31/07/13

, , , ,

Video Kontroversi Raya Bersama Anjing Ditahan Polis


Tak faham apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh wanita ini. Jika baik niatnya pasti kemenangan berpihak kepada kebenaran.

Kuala Lumpur, 31 Julai - Wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama anjing telah ditangkap polis dan ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Peguamnya Latheefa Koya berkata Maznah Mohd Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

"Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi untuk diambil keterangan. Saya juga tidak pasti berapa lama Maznah akan kekal dalam tahanan," katanya.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz, dipercayai individu yang memuat naik video Hari Raya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas di YouTube.

Klip video itu memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman selama 1 minit 44 saat itu, turut menunjukkan individu itu yang memakai baju hitam mengambil wuduk sebelum menghidangkan kuih raya kepada anjingnya. - BERNAMA
,

Selamat Menbazir Menjelang Hari Raya

Selamat menbazir menjelang hari raya. Bunyinya macam kasar. Tapi kadangkala kebenaran itu memang pahit untuk ditelan. Kalau ada yang terasa mohon maaf la yer, tak baik marah-marah di bulan puasa nie.


Raya sudah dekat. Ramai orang sudah tidak sabar nak menyambut Hari Raya. Tapi jangan pula lupa zakat fitrah yer. Sebut pasal raya, semua orang beria-ia. Semua orang dengan persiapan raya yang tersendiri, ada yang sudah menjadi tradisi.

Checklist persiapan raya yang wajib ada, baju raya (confirm, siap tempah 5 pasang), kuih muih, lemang rendang (mesti ada), langsir baru (dah siap tukar dah) dan macam-macam lagilah, serba baru serba cantik, harga pun cantik jugalah. Sebut bab harga ni sudah berapa ringgit kita berbelanja untuk raya tahun ini?


, ,

Ketua Syiah Kedah Diugut Bunuh

Apa yang menarik bagi aku. Apa pula tindakan pihak polis selepas ini. Aku rasa mana-mana pihak yang berwajib sudah boleh tangkap si Ketua Syiah Kedah ini. Sudah terang lagi bersuluh kan? Dia sendiri yang sudah mengakukan dia ketua SYIAH!

Ketua Syiah Kedah Diugut Bunuh


Ketua Syiah Kedah Diugut Bunuh - PENDANG : Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.

“Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

“Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sesama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.

Abdullah berkata, beliau menyedari ancaman itu pada Ahad lalu daripada seorang rakan yang membuka akaun laman sosial tersebut.

“Selain ancaman di laman sosial, saya juga pernah menerima ugutan melalui panggilan telefon dua minggu lalu dengan mengatakan ‘Awas ketua Syiah, kami nak hancurkan Syiah’ dengan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali’.

“Nombor telefon itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor peribadi,” katanya.
, ,

Jambatan Mataf Untuk Tawaf Di Mekah

Jambatan Mataf Untuk Tawaf Di Mekah


Gambar ini di ambil pada 20 Ramadan 1434 (2013-07-29)

Selepas ini gambar Masjidil Haram yang akan di tatap oleh anak cucu kita jauh berbeza dengan apa yang kita lihat hari ini. Kerajaan Arab Saudi sedang giat menyiapkan Jambatan Mataf untuk umat islam Tawaf mengelilingi Kaabah.


















30/07/13

, , , , ,

Pinjaman Kereta Di Had MAX 7 Tahun bermula Ogos


Selepas BNM mengetatkan syarat untuk pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan. Kini tiba giliran untuk pinjaman kereta pula diperketatkan lagi syaratnya. Dimana BNM hanya dihadkan kepada maximun 7 tahun berbanding 9 tahun sebelum ini.

penjaman peribadi - Dihadkan maximun 10 tahun sahajapinjaman perumahan - Dihadkan maxiun 25 tahun sahajapinjaman kereta - Dihadkan maximun 7 tahun sahaja.
Walaupun nampak agak kasar pemainan BNM ini. Namum kita harus fikir, ada mereka yang sudah terjerat didalam gelombang pinjaman ini. Jadi mahu atau tidak, inilah langkah yang paling sesuai untuk menbendung, sebelum barah jadi lebih parah.
, ,

Digi Prepaid Rider : Internet Semurah Rm1/Sehari

Digi Prepaid Rider

Digi Prepaid Rider | Sebenarnya aku baru dapat CPUV terbaru daripada Nuffnang. Jadi aku pun cuba google sikit apa sebenarnya promosi terbaru dariada Digi. Sekarang ini Digi sedang mempromosikan Prepaid Mobile Internet, plan internet terbaru mereka.

Terlalu banyak pakej menarik yang Digi sediakan. Salah satunya anda boleh guna internet dengan hanya Rm1/sehari. Sungguh murah bukan? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang promosi ini, gempak atau tidak jom klik sini Prepaid Mobile Internet.



, , , ,

Taman Tema Paling Berbahaya Di Dunia


Taman Tema Paling Berbahaya Di Dunia | Di Hotel Stratosphere, Las Vegas, terdapat sebuah taman tema yang dipanggil The X-Scream di mana ia dibina diatas bangunan hotel tersebut. Permainan ini terletak pada ketinggian 300 meter antara taman permainan dan tanah. Namun begitu, permainan ini terpaksa dihentikan atas alasan kos penyelegaraan yang terlalu tinggi.


, , , , ,

Preve Hatchback Model Terbaru Proton

Preve Hatchback Model Terbaru Proton

Preve Hatchback Model Terbaru Proton | Nampaknya Proton mengorak langkah kedepan lagi, apabila dijangkakan akan mengeluarkan model terbaru itu Preve hatchback. Masih belum dapat dipastikan adakah ini hanya sekadar prototype. Mungkin dari segi spec masih sama dengan model terdahulu Preve. Dan diharap Proton akan mengeluarkan kereta yang mampu milik untuk rakyat Malasyia. Supaya dapatlah bersaing dengan kereta import. Sama-sama kita lihat adakah Preve Hatchback ini akan mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kereta keluaran Proton.

Preve Hatchback Model Terbaru Proton

29/07/13

, , , ,

Sungai Ini Mempunyai Ombak Setinggi 30 Meter


Sungai Ini Mempunyai Ombak Setinggi 30 Meter | Memang sukar dipercayai apabila terdapat sungai di China ini mempunyai ombak yang sangat luar biasa. Ombak ini mempunyai ketinggian sehingga 30 meter dan telah menyebabkan air sungai tersebut melimpah dan merosakkan sebahagian harta benda awam. Jika dilihat gambar-gambar di bawah ini, ia tidak lari seperti suasana ombak tsunami yang pernah melanda suatu ketika dahulu. Jom lihat gambar di bawah ini.


Sungai Qiantan di Haining, Provinsin Zhejiang, China adalah merupakan sungai yang unik, kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 30 meter. Kerana keunikannya tersebut sungai ini dikunjungi oleh ramai pelancong.

, , , , ,

Ritual Junjung Al Quran Penganut Syiah Sempena Lailatul Qadr


Macam-macam ritual sebenarnya dilakukan pengikut Syiah ini. Kalau sempena menyambut 10 Muharam dengan ritual memukul diri sendiri. Dan ini pula ritual sempena Lailatul Qadr, mereka menjunjung Al-Quran diatas kepala mereka.

The night of AlQadr observed in Iraq









foto diambil oleh : qassim mohamed Najaf, Iraq, Middle East
, , , , , ,

Kedai Maya Pertama Dunia Dibuka di Korea


Sebuah peruncit utama Korea Selatan telah membuka kedai maya pertama di dunia menjurus kepada pengguna telefon pintar, dengan cara membeli secara mengimbas kod bar produk yang dipaparkan di stesen kereta api bawah tanah Seoul. Homeplus, rantai diskaun kedua terbesar di negara ini, menawarkan 500 barangan termasuk makanan, elektronik, bekalan pejabat dan kelengkapan di "kedai" yang terletak di stesen Seolleung.

Tujuh tiang dan enam pintu skrin platform telah ditampal dengan imej rak kedai saiz sebenar dipenuhi dengan barang-barang - seperti susu, epal, beg beras atau sekolah beg galas - yang masing-masing mempunyai kod bar kecil tersendiri. Pembeli memuat turun aplikasi yang berkaitan pada telefon pintar mereka dan membuat pembelian dengan mengambil gambar-gambar kod bar.


"Anda boleh membuat pesanan sewaktu anda pergi ke tempat kerja pada waktu pagi dan barangan anda telah sampai di rumah apabila anda pulang ke rumah pada waktu malam," kata seorang jurucakap Homeplus.

Malah, pengguna tidak perlu berada berhampiran kedai maya. Sebagai contoh, jika anda mahu untuk membuat pesanan air yang telah habis diminum, anda tidak perlu pergi ke kedai maya yang terletak di stesen kereta api bawah tanah Seoul . Anda hanya perlu mengimbas kod bar botol dengan app Homeplus itu. Produk tersebut kemudiannya akan dihantar ke rumah / pejabat.






, ,

MyKad Smart Shopper : Jana Pendapatan Guna Mykad

MyKad Smart Shopper

MyKad Smart Shopper - adalah satu Projek Mykad Smart Shopper (MSSP) yang merupakan aplikasi MyKad yang ke-50. Mykad Smart Shopper ini, yang aku faham dimana kita kena kena cucuk MyKad kita dekat mana-mana kedai atau perkhidmatan yang telah berdaftar dengan Mykad Smart Shopper ini. Kita akan mendapat diskaun harga dan poin dari setiap urus niaga yang telah kita buat. 
Setiap RM 1 dibelanjakan = 1 AJ point.
Tapi kita tidak boleh sebarang cucuk. Kita kenalah semak dahulu mana premis perniagaan yang telah berdaftar. Jadi kita boleh semak senarai premis peniagaan yang berdaftar di sini [LINK]


MyKad Smart Shopper

Sebenarnya MyKad Smart Shopper ini, bukan sahaja akan menguntungkan para pengguna. Malah turut menguntungkan para peniaga yang telah berdaftar untuk program ini. Dimana perniagaan mereka akan dipromosikan diseluruh negara melalui online dan offline. Produk mereka akan dipromosi di laman web AJ, melalui telefon bimbit dan melalui affiliate yang sertai program ini. Jadi kini pengguna untung, peniaga pun untung. Jadi siapa yang rugi?

MyKad Smart Shopper

Nampaknya program ini semakin menarik. Tetapi anda akan lebih tertarik selepas ini. Dimana kita akan menjana wang dengan hanya menggunakan MyKad. 

Macam mana tu? Program MyKad Smart Shopper ini juga sebenarnya turut ada program Affiliates iaitu Affiliate Junction. Apabila kita menperkenalkan pengguna kepada peniaga kamu akan dapat 1% komisen daripada barangan dibeli oleh pengguna. Ada kedai yang tawarkan lebih daripada 1% komisen. Bergantung kepada tuan kedai tersebut.

Jika kita juga menperkenalkan para peniaga kepada program ini juga kita akan mendapat 1% komisen daripada jualan kedai tersebut. Untungkan? Sambil goyang kaki pun kita dapat menjana pendapatan.

MyKad Smart Shopper

Kita juga akan mendapat komisen jika menpromosikan produk, servis atau apa sahaja kepada pengguna lain. Jadi kini kita akan pergi menbeli belah dengan rasa senang hati. Sambil berbelanja kita juga mendapat ganjaran yang hebat.

MyKad Smart Shopper

Kalau tak faham juga lihatlah sendiri gambar di atas tue. Banyak betukan kelebihan program ini? Macam mana anda berminat? Korang bolehlah sertai program ini dekat sini [Mykad Smart Shopper]


MyKad Smart Shopper
Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2 , Pak Ya Homestay , GSR2U "