9/12/12

Filled Under: , ,

Shila Amzah Tandingi Adele & Taylor Swift Di World Music Awards 2012


Jujurnya, ini pertama kali mendengar wujudnya World Music Awards yang tahun ini sudah pun masuk edisi yang ke 23 yang bakal berlangsung di Miami, Florida.

Yang penting sekarang ini adalah, Shila Amzah telah tersenarai sebagai calon utama dalam kategori World’s Best Female Artistmenandingi 40 calon hebat yang lain.

Pencalonan ini bermakna Shila Amzah kini terpaksa bersaing dengan Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink, Kelly Clarkson & Madonna — sebut sahaja, pasti ada dalam senarai.

Menurut laman Wikipedia, majlis anugerah ini mengiktiraf artis berdasarkan rekod jualan album & lagu di’seluruh dunia namun ada laman untuk mengundi yang belum berfungsi.

Walau apa pun mekanisme untuk seseorang artis itu membawa pulang World Music Awards, tahniah kami ucapkan buat Shila Amzah yang berjaya di’calonkan. Belanja makan?