2/08/13

Filled Under: , ,

Hukum Tidak Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dengan Sengaja

Hukum Tidak Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Tahun ini sahaja sudah berapa kali kecoh di dada akbar pasal ada golongan yang ditangkap kerana tidak berpuasa. Sebagai orang muslim kita seharusnya tahu apakah hukum dan balasan yang menanti bagi mereka yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sengaja.

Shiyam (puasa) Ramadlan hukumnya wajib bagi setiap muslim berdasarkan keterangan yang jelas dari Al-Qur'an dan Sunnah. Malah ia turut termasuk di dalam rukun Islam.

Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”(Al-Baqarah : 183)

Apabila seseorang yang mengaku muslim meninggalkan berpuasa dengan sengaja tanpa alasan yang kukuh maka dia telah kufur.

Orang yang tidak berpuasa kerana malas atau lalai (dengan tetap meyakini hukum wajibnya), maka ia telah melakukan dosa besar dan kebinasaan kerana tidak melaksanakan salah satu rukun Islam dan kewajiban yang penting sebagao orang Islam.

Namum begitu Maha Pengasihnya Allah, setiap mereka yang terlah melakukan dosa tetap dibuka jalan pengampunan. Jadi sebelum terlewat mari kita sama-sama bertaubat.

وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِمَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً ثُمَّ اهْتَدَى
"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertobat, beriman, beramal shaleh, kemudian tetap di jalan yang benar." (QS. Thaahaa: 82)
Jadi bagi puasa yang telah ditinggalkan, maka harus diganti atau qadha puasa sebanyak hari yang telah ditinggalkan.

Kalau nak tahu cara ganti puasa dan bayar fidyah klik sini.