1/12/12

Filled Under: ,

Afdlin Sauki ke Gaza


PELAKON dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki bakal berlepas ke Gaza, 3 Disember ini bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di sana.

Afdlin yang baru dilantik sebagai duta organisasi sukarelawan, Aqsa Syarif akan ke sana bersama 15 ahli rombongan yang lain.

Pelakon filem Papadom ini juga akan membawa lima krew produksi miliknya, Vision Works dalam misi selama seminggu, yang dijangka berakhir 10 Disember ini.

Menurut Afdlin, dia mula mendapat kesedaran untuk menyertai misi kemanusiaan sebegini setelah pulang dari India, tahun lalu.

"Hati saya tersentuh melihat kesusahan yang mereka alami terutamanya kanak-kanak.

"Sebagai manusia, saya rasa bersalah jika tidak melakukan sesuatu. Sebab itulah, saya terpanggil untuk menyertai misi ini dan membantu sahabat di Palestin," katanya dalam majlis pelantikannya
sebagai duta Aqsa Syarif.

Afdlin juga turut menyifatkan sudah tiba masanya dia menggunakan status sebagai artis untuk melakukan sesuatu yang bermakna demi kepentingan masyarakat sejagat.

"Selama 22 tahun bergelar artis, saya cuma menggunakan platform ini untuk kepentingan diri dan keluarga.

"Inilah masanya untuk saya memanfaatkan status artis dalam kerja kebajikan pula," katanya yang tidak dapat menyertai program Maharaja Lawak Mega 2012 kerana ke Gaza.

Dalam perkembangan lain, filem terbaru arahan Afdlin, Pontianak vs Orang Minyak yang ke pawagam minggu lalu telah berjaya mencecah kutipan RM1.2 juta.