31/01/12

, , , ,

Terbaik : Only In India

 Alamak! nasib baik sempat brek dengan kaki.

 Kretip, xpayah nak beli pelampung..JIMAT!!!

 Mak aii...ayam nie....lawan tokey nampak...

 Hai bang..takkan guna pistol mainan jerk...

 Bang...dah wat endosement dekat JPJ ker nie...

 Caya lah..ada air bag tue...

 Confirm xhilang punya...gud idea...

 Apa kaitan dengan ayam dengan bina badan ek...

 Hahaha...teknik terbaik untuk call sambil memandu...leh tiru nie..

 Terbaik!! kupas bawang sampai esok pun tak apa nie...

Hmm...nasib la jadi bini orang nie...ke dapat hadiah bini pakel skali dengan barang nie
, , , , ,

Keindahan Seni Sampah

Andy Warhol.
Artis Jason Mecier membuat poster realiti menggunakan semua jenis sampah.dibuat dengan remote kontrol, papan elektronik, ponsel dan kabel. Berikut hasil kreativiti Jason Mecier. Apa-apa aje la, dia nie memang kretip...daripada dibuang saja sampaha sarap tue...ada bagusnya juga dijadikan seni sampah...he3

Farah Fawcett.

Lady Gaga.

Pink.

Ryan Adams.
, , ,

Rumah Permainan Anak Orang Kaya


Dibawah ialah rumah permainan untuk kanak kanak yang dijual oleh Lilliput Play Homes dari USA. Mereka sudah menjual rumah mainan miniatur custommade sejak 20 tahun yang lalu. Bisnes mereka semakin berjaya setelah muncul didalam rancangan Oprah Winfrey. Harga rumah paling basic yang aku temui dilaman mereka ialah bermula dari USD 6000 dan boleh meningkat sehingga USD 20 000 .


Bertuah sungguh dorang ni...kita dulu2 main dalam khemah je...hu3...


30/01/12

, , ,

Restorant Banjir Di Philippines


Pasti ramai dah biasa dengar restorant terapung kan...tapi rasa-rasanya dekat Malaysia tak ada lagi restorant banjir atau restorant yang terletak dalam air..nie bukan terpaung lagi dah, kira dah tenggelam paras buku lali...pelik betul la...tapi memang kretip konsep diaorang nie dan sejuk sudah tentu..memang sesuai sangat la nak bawa family pergi bersantai di hujung minggu...bleh rilek sambil dengar dan tengok air terjun sambil menjamu selera...

 Siap boleh mandi air terjun lagi tue lepas menimati hindangan lazat.




, , , ,

10 Ikan Paling Mengerikan

Ikan dan kaki pancing memang tidak dapat dipisahkan, namum ikan ada perlbagai jenis dan spesies. Rasa-rasanya ada tak orang yang sanggup nak memancing ikan-ikan kat bawah ni.

1. Anglerfish
 

2. Candiru
 

3. Goblin shark
 

4. Tigerfish
 

5. Rattail
 

6. Snake head
 

7. Blob Fish
 

8. Basking Shark
 

9. Stone Fish
 

10. Viper Fish









29/01/12

, , , ,

KEJAM! Bayi Tanpa Kepala


KEJAM, apalah nasib seorang bayi yang tidak berdosa ini. Sanggup manusia yang tak berperikemanusiaan melakukan kerja terkutuk nie...
AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan* di Kuala Ampang.

“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.

“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.


SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/jenaya...kepala-1.20678 
, , , ,

Batu Zamrud Terbesar Di Dunia


KELOWNA, British Columbia - Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.

Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.

Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini. Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).

Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.

Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. - Agensi
, , , , ,

7 Lokasi Paling Purba Di Dunia

1. Pyramid of Giza
Piramid-piramid di Mesir sudah selalu dikatakan sebagai yang struktur pembinaan yang paling menakjubkan yang pernah dibina di dunia dan piramid Giza antara yang teristimewa. Piramid giza ini adalah pembinaan piramid yang terbesar dan Piramid Khufu merupakan satu daripada 7 benda ajaib lampau yang masih teguh berdiri. Lebih 10 juta pengunjung yang datang ke Mesir untuk menerokai piramid ini tertarik dengan misteri pembinaan piramid-piramid ini lantaran waktu pembinaan dalam tamadun yang tidak mempunyai teknologi canggih seperti hari ini.

2. Acropolis of Athen
Bangunan ini dikenalpasti sebagai pembinaan paling kompleks dan unik yang ditinggalkan oleh tamadun Greek Purba kepada masyarakat dunia. The Acropolis of Athen adalah antara tapak purba paling kerap dilawati di dunia. Pengunjung datang untuk melihat sendiri hasil ciptaan pengukir terkenal Pheidias. Proses baik pulih telah mula dijalankan sejak tahun 1975 dan masih diteruskan sehingga kini.

3. Machu Pichu
Kawasan pelancongan paling popular di Peru, Machu Pichu telah digambarkan oleh UNESCO sebagai “an absolute masterpiece of architecture and a unique testimony to the Inca civilization”. Dibina dalam tahun 1460 pada altitude 2400 meter di atas paras laut, Machu Pichu telah ditinggalkan 100 tahun kemudian, sewaktu penjajahan Sepanyol. Terletak hanya 50 batu barat laut ibu kota lama Inca, Cusco, Machu Pichu tidak pernah ditemui oleh penjajah Sepanyol dan hanya ditemui pada tahun 1911 sewaktu Hiram Bingham, seorang sejarawan Amerika telah dibawa ke kawasan tinggalan ini oleh penduduk Cusco. Sejak itu, ia telah menjadi kawasan pelancongan utama dunia.

4. Stonehenge
Stonehenge adalah kawasan prasejarah yang terletak di negeri Wiltshire, lebih kurang 3.2 kilometer daripada Amesbury. Pakar arkeologi menganggarkan bahawa monument batuan ini telah didirikan sekitar tahun 2500 BC dipercayai digunakan sebagai kawasan perkuburan lampau. Selain menjadi kawasan purba tarikan pelancong, ia juga telah diiktiraf di dalam UNESCO’s list of World Heritage Sites in 1986.

5. Chichen Itza
Satu daripada contoh terunggul dan unik daripada senibina Maya, Chichen Itza adalah satu kawasan tinggalan besar yang terletak di Utara Semenanjung Yucatan. Walaupun penemuan arkeologi telah menunjukkan kawasan purba ini musnah dalam tahun 1000 AD, tinggalan jalan yang menghubungkan semua struktur utama kota dan senibina yang kompleks menggambarkan betapa majunya peradaban purba ini suatu masa dahulu. El Castilo, juga dikenali sebagai Temple of Kukulkan, telah dinamakan sebagai satu daripada New Seven Wonders of The World selepas pengundian antarabangsa. 
6. Pompeii
Terletak berdekatan Naples di daerah Campania, Italy, Pompeii adalah kawasan tinggalan purba di kota Rom, tertimbun dibawah aliran larva dan debu-debu sewaktu letusan Gunung Vesuvius dalam tahun 79 AD. Setelah sekian lama, Pompeii telah ditemui semula secara tidak sengaja pada tahun 1748 dan penemuan seterusnya membongkar rahsia kehidupan sewaktu zaman kegemilangan empayar Rom. Kawasan tinggalan ini adalah antara yag paling popular di Itali dengan lebih 2.5 juta pengunjung pada tahun 2008 sahaja.

7. Ayutthaya
Dibina pada tahun 1350 oleh King U-Thong, Ayutthaya pernah menjadi ibu kota kerajaan Siam dan merupakan satu daripada Bandar paling besar di dunia ketika itu dengan populasi seramai lebih kurang 1 juta penduduk dalam tahun 1700. Ia juga merupakan antara Bandar paling cantik di dunia dengan 3 istana mewah dan lebih 400 kuil keagamaan. Ayutthaya telah dibakar oleh tentera Burma sekitar tahun 1767, namun begitu, ia masih mampu menarik jutaan pelancong setiap tahun yang bersemangat untuk melihat tinggalan hebat Thailand ini.
, ,

Kucing Dapat Lutut Palsu


RALEIGH, Amerika Syarikat - Kerana Cyrano memiliki berat lebih 9 kilogram, ia akan lumpuh jika satu kakinya yang lemah akibat kanser dipotong.

Cyrano atau nama penuhnya, Cyrano L. Catte II menjalani rawatan Universiti Colorado pada tahun lalu selepas satu kaki belakangnya diserang kanser. Cyrano semakin sembuh selepas dirawat tetapi kaki tersebut hampir tidak dapat berfungsi.

Justeru, pemilik kucing jantan itu, Sandra Lerner dan pasangannya, Len Bosack merayu bantuan sekumpulan doktor dan jurutera Universiti Carolina Utara supaya haiwan kesayangan mereka dapat bergerak kembali.

Pada Khamis lalu, kucing berusia 10 tahun itu yang tinggal di sebuah rumah agam di sini menerima implan lutut prosthetik kucing pertama di AS.

"Ini adalah lutut palsu paling sukar yang pernah dibina di negeri ini," kata pakar bedah haiwan, Denis Marcellin-Little.

Kucing berkenaan kini semakin sihat selepas menjalani pembedahan untuk memasukkan implan sepanjang 5 sentimeter diperbuat daripada plastik dan aloi itu pada kos sekitar AS$20,000 (RM60,820). - Agensi

28/01/12

, , , , ,

Eeww! Pepsi Guna Janin Dalam Produk?


CHICAGO: Senator dari Oklahoma, Ralph Shortey semalam mencadangkan undang-undang untuk mengharamkan sebarang penggunaan janin dalam makanan.

Rang undang-undang itu dikemukakan selepas khabar angin tersebar menerusi Internet, mendakwa syarikat minuman ringan, Pepsi, menggunakan janin dalam produknya.

PepsiCo menafikannya dan menyifatkan khabar angin itu sebagai palsu.

“PepsiCo tidak pernah menjalankan atau membiayai kajian yang menggunakan sebarang tisu manusia atau sel yang diperoleh daripada janin,” kata jurucakapnya, Peter land.

Khabar angin itu bermula ekoran permohonan paten daripada satu pembekal Pepsi yang memetik penggunaan sel HEK293 dalam proses kajian bagi satu penguji-rasa tiruan.

HEK293 diperoleh daripada janin yang digugurkan dan ia banyak digunakan dalam kajian bioteknologi. - AP

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

CGL says it has tried to contact Senomyx on numerous occasions to urge the company to switch to alternative testing methods, but has yet to receive a formidable response. CGL has also contacted many of the company's "collaborators," which include PepsiCo, Kraft Foods, Solae, and Nestle. Such collaborators help fund research and development at Senomyx, as well as pay royalties on sales of products they sell that include the company's flavor ingredients.- src

27/01/12

, , , ,

5 Minuman Penawar racun Dalam Tubuh Kita

1. Air Kosong











Dr Poonam Rathod, pakar kesihatan, berkata, pengambilan air kosong secara teratur mengikut keperluan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang melekat di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari sisa makanan.


2. Air Kelapa Segar











Cecair ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan kekebalan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh tetap terhidrasi dengan baik.


3. Jus Labu
Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang pesakit masalah pencernaan dan keasidan. "Ini kerana sifat alkali-nya. Serat dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan, "kata Dr Rathod.

4. Teh Hijau
Teh hijau adalah merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenol, sehingga membantu meregulasi glukosa dalam darah. "Polyphenol menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah," jelas Dr Rathod.


5. Jus Oren
Adalah sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan imuniti. Oren kaya dengan flavonoid, antioksidan, yang melindungi sistem imun manusia dengan bertindak terhadap kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.
Untuk tips, minum detox ini akan lebih baik jika diambil sebelum sarapan pagi. Dengan cara ini, proses detoksifikasi akan berlaku dengan baik dan anda dapat merasakan manfaat kesihatan.