup bajet untuk menbeli bot untuk menbuat rondaan semasa banjir, bot yang diperbuatkan has daripada botol air minuman juga adalah salah satu cara yang berkesan.


Bak kata perpatah sediakan payung sebelum hujan amat sesuai dengan teknik ini. sebelum kereta anda tenggelam adalah lebih oleh disediakan pelampung seperti ini agar kereta anda tidak tenggelam.


Ini adalah perkara yang paling penting dimusim banjir. Agar kebersiahan sentiasa terjamin.


Takut kasut anda basah, tak perlu risau. Kini ada cara yang paling berkesan untuk atasi.

 Selamatkan barang bernilai anda. Pastikan semua benda-benda penting anda dibungkus dan disimpan didalam plastik agar ia selamat dan tidak basah.

15/11/11

,

Lawak : CEO Dan Eksekutif


Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”


“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”


“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.


“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.


“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.


” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.


“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.


“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.


” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.


“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.


“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”


Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

29/10/11

, ,

MahaRaja Lawak Mega - Minggu 01

Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega. Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka. Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000. Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri. “Kami member kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta. Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.


Kumpulan Anje


Kumpulan Syok


Kumpulan Bawel


Kumpulan Pimai


Kumpulan Rap


Kumpulan Saehu


Kumpulan Boboi


Kumpulan Comel


Kumpulan Osbon


Adlin


Kumpulan Lanun


Kumpulan Gebu


Kumpulan Caer


Jalil Hamid


Kumpulan 3G


Kumpulan BP


Kumpulan Hiro

6/10/11

, ,

Steve Job Meninggal : Suatu Kehilangan Besar

Kepada generasi masakini, siapa yang tak tahu kalu ditanyakan pasal jenama Apple, iPhone, iPad, iPad dan iTunes. Ini semua adalah hasil daropada seorang yang snagat berdedikasi dengan kerjayanya, Steve Jobs, namum hari ini dunia digemparkan dengan kematian beliau. Setelah beliau mencetuskan fenomena didalam dunia teknologi.


SAN FRANCISCO: Kematian pengasas Apple, Steve Jobs akan memberi kesan kepada dunia untuk tempoh yang lama, kata pengasas Microsoft, Bill Gates.

Beliau menyifatkan kematian Jobs hari ini sebagai satu kehilangan yang menyedihkan dan menyifatkan persahabatan antara mereka sebagai penghormatan yang tiada ternilai.

“Steve dan saya kali pertama bertemu hampir 3 lalu dan sehingga itu menjadi sahabat baik, rakan pesaing hampir separuh daripada hidup kami," katanya.

“Dunia jarang mempunyai seseorang yang mempunyai kesan yang besar seperti yang dimilik Steve, kesan yang akan dirasai berzaman lamanya," katanya dalam satu kenyataan. - AFP

27/07/11

,

Betul ke perempuan macam nie..:)



Jangan marah ek kepada semua wanita2, aku tau korang tak macam nie kan3...:P...nie aku jumpa kat youtube...so layan aje lah...hehe...

21/07/11

, , ,

Apabila Google+ VS Facebook

 

 Google+ vs Facebook

16/07/11

,

Kisah Tauke Kambing Yang Sengal


Pemuda : Baguslah ternakan kambing-kambing pakcik. Boleh saya tanya sikit?

Pakcik : Boleh aje.

Pemuda : Berapa jauh kambing-kambing ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama.

Pemuda : Berapa banyak plak rumput kambing-kambing ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Gambar Hiasan.

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan kambing-kambing pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje? (tengah bengang!!)

Pakcik : Mestilah...sebab kambing-kambing yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?


Pakcik : Yang hitam pun sama....

Pemuda : Arghhh... tensionyaaa.. pakcik pun sama dengan kambing