23/10/13

Sayur 'recycle'?


Limpahan sayur rosak dalam tong sampah menggalakkan aktiviti mengutip sayur oleh warga Myanmar.

PERNAHKAH anda terfikir sayur yang dimakan mungkin datangnya dari tong sampah?

Bunyinya mungkin tidak masuk akal, namun hakikatnya itu yang berlaku di Pasar Borong Selayang apabila warga Myanmar terus melakukan kegiatan mengutip sayur-sayuran yang dibuang oleh peniaga pasar borong sebelum mereka 'recycle' dan menjualnya semula.

Permasalahan tersebut terus berulang meskipun isu tersebut pernah dilaporkan sebelum ini.

Pelbagai langkah juga telah diambil untuk menghalang kegiatan kaut untung atas angin selain mencemar kualiti sayur yang telah digredkan sebelum dijual kepada umum.

Tinjauan Sinar Harian baru-baru ini mendapati kegiatan itu masih berlaku meskipun tidak terlalu ketara.

Salah seorang pekerja pembersihan, Munish, 21, berkata, sejak dia bekerja di situ lapan bulan lalu, kegiatan itu masih berlaku lebih-lebih lagi selepas pembersihan dilakukan.

“Biasanya mereka akan kutip sekitar jam 7.30 pagi sebelum pembersihan dan tengah hari selepas pembersihan dibuat.

“Mereka biasanya datang secara individu, ada kalanya ramai kadangkala hanya dua atau tiga orang,” katanya kepada Sinar Harian.

Wartawan yang berada di lokasi sejak kira-kira jam 7 pagi bagaimanapun tidak melihat kelibat mencurigakan di tempat pembuangan sampah.

Penantian sehingga kira-kira jam 11.30 pagi akhirnya membuahkan hasil apabila beberapa lelaki dipercayai warga Myanmar dilihat menolak troli berisi bakul yang dipenuhi sayur-sayuran dari arah pasar borong dengan lagak mencurigakan.

Wartawan turut menemui bakul-bakul berisi sayur yang tidak berapa segar dilonggokkan di kawasan parkir.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat lelaki mencurigakan dalam tong tempat pembuangan sampah di pasar borong sedang membongkokkan badan mengeluarkan sesuatu.

Apabila didekati, kelihatan lelaki itu mengeluarkan sebiji buah tembikai namun situasi itu tidak sempat dirakamkan.

Tidak puas hati dengan keadaan itu, wartawan mengambil keputusan untuk masuk ke ruang tempat pembuangan sampah itu untuk melihat dengan lebih dekat.

Mengejutkan apabila terdapat seorang wanita dipercayai warga Myanmar bersama anaknya sedang mengasingkan sayur jenis kacang panjang di satu sudut tempat pembuangan itu.

Kehadiran wartawan untuk beberapa ketika itu ternyata mendatangkan rasa kurang senang apabila dia kemudian segera bangun dan bergegas meninggalkan tempat tersebut.
,

Hudud Di Brunei


BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.

Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian.

Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam.

Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak.

"Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah baginda dalam satu ucapan.

Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996.

"Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21," kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu.

Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi.

Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain.

Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan.

Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet.

Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad.

"Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu," katanya. - Agensi
,

Sila Semak Tarikh Tong Gas Anda


TEMERLOH: Tahukah anda tong gas memasak 14 kg yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi?

Tong gas sebenarnya mempunyai tarikh luput (rujuk gambar untuk melihat bagaimana untuk menentukan tarikh luputnya).

Cara bagaimana memeriksa selinder gas LPG:

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut:

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March (Suku pertama),

B utk June (Suku kedua),

C utk Sept (Suku ketiga), &

D utk December (Suku keempat).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Namun bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, adalah lebih baik kerajaan membuat penguatkuasaan untuk memastikan penggunaan tong gas yang selamat kepada pengguna, bukan hanya meminta pengguna membuat semakan.

“Kita perlu sedar sebahagian pengguna adalah orang-orang tua yang tiada kemahiran dan pengetahuan tentang tarikh luput dan kualiti tong gas yang dihantar dan sebahagian pengguna tidak ambil kisah hal tersebut,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Jesteru itu, katanya kerajaan tidak sepatutnya membiarkan pengguna berada dalam keadaan berisiko apabila tong gas yang tamat tempohnya dan kurang berkualiti turut digunakan oleh syarikat pengeluar.

“Penguatkuasaan mesti dijalankan di syarikat pembekal,” cadang Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Pada Jun lalu, seorang pekerja penyelenggaraan di restoran di hadapan Plaza Low Yat, Mohd Fauzi Harun, 33, meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa akibat melecur 88 peratus terkena letupan gas akibat tong gas bocor.

Menurut ibu saudaranya Mariam Harun berdasarkan cerita rakan sekerja arwah, sebelum kejadian, pihak pembekal tong gas menghantar enam tong di restoran itu.

“Namun, pekerja mengesan ada kebocoran pada salah satu tong itu dan memaklumkan kepada pengurus restoran.

“Mangsa meluru naik untuk memeriksa kebocoran gas berkenaan. Namun, secara tiba-tiba berlaku letupan sebelum pekerja dan pelanggan restoran melihat mangsa berlari turun dalam keadaan badannya sudah hitam kerana melecur,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Pada 2011, seorang suri rumah dilaporkan maut akibat melecur teruk manakala suaminya cedera di bahagian tangan dan kaki selepas tong gas di rumah mereka di tingkat 15, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya meletup.

Banjir Lumpur di Cameron Highland

Dua pekerja warga asing dilaporkan terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir di sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet dekat sini.

Jurucakap Ibu Pejabat Ppolis Daerah Cameron Highlands berkata, setakat ini mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.

Beliau berkata, kejadian jam 1 pagi tadi berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat.







11/10/13

, , , ,

Fenomena Ganjil Lautan Buih Melanda Cape Town


Satu fenomena luar biasa telah berlaku di kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan. Ia dianggap sebagai fenomena unik apabila kawasan tersebut dibanjiri dengan air buih yang tersangat banyak.


Kejadian seperti ini memang luar biasa dan jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih 'Cappucino'. Buih-buih tersebut kelihatan jelas melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam. Terdapat lagi 8 gambar jika anda teruskan membaca artikal ini.







Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.

Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.

Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.



, , , , ,

Gempar Biri-Biri Berkepala Terbalik

Gempar apabila sekali pandang seperti tiada apa yang aneh pada biri-biri tersebut, tapi sebaik saja melihat lebih dekat ternyata ada sesuatu yang aneh pada biri-biri tersebut.

Gempar Biri-Biri Berkepala Terbalik


Sewaktu ia leka meragut rumput, ramai yang terkejut melihat biri-biri ini dengan berkepala terbalik. Pemiliknya memaparkan imej berkenaan di Youtube dengan mendakwa ianya asli.

Video berhubung perkara pelik ini telah ditonton hampir 50, 000 kali dalam tempoh lima hari. Menurut mereka yang melihat perkara pelik itu iaitu Allan McNamara, dari Middlesbrough, Yorkshire Utara, berkata dia ternampak biri-biri tersebut sewaktu sedang berjalan-jalan di pinggir kampung dengan seorang rakannya.

Kata juruteknik komputer itu, tulang belakang biri-biri tersebut terpusing berkemungkinan menyebabkan kepala biri-biri tersebut terbalik


Sementara itu, McNamara, 30, dia tidak dapat mengingat lokasi ladang tempat ladang dia melihat biri-biri berkanaan, namun hanya mendakwa ianya terletak di England.
, , ,

Unta Sumbat - Hidangan Terbesar Di Dunia

Di negara kita aku rasa tidak asing lagi dengan menu-menu 'sumbat' ini, ada sotong sumbat, lada sumbat, ikan sumbat. Tapi ini lain, lagi besar, ini dia unta sumbat. cuba bayangkan bertapa besarnya unta tu. Jom kit alayan menu 'Unta Sumbat'.

Unta Sumbak - Hidangan Terbesar Di Dunia

Unta Sumbak - Hidangan Terbesar Di Dunia

Unta Sumbak - Hidangan Terbesar Di Dunia

Unta Sumbak - Hidangan Terbesar Di Dunia

Selepas makan, confirm terlentang macam ni..hahaha
Unta Sumbak - Hidangan Terbesar Di Dunia

3/10/13

, , , , ,

Untold History : X-File Di Sungai Belait

Kisah misteri yang jarang kita dengar tentang Sunagi Belait, Brunei.

Untold History : X-File Di Sungai Belait



Sungai Belait, Brunei. 1938

Pada tahun 1933, sekumpulan pembalak tempatan menemui sebatang pokok balak yang tumbang dihanyutkan di tebing Sungai Belait.

Pohon Merbau yang tumbang itu cuba dipotong dan dipindahkan untuk mendapatkan balaknya tetapi mereka telah menemui sesuatu yang menakutkan.

Baru separuh mereka potong, bau busuk and lendir keluar dari batang Merbau itu. Mereka pun tinggalkan balak tu ditepi sungai Belait.

5 tahun selepas itu British Surveyor datang memeriksa penemuan itu menurut dari apa yang diberitahu  oleh pembalak-pembalak itu.

Untold History : X-File Di Sungai Belait

Untold History : X-File Di Sungai Belait


Kayu Merbau yang dijumpai oleh pembalak itu dipotong lagi beberapa inci dari tempat yang telah dipotong dahulu. Dan amat mengejutkan apabila mereka mendapati di dalam batang kayu balak itu ada rangka-rangka manusia. Ada empat biji tengkorak manusia dan satu rangka manusia yang lengkap di dalamnya.


Untold History : X-File Di Sungai Belait

Untold History : X-File Di Sungai Belait

Namum bagi masyarakat Borneo , pengebumian mayat didalam 'tajua' atau keranda atas pokok adalah biasa. Mereka selalu kebumikan mayat mayat di dalam batang pokok. Namum penemuan kayu Merbau di Sungai Belait ini lain. Penuh Misteri kerana pokok tu masih hidup. Mayat-mayat yang ditemui itu telah mati lebih kurang 50 tahun sebelum itu, iaitu kira-kira pada tahu 1883. Pokok itu tumbuh tegak dan tumbang ke Sungai Belait dan lau dihanyutkan.

Untold History : X-File Di Sungai Belait


Orang British itu pun membuat kesimpulan berikut.


Untold History : X-File Di Sungai Belait