13/08/13

Filled Under: , ,

Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia

Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia - apa cerita pula bekas Perdana Menteri kita ini. Selepas lama menyepi (tidur) tiba-tiba bangkit dengan kontroversi. Ramai yang bagi komen 'Pak Lah Baru Bangkit Dari Tidur'. Namum apakah motif disebalik penerbitan buku ini.

Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia diterbitkan.

Dalam kenyataan akhbar semalam, Abdullah memberitahu, beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Justeru, bekas Perdana Menteri itu meminta agar tiada pihak membuat andaian beliau bersubahat dengan pembangkang menghasilkan buku itu untuk menentang partinya sendiri.

"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku itu dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan rakyat.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_05.htm