30/12/12

Filled Under: , , , ,

Kampung rapunzel - semua perempuan berambut panjang


Rambut adalah satu aset yang paling penting buat wanita kerana ia adalah satu hiasan dan mahkota semulajadi yang umum untuk menyerlahkan ciri-ciri kewanitaan mereka. Bagi wanita etnik Yao pula, rambut adalah hak milik individu yang paling berharga dan mereka adalah etnik dari perkampungan Huangluo, China.



Perkampungan yang unik ini terletak di Gulin, China. Seperti kampung-kampung yang lain, perkampungan Hunagluo mempunyai mempunyai keindahan persekitaran semulajadi yang sangat menarik dan mempunyai banyak tradisi purba yang menjadi tarikan para pelancong. Apa yang paling unik di perkampungan ini adalah setiap wanita-wanita yang ada disana amat obses untuk berambut panjang. Mereka juga telah menerima sijil rekod dunia untuk perkampungan rambut yang paling panjang di dunia dan juga dikenali sebagai Kampung rambut Panjang di seluruh China.



Rambut sentiasa memainkan peranan yang besar dalam kehidupan wanita Yao di perkampungan Huangluo ini. Semasa musim panas dan musim luruh, kaum wanita akan pergi ke sungai untuk membasuh rambut mereka dan kemudian akan membalut untuk menjaga rambut mereka dalam selendang biru. Pada satu ketika dahulu, hanya lelaki yang digelar suami buat mereka sahaja yang mempunyai keistimewaan untuk melihat rambut panjang wanita di perkampungan Hongyao ini. Jika orang tempatan atau warga asing yang terlihat rambut panjang seorang wanita Yao secara tidak sengaja, mereka akan dipaksa untuk menghabiskan masa selama tiga tahun dengan keluarga wanita tersebut sebagai anak. Namun, tradisi ini telah lama ditinggalkan sejak pada tahun 1987. Kini, wanita Yao dengan bangga menunjuk dan sikat rambut mereka di khalayak ramai tanpa perlu bimbang apa-apa akibat.



Wanita di perkampungan ini hanya boleh memotong rambut mereka hanya sekali dalam seumur hidup iaitu ketika mereka berumur 16 tahun. Pada ketika itu, mereka dibenarkan untuk mula mencari untuk kekasih sebagai pasangan hidup. Semua wanita di perkampungan Huangluo akan menggayakan rambut mereka seperti dulang dan ianya mempunyai makna-makna yang tertentu.

Jika rambut hanya dibalut di sekeliling kepalanya, ia bermakna dia berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Jika dia mempunyai sanggul yang kecil di bahagian hadapan, ia bermakna dia berkahwin dan mempunyai anak dan jika dia memakai sapu tangan di sekitar kepalanya, ia bermakna dia sedang mencari seorang kekasih untuk dijadikan suami.