30/10/11

Kerna kasihNya


Dia kerana Dia aku masih bernafas lagi
Dia kerana Dia aku masih gagah berdiri
Meredah ranjau ini walau diriku dihujani
Jerami berduri Dia pasti bersama ku
Kerna kasihNya aku sabar dihina
Kerna restuNya tak ku gentar diuji

Dulu diri ku ini bagai mati sebelum ajal
Kerna restu kasihNya
Hari ini ku bangki kembali
Dari mimipi ngeri
Dengan semangat wajar kesani
Ku tepis segala rintangan yang datang

Kerana aku tahu Dia mengasihi ku
Lebih dari segala cintai dunia ini 


,

Motorsikal terpanjang : Amacam Mat Rempit Ada Bran!!!

Amacam Mat2 rempit kat luar sana tergugat tak. Panjang tak, nie motor ke bas..hahaha...macam ini punya orang pon ada ke...tapi mat rempit kat luar sana korang ada bran bleh r try williey dengan motor nie...leh kasi terangkat tak...hahaha


29/10/11

, ,

MahaRaja Lawak Mega - Minggu 01

Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega. Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka. Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000. Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri. “Kami member kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta. Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.


Kumpulan Anje


Kumpulan Syok


Kumpulan Bawel


Kumpulan Pimai


Kumpulan Rap


Kumpulan Saehu


Kumpulan Boboi


Kumpulan Comel


Kumpulan Osbon


Adlin


Kumpulan Lanun


Kumpulan Gebu


Kumpulan Caer


Jalil Hamid


Kumpulan 3G


Kumpulan BP


Kumpulan Hiro
, ,

Muammar Gaddafi Not Dead | Adakah Satu Konspirasi NATO?

Adakah ini satu lagi konspirasi yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. Berkenaan pembunuhan Muammar Gaddafi pada 20hb Oktober lalu. Kali ini ada yang menyangkal kematian Gaddafi seperti yang heboh beberapa bulan lalu berkenaan kematian Osama Bin Laden.

Namum setiap kali berlaku perkara begini ada saje isu yang cuba ditimbul, benar atau palsu sukar untuk dinilai. Dunia ini terlalu banyak tersirat dengan konspirasi. Sukar untuk mengerti yang mana benar dan yang mana kepalsuan...Jom kita layan video nie...


28/10/11

, ,

Dihalau Isteri Kerana Miskin

GOMBAK: Hanya kerana tidak mampu memberi kemewahan selepas enam tahun berkahwin, seorang isteri menghalau suaminya dari rumah mereka di Taman Seri Gombak, di sini dua hari sebelum sambutan Deepavali lalu.

Lebih menyedihkan, teksi yang menjadi sumber rezeki suaminya turut dirampas.

Sebaik dihalau, mangsa yang berusia 40 tahun terpaksa menumpang tidur di perhentian bas di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, lelaki itu pulang semula ke rumahnya untuk berbincang dengan isterinya secara baik namun dia dipukul adik iparnya yang berang sebaik mendapati mangsa pulang ke rumah itu, kelmarin.

Mangsa yang sedih dan buntu dengan insiden itu terpaksa memberitahu ibunya sendiri untuk meminta bantuan.

Sumber berkata, mangsa dipujuk pulang ke rumah ibunya di Selayang, namun dia sekali lagi diserang keluarga isterinya di depan rumah keluarganya itu dan diminta menceraikan isterinya kerana tidak mampu memberi kemewahan

Dalam kejadian yang berlaku jam 10 pagi itu, mangsa dikejutkan dengan kehadiran isteri, ibu mentua dan adik ipar yang menjerit dari luar rumah meminta mangsa menceraikan isterinya.

“Ibu mangsa dikatakan mententeramkan ketiga-tiga mereka namun dimaki-hamun selain diugut akan dicederakan dengan kayu dan cangkul yang dipegang adik ipar mangsa,” katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mahu berbuat demikian kerana mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil walaupun sering dihalau isterinya beberapa kali.

Menurutnya, beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu mententeramkan keadaan dan menasihati keluarga isterinya beredar.

“Isteri dan adik ipar mangsa dikatakan turut merampas telefon bimbit mangsa.

“Adik ipar mangsa dikatakan turut mengugut mahu mencederakan mangsa sekiranya masih berdegil tidak mahu menceraikan kakaknya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Harta atau Cinta ?

Yang mana satu lebih penting, harta atau cinta? dua-dua benda ni adalah perkara yang sering menghantui hidup kita. Namum adakah tanpa harta, sebuah cinta itu tak bermakna. fikir-fikirkan. Orang kata kalau ada duit semua benda boleh dibeli, adakah cinta pun boleh dibeli dengan harta yang bertimbun. So sad, jika orang yang berharta itu telah menbeli cinta, tunggu nanti bila sudah jatuh miskin, kau tak mampu lagi nak bayar untuk cinta itu. Kemana kau nak mencari...

Memang tak dinafikan harta dan cinta adalah penting, tetapi itu masing-masing punya pendapat yang mana lebih penting. Jika tiada harta cuma berlandaskan cinta. Macam mana nak hidup. Dunia sekarang semuanya duit. Tiada duit kita boleh kemana, nak masuk tandas pun nak kena bayar. Tapi hati kita selalu tenang kerana ada sebuah cinta yang selalu disisi. Sanggup ke korang berlapar kerana cinta...

Bagi aku kedua-duanya penting. Tetapi atas diri sendiri untuk meletakan yang mana lebih penting. Jika kita terlalu sibuk mengejar harta, tapi anak bini kita terbiar. Macam tak ada makna hidup kita ini. Namum sebaliknya pula, jika kita terlalu mengejar cinta, tak peduli pasal kerja, sampai lingkup, semata-mata nak bersama dengan orang tersayang jer. Korang nak bagi makan apa anak orang tue...hehehe

25/10/11

Solat Selepas Haid : Perkara Yang DiPandang Ringan

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..


Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM.

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

Biodata Muammar Gaddafi



Biodata Muammar Gaddafi

MUAMMAR Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi
atau lebih dikenali dengan panggilan Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi dilahirkan pada 7 Jun 1942 merupakan seorang pemimpin politik dan revolusi Libya.

Beliau menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpuhan darah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.

Gaddafi menjadi presiden selama hampir 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah dunia.

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini telah disebarkan ke seluruh dunia secara percuma.

Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina.

Beliau pernah berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD.

Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik Amerika Syarikat-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik muncul dibeberapa negara Asia Barat seperti Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, turut melanda Libya.


Pasukan tentera pemberontak menentang kerajaan Gaddafi telah bertukar menjadi perang saudara.

Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya dalam menentang tentera pemberontak dan kuasa luar.

Beliau menyatakan mereka yang memberontak terhadap kerajaannya perlu dibunuh.

Bagaimanapun, pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab melakukan jenayah terhadap manusia.

Pada 27 Jun, permohonan tersebut diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh tentera pemberontak namun beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.

Pada hari Khamis, (20 Oktober 2011) Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya di Sirte.


Beliau terbunuh selepas terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu.

Gaddafi mati ditembak sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan.

Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar.

Rakyat di Tripoli Libya meraikan berita kematian Gaddafi.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematian Gaddafi menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

sumber:http://mstar.com.my/berita/luar_nega...ar_luar_negara

5 Kata Mutiara Muamaar Gaddafi

Gaddafi on drugs:
Stop taking drugs. They’re not good for you, for your heart. Don’t destroy the country… Shame on you, you gangsters. Surrender, give up all weapons, or they’ll have massacres, drugged kids with machine guns… tonight and tomorrow, youth, all of you, not those who are rats on drugs–form committees for security.

Gaddafi on Waco
Armed rebellion is another matter… We won’t allow it. Unarmed incidents in Waco were dealt with by force… The Davidian cults in Waco were dealt with by armed vehicles.
Gaddafi on electricity
Were it not for electricity, we would have to watch our televisions in the dark.
Gaddafi on Facebook
I’m not such a dictator that I’ll shut down Facebook. I’ll just imprison anyone who dares log in to it.
Gaddafi on Gaddafi (curiously, in the third person)
Qaddafi has no rule if he’s not the president, he’s leader of a revolution, he has nothing to lose… We left the regime to the Libyan people. We don’t have any authority.

24/10/11

,

9 Tempat Paling Pelik Di Dunia

9 Tempat paling Pelik Di Dunia - Planet Bumi adalah suatu ciptaan yang menakjubkan untuk diteroka dengan daya tarikan nilai estetika. Malah di era ini sarap dengan teknologi ini, wujud beberapa tempat yang akan ditemui atau dianggap sebagai pelik. Mari kita lihat 9 tempat-tempat yang paling pelik di bumi.


1. Kauai, Hawaii

Kauai, Hawaii - 9 tempat paling pelik di dunia

Kauai adalah pulau yang paling kuno di Hawaii yang juga yang keempat terbesar yang terletak di pulau-pulau utama. Lava ditepi pantai membuat pengalaman duniawi di sini yang menakjubkan dan sungguh pelik.



2. Spotted Lake, Osoyoos

Spotted Lake, Osoyoos - 9 tempat paling pelik di dunia

Tasik Spotted, tasik masin yang terletak di barat laut Osoyoos, British Columbia. Apabila air menyejat pada musim panas, bintik-bintik besar mineral tertinggal yang memberikannya nama.



3. Aurora Borealis (North Pole)
 
Aurora Borealis - 9 tempat paling pelik di dunia

Aurora atau cahaya kutub utara, cahaya yang sungguh cantik secara semula jadi menerangi langit pada waktu malam di rantau kutub. Ia dianggap sebagai "Tarian daripada Roh" oleh orang-orang Cree.



4. Fly Geyser, Reno


Fly Geyser adalah perkara yang pelik di bumi, merupakan air mata air yang terpancut keluar. Ia terdiri daripada dua geisar di mana salah satu itu dalam keadaan tidak aktif manakala yang lain memancut.



5. Socotra

Socotra - 9 tempat paling pelik di dunia

Socotra adalah tempat yang paling asing yang terletak di Afrika di mana anda boleh mencari payung berbentuk pokok darah, pokok berair gergasi, pokok timun dan lain flora dan fauna secara eksklusif habitat ditempat ini.



6. Rio Tinto

Rio Tinto - 9 tempat paling pelik di dunia

Rio Tinto. Ia berasal dari pergunungan Sierra Andalusia dan berwarna merah mungkin disebabkan hingga kini besi dan mineral lain yang telah ditambah melalui perlombongan lama di kawasan itu.



7. Moeraki, New Zealand

Moeraki - 9 tempat paling pelik di dunia

Moeraki adalah besar, aneh, batu-batu sfera ditemui di Pantai Koekohe. Ini adalah berpunca dari enapan di lantai laut.



8. Pamukkale

Pamukkale - 9 tempat paling pelik di dunia

Kolam Pamukkale adalah terletak di Turki dan adegan pelik ditonton oleh penduduk bumi. Ini terbentuk daripada kalsium karbonat yang mendapat didepositkan apabila air disejat.



9. Racetrack Playa
Racetrack Playa - 9 tempat paling pelik di dunia

Racetrack Playa terletak di California dan dikenali kerana batu-batu layar terletak di sini. Di sini batu-batu bergerak dari kedudukan asal mereka menjadi seperti treck.

23/10/11

5 Fakta Untuk Anda Percaya Atau Tidak


1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
 http://v12gether.blogspot.com
Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni.. Nor Hamizi Md. Amin Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia 11800 Minden, Pulau Pinang Tel: 04-6532694

Hati-hati Cara Mencuri Kereta Dengan Surat Khabar


KAEDAH MENCURI KERETA PAKAI SURAT KHABAR ? PERINGATAN UNTUK SEMUA

1. Pencuri akan berlegar-legar dikawasan parking kereta untuk mencari mangsa..
2. Setelah menjumpai mangsa, pencuri akan pergi ke kereta tersebut selepas tuan punya kereta pergi dari situ dan dia kemudian melekatkan sehelai surat khabar pada cermin belakang kereta tersebut.
3. Pencuri akan segere lari mencari tempat persembunyian berhampiran dengan kereta.
4. Pencuri akan tunggu dengan sabar kerana habuan sebuah kereta itu memang besar tau..
5. Bila tuan punye kereta datang dan memasuki kereta, pasti mereka akan menghidupkan kereta.
6. Bila mahu keluar dari tempat parking, pemandu akan melihat ada surat khbar yang terlekat pada cermin belakang keretanya itu.
7. Tanpa curiga, mereka akan keluar dan terus kebelakang.
8. Dengan pantas, pencuri terus masuk kedalam kereta, kunci pintu dan LARI!!..
9. Tuan punya kereta hanya sempat menjerit je.. Tu pun tak tahu sama ada menjerit sebab kereta kena curi atau kerana dilanggar oleh pencuri

berhati-hati semasa keluar berseorangan...
sharing is caring
,

Mayat Gaddafi Dipamer Di Pasaraya


JENAZAH bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (depan) dan anak lelakinya, Mutassim dipamerkan di dalam sebuah bilik sejuk beku di bandar Misrata, Libya semalam.

MISRATA, Libya - Jenazah Muammar Gaddafi yang masih berlumuran darah dipamerkan kepada umum di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar raya di sini.

Orang ramai semalam berbaris panjang untuk menatap jenazah bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu yang diletakkan di atas sebuah tilam di bilik berkenaan.

Pada mulanya, jenazah Gaddafi disimpan di bilik itu untuk mengelakkan daripada tatapan umum. Namun, orang awam berpusu-pusu tiba untuk melihat jenazah pemimpin yang mereka benci itu sebaik sahaja rahsia lokasi tersebut terbongkar.

Malah, untuk memudahkan orang ramai melawat arwah, pengawal-pengawal di premis itu menetapkan masa lawatan berasingan untuk keluarga dan lelaki bujang.

"Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi)," kata beberapa penduduk setempat.

Berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak turut tidak ketinggalan bergambar bersama jenazah bekas pemimpin Libya tersebut.

Jenazah Gaddafi dibiarkan terbujur dalam keadaan terdedah hingga ke paras pinggang dengan dada dan tangannya berlumuran kesan darah sebelum ditutup dengan sehelai selimut.

Kesan luka akibat tembakan turut dilihat pada dada, perut dan bahagian kiri kepala jenazah.

Turut diletakkan di dalam bilik sejuk beku tersebut ialah jenazah anak lelakinya, Mutassim Gaddafi.

Gaddafi meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dia ditangkap pejuang-pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) ketika cuba meninggalkan bandar kelahirannya, Sirte bersama pengawal-pengawalnya.

NTC yang memerintah Libya masih tidak dapat memutuskan bila dan di mana jenazah Gaddafi akan dikebumikan.

Penduduk di sini yang merupakan bandar paling teruk dibedil tentera Gaddafi dalam perang saudara sejak beberapa bulan lalu mendakwa jenazah Gaddafi adalah hak milik mereka.

Pertelingkahan itu menyebabkan rancangan untuk mengebumikan jenazah Gaddafi kelmarin terpaksa ditanguhkan.

Pemerintah tentera NTC di bandar ini juga tidak membenarkan pembedahan autopsi dilakukan keatas jenazah Gaddafi untuk mengetahui punca kematiannya.


ORANG RAMAI berbaris untuk menatap jenazah Muammar Gaddafi di sebuah pusat membeli belah di Misrata kelmarin.

"Tiada pembedahan autopsi keatas jenazahnya akan dilakukan hari ini (semalam) atau pada mana-mana hari," kata jurucakap majlis tentera Misrata, Fathi al-Bashaagha.

Sementara itu, NTC mengeluarkan kenyataan bahawa satu pentadbiran sementara akan ditubuhkan dalam masa sebulan. Rakyat Libya pula akan memilih pentadbiran baru dalam pilihan raya umum yang dijadual diadakan dalam tempoh lapan bulan lagi.

NTC akan mengisytiharkan pembebasan Libya di bandar Benghazi, timur Libya hari ini untuk membuka laluan kepada usaha-usaha mengubah negara yang kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara demokrasi. - Agensi
,

Telefon Bimbit Bukan Punca Barah


LONDON: Telefon bimbit tidak meningkatkan risiko barah, lapor penyelidikan yang membabitkan lebih 350,000 responden oleh penyelidik Denmark yang disiarkan semalam.

Kajian yang didedahkan dalam laman web Jurnal Perubatan British, mencelah siri kajian lain yang memperoleh kesimpulan serupa.

Saintis Institut Kajian Epidemologi Kanser di Copenhagen melihat mereka berusia sekurang-kurangnya 30 tahun yang melanggan talian telefon bimbit dan membandingkan kadar ketumbuhan dalam otak dengan mereka tidak melanggan antara 1990 hingga 2007.

“Kajian ini menyokong penyelidikan yang gagal mencari kesan memudaratkan penggunaan telefon di bawah pendedahan normal,” kata Pengarah Perubatan Fizik Hospital Britain Royal Berkshire dan Felo Institut Fizik dan Kejuruteraan Perubatan, Malcolm Sperrin.

Pada Mei, Agensi Penyelidikan Kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia memutuskan telefon bimbit dikategori sebagai kemungkinan mendedahkan barah, meletakkannya sama kategori dengan plumbum dan kloroform. – Agensi


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/ar...Kajian/Article

22/10/11

,

segmen : Blogger & Blog #1

Namo : eddie

kepada blogger lain yang nka join leh r...tutp sebelom kul 2 nnt...byk masa lg nie...klik link
,

Mudah.my | Sarang Penipu Kaut RM1.3 Juta Setahun

Dalam kerancakan perniagaan internet ada juga yag cuba mengambil kesempatan untuk mencari rezeki yang tidak halal. Walaupun pada asalnya tujuan laman web seperti mudah.my adalah untuk memudahkan uruan jual beli secara online. namum ada juga yang buat urusan bisnes scam. dengan menipu dalam menawarkan barang untuk dijual. Jadi kepada para pembeli yang membeli secara online supaya lebih berhati-hati jangan sampa tertipu oleh mereka yang scam nie.



Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.

Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.

"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman web mudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

"Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.

Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

"Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.

"Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK (03-26163999) selepas waktu pejabat," katanya. KUALA LUMPUR 21 Okt.

20/10/11

,

Nilamas Persaing Baru ASSTRO


PETALING JAYA: Muka baru dalam industri televisyen digital, Nilamas Corp Sdn Bhd khabarnya telah berjaya memperolehi lesen daripada kerajaan untuk membangun dan menawarkan perkhidmatan televisyen digital kepada umum.

Nilamas mensasarkan suku kedua 2012 untuk melancarkan perkhidmatan baru televisyen berbayar.

Dengan memperolehi lesen perkhidmatan ini, Nilamas kini akan bersaing dengan Astro dalam menawarkan pakej perkhidmatan televisyen digital berbayar kepada pengguna.


Adalah difahamkan, kos membangunkan rangkaian kabel akan menelan sehingga RM2 bilion untuk tempoh lima tahun dan Nilamas sedang mencari rakan kongsi untuk sama-sama membangunkan projek ini.

Nilamas kini sudahpun memperolehi satu bangunan baru di Puchong bagi tujuan projek gergasi ini.

Berdasarkan laman web Nilamas, para pengarahnya adalah terdiri daripada Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim dan Datuk Nik Mohd Amin. Mereka juga adalah pemegang saham utama syarikat.

Adalah difahamkan, perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh Nilamas kepada para pelanggannya akan tertumpu kepada hiburan dan pendidikan secara interaktif.

Difahamkan juga, pelancaran penjenamaan projek ini akan dilakukan bulan depan.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Nilamas memperolehi lesen untuk menawarkan perkhidmatan saluran berbayar televisyen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi pada 11 Ogos lalu.

Mereka turut memperolehi lesen kemudahan rangkaian yang membolehkan mereka membina rangkaian dan menawarkan perkhidmatan kepada umum untuk tempoh lima tahun.

Pengambilan kakitangan telah pun bermula sejak dua bulan yang lalu dan berhasrat untuk mengukuhkannya sehingga 200 orang dalam tempoh tiga bulan dan 800 orang pada waktu perkhidmatan dilancarkan sepenuhnya.

http://mstar.com.my/berita/cerita.as...c=mstar_berita
__________________

Hukum Gantung : Warga Asing Yang Pertama Dihukum Di Malaysia



Pada 9 Nov1983 , 2 rakyat Australia Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers telah ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah jenis heroin . Mereka akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986.

Di awal tahun 1981 dan akhir tahun 1983 Chambers telah melakukan beberapa perjalanan ke luar negara untuk membawa dadah ke Australia. Pada tahun 1980 Chambers dan teman wanitanya telah membawa dadah ke Australia menggunakan ''body packing techniques''. Chambers telah memasukkan dadah tersebut didalam duburnya dan teman wanitanya juga memasukkan ke dalam dubur dan kemaluan sulitnya. Selebihnya dadah itu ditelan.

Kedua-dua mereka menggunakan teknik yang sama pada tahun 1981 apabila transit di Singapura. Pegawai kastam dapat mengesan dadah yang juga dimasukkan ke dalam poket jaket beliau. Mereka dibebaskan selepas memberi rasuah kepada pegawai kastam di sana.

Chambers dan teman wanita membuat keputusan berpindah ke Perth dan semasa dalam perjalanan mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa teman wanitanya pada 20 May 1983 selepas koma.

Perjalanan mereka ke Malaysia telah diaturkan oleh penjenayah Perth iaitu John Asciak. Barlow dan Chambers kemudian memberi keterangan mereka adalah pelancong yang bertemu secara kebetulan di Singapura dan kemudian memilih untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Malaysia. Untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan, Barlow menaiki pesawat ke Singapura dari Perth dan Chambers pula memulakan perjalan dari Sydney. Ini adalah kali pertama Barlow melakukan jenayah membawa dadah.

Setelah bertemu di Singapura, Barlow dan Chambers meneruskan perjalanan menggunakan kereta api ke Pulau Pinang. Paket dadah telah ditanam disebuah pantai di Pulau Pinang. Perancangan awal mereka adalah memasukkan dadah ke dalam dubur mereka dan menelan yang selebihnya.Barlow enggan berbuat demikian kerana masalah kesihatan. Akhirnya Chambers mengalah dan telah membungkus dadah tersesebut ke dalam surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik dan memasukkan ke dalam sebuah beg merah yang baru dibeli oleh Chambers .

Semasa mereka tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas 9 November 1983, Barlow dan Chambers telah diperhatikan sejak mereka turun dari teksi.

Barlow membawa beg merah yang mengandungi dadah tersebut dan berjalan memasuki lapangan terbang manakala Chambers dilihat sedang membayarwang kepada pemandu teksi dan memegang beg kepunyaan Barlow. Semasa Barlow melintasi ''luggage scanning area'' pegawai yang bertugasmemerhatikan keadaan Barlow pada masa itu sangat gugup dan takut.Pegawai bertugas menghampiri mereka dan menyoal siasat mereka.

Mereka telah dibawa ke ''interview room'' dan pegawai bertugas mengarahkan mereka membuka beg-beg yang mereka bawa bersama.Chambers membuka beg seperti biasa tetapi Barlow enggan berbuat demikian dan mendakwa beg merah yang dibawa oleh nya adalah kepunyaan Chambers. Akhirnya Chambers membuka beg merah tersebut dan pegawai bertugas menemui dadah di dalamya. Bagaimanapun beliau mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah di dalam beg tersebut. Polis memberi keterangan yang mereka menggigil sewaktu tangan digari.

Mereka telah dipenjarakan di Penjara Pulau Pinang pada 1984 & 1985. Mereka menggambarkan penjara itu penuh sesak. Barlow dan Chambers telah dikurung di dalam sel yang bersaiz dua tiga persegi bersama dengan tiga tahanan lain selama 22 jam sehari. Chambers sangat disukai di dalam penjara tetapi Barlow digambarkan sebagai seorang "gila" dan sering membuat masalah.

Perbicaraan mereka bermula pada 17 Julai, 1985 di Mahkamah tinggi Pulau Pinang. Chambers telah melantik peguam Rasiah Rajasingham dan Barlow pula ialah Karpal Singh. Pada 1 Ogos 1985 Barlow dan Chambers telah hadir untuk mendengar keputusan mahkamah dan mereka menerima hukuman gantung sampai mati. Pada 15 Dis 1985 mereka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Malaysia dan mereka dipenjarakan di Penjara Pudu.

Pada 18 Disember 1985 Mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan hakim untuk mengekalkan hukuman mati ke atas mereka. Chambers dilihat menangis di kandang tertuduh apabila hakim membaca hukuman ke atas mereka. Selepas penolakan rayuan mereka, Menteri Luar Australia,Bill Hayden menghubungi Gabenor Pulau Pinang dan meminta agar hukuman itu ditukarkan kepada hukuman penjara atas alasan kemanusiaan.

Ibu mereka Sue Chambers dan Barbara Barlow telah membuat pembelaan tidak bersalah ke atas anak mereka. Mereka telah menulis surat kepada Sultan Iskandar dan mengakui kesalahan anak-anak mereka dan menyesal denga perbuatan tersebut.

Barlow dan Chambers telah digantung di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986. Ibu Barlow iaitu, Barbara Barlow dilaporkan menyediakan minuman untuk membuat anaknya mabuk sebelum hukuman dijalankan. Beliau menyediakan campuran sebanyak 75 pil tidur ke dalam dalam akohol di bilik hotel itu dan diseludup ke dalam penjara dalam botol plastik kecil disembunyikan di dalam beg tangannya.

Hukuman Gantung sampai mati untuk kesalahan pengedaran dadah ini adalah hasil daripada pindaan yang dilakukan pada tahun 1983 iaitu tahun yang sama kedua mereka ditangkap, Pindaaan yang dibuat adalah selari dengan pengistiharan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad (PM diwaktu itu) bahawa Dadah adalah musuh negara dan ancaman kepada negara.

Perbicaraan Kes Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers yang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia bahkan telah dijadikan siri Tv pada tahun 1988 dengan tajuk “Dadah Is Death”, bahkan kes ini turut mendapat tentangan daripada rakyat penduduk Australia dan juga Bob Hawke selaku Perdana menteri mereka pada masa itu sehinggakan beliau megatakan tindakan itu adalah kerja orang Gasar.

Rentetan kejadian itu negara Kita dan Tun Dr.Mahathir Muhammad teruk dikecam oleh Australia dan juga media mereka, bahkan ada juga negara lain turut sama mengecam hukuman tersebut, dan yang lebih mengecewakan ialah bila ada juga ahli Parliment kita yang turut sama tidak puas hati dengan hukuman tersebut, ini dapat dilihat semasa Persidangan Parlimen Ketujuh, penggal pertama pada 8 Oktober 1986, dimana Karpal Singh telah menganggap hukuman yang dikenakan kepada kedua penjenayah tersebut telah menjejaskan Imej Mereka di mata masyarakat antarabangsa.

Namun dengan ketegasan dan semangat yang ada pada Tun Dr Mahathir dia langsung tidak berganjak dan tidak langsung terpengaruh dengan gesaan supaya akta tersebut dimansuhkan semula, walaupun peristiwa tersebut talah menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia menjadi Renggan, namun demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat beliau langsung tidak berganjak walau setapakpun, bahkan belaiu turut memberi amaran yang berbunyi..

“Kita akan Terus menggantung sesiapa saja yang mengedar dadah di Negara Kita Tidak kira warna Kulit atau kepercayaan”

Ucapan tersebut turut disiarkan oleh akhbar di South Australia.
Akhirnya sekarang sudah banyak negara telah mengikut jejak Malaysia dalam melaksanakan hukuman mati pada pengedar dadah.

18/10/11

, ,

Jom Bina Rumah Di Hujung Dunia



Zaman dahulukala atau zaman jahiliyah manusia fikir dunia nie flat atau rata. Mereka fikir akan ada hujung dunia. Disebabkan itu mereka takut nak berlayar jauh di lautan. Tetapi selepas teori itu disangkal oleh sains, manusia semakin cerdik dan sudah tahu dunia nie berbentuk sfera. Tapi yang aku nak cerita nie bukan pasal hujung dunia yang orang zaman dahulu fikir tetapi pasal kepelikan manusia menbina rumah di 'hujung dunia', iaitu di tebing bukit yang tinggi dan curam. Jom kita sama-sama nikmati keseramankeindahan  rumah-rumah yang dibina di 'hujung dunia'