23/08/13

Filled Under: , , , , ,

Misteri Istana Bunian Di Johor

Balai Cengkeh atau Istana Bukit Zaharah? Orang Johor sila beri komen sikit. Misteri orang bunian merupakan salah satu misteri di alam Melayu. Mungkin kita sudah biasa dengar kisah orang di sembunyikan oleh orang bunian.  Namum kali ini ada kisah yang agak misteri. Mungkin orang Johor nanti boleh berkongsi kisah ini. Aku cuma ingin berkongsi info ini untuk mengetahui kebenaran kisah ini dan merungkai misterinya Istana Bunian Di Johor.

Misteri Istana Bunian Di Johor

Apa yang misteri sangat pasal istana lama ini. Istana ini tidak ada rujukan yang tepat pasal bila ia di bina dan siapakah yang membinanya. Namum salah satu rekod yang ada pasal istana ini adalah di dalam peta PWD Johore awal 1902.

Misteri Istana Bunian Di Johor

Ramai yang menyangka Balai Cengkeh ini adalah Istana Bukit Zaharah. Jika kita cari dalam Google pun, hasil carian yang kita dapat adalah menunjukkan Balai Cengkeh bukan Istana Bukit Zaharah yang sebenar.

Misteri Istana Bunian Di Johor

Menurut penduduk tempatan mengatakan Balai Cengkeh di bina sebelum pembinaan Istana Besar (1865). Jadi Istana Bukit Zaharah dibina lebih awal namum tidak pasti bilakah ia di bina. Ada juga yang mengatakan Istana Bukit Zaharah di bina sementara menunggu pembinaan Istana Besar siap di bina. Dan satu lagi teori adalah Istana Bukit Zaharah di bina selepas Istana Besar siap untuk keluarga Sultan Abu Bakar yang berpindah dari Telok Blanga.

Misteri Istana Bunian Di Johor

Mengapa istana ini dianggap misteri adalah kerana orang selalu tersilap kerana menganggap Balai Cengkeh adalah Istana Bukit Zaharah. Yang membuatkan ia lebih misteri kerana tiada rekod, penulisan dan gambar tentang kewujudan Istana Bukit Zaharah, dan tiada juga cerita sebab mengapa ia ditinggalkan atau ia dirobohkan sebab apa. Berdasarkan catatang dari luar, seperti diari San Speur, Ms. Falconer atau Duke of Sutherland (1870-1880), tiada pula mencatatkan pasal Istana Bukit Zaharah, semasa lawatan mereka. Tetapi catatan pasal istana-istana kecil di sekeliling Istana Besar seperti Istana Marble ada dicatatkan. Yang msiterinya mengapa Istana Bukit Zaharah tidak pula mereka catatkan?

Misteri Istana Bunian Di Johor

Misteri Istana Bunian Di Johor

Misteri Istana Bunian Di Johor

Misteri Istana Bunian Di Johor