24/12/12

Filled Under: ,

5 Helikopter Tempur Terhebat Dunia

Semenjak kemunculan pertama dalam perang dunia kedua, helikopter tempur merupakan anjakan paradigma kepada variasi dan bentuk peperangan. Daripada Perang Vietnam sehinggalah zaman peperangan moden, kewujudan helikopter tempur telah memberi impak yang besar bukan sahaja kepada teknologi ketenteraan malah strategi pertahanan sesebuah negara akan menjadi lebih digeruni.


No. 1: Ah-64d Apache Longbow
Pengeluar: The Boeing
Jenis: Attack Helicopter
Bekalan Kuasa: Two General Electric T700-Ge-701c Turboshafts
Senjata Utama: One 30-mm Automatic Cannon, 16 Hellfire Anti-Tank Missiles, Seventy-Six 70-mm Folding-Fin Aerial Rockets
Kelajuan Maksimum: 165 mph
Rumusan: Mula digunakan pada tahun 1984 dengan model Ah-64a semasa perang dingin bersama Soviet. Dilengkapi dengan GPS yang terkini bersama peta navigasi bumi, Apache boleh digunakan pada waktu siang atau malam. Antara kelebihannya mempunyai sistem pilot penglihatan terhad.



No. 2: Uh-60 Black Hawk
Pengeluar: Sikorsky Aircraft
Jenis: Multirole Medium Helicopter
Bekalan Kuasa: Two General Electric T700-Ge-701c Turboshafts
Senjata Utama: Two 7.62-mm Six-Barrel Miniguns, 16 Hellfire Anti-Tank Missiles
Kelajuan Maksimum: 160 mph
Rumusan: Antara kelebihannya ialah ia mempunyai kabin yang luas di mana mampu membawa muatan senjata yang banyak, dilengkapi dengan ciri keselamatan paling moden dan pelindung kebal setebal 23 mm.



No. 3: Uh-1 Huey
Pengeluar: Bell Helicopter
Jenis: Utility Helicopter
Bekalan Kuasa: One Textron Lycoming T53-L-13 Turboshaft
Senjata Utama: Two 7.62-mm Machine Guns, 16 70-mm Air-to-Surface Rockets
Kelajuan Maksimum: 115 mph
Rumusan: Mula digunakan pada tahun 1956 dan masih digunakan sehingga hari ini. Ia menjadi popular semasa perang di Korea. Pengeluarannya adalah tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 16 000 unit. Ia adalah helikopter utiliti terpantas untuk mengangkut troop tentera pada waktu itu dan menjadi ikon kepada Amerika.



No. 4: AH-1 Cobra
Pengeluar: Bell Helicopter
Jenis: Attack Helicopter
Bekalan Kuasa: 2 X General Electric T700-Ge-401 Turboshafts
Senjata Utama: 1 X M197 Three Barrel 20-mm Gun, 16 X Hellfire Anti-Tank Missiles, 76 X 70-mm Folding-Fin Aerial Rockets
Kelajuan Maksimum: 173 mph
Rumusan: Pada Januari 1965, Bell telah melabur dengan banyak untuk penghasilan model Chopper paling moden di dunia. Berbekal kejayaan pada Uh-1 Huey mereka menghasilkan helikopter berkerusi iring yang mempunyai misi khas iaitu serang habis-habisan. Pengeluaran penuh Cobra adalah semasa Perang Vietnam berlarutan di mana ia akan menyerang sepantas mungkin sebagai bantuan peperangan di darat.



No. 5: Oh-6 Cayuse
Pengeluar: Hughes Helicopters and McDonnell Douglas
Jenis: Light Observation and Attack Helicopter
Bekalan Kuasa: Allison T63-A-5a Turboshaft
Senjata Utama: Two 7.62-mm Machine Guns and two 70-mm Rocket Pods 70-mm Folding-Fin Aerial Rockets
Kelajuan Maksimum: 137 mph
Rumusan: Merupakan helikopter tempur yang kecil, kukuh dan mampu terbang dalam keadaan yang rendah. Diberi gelaran "Telur Terbang" ia bukan sekadar helikopter biasa kerana mempunyai kawalan terbaik dalam keadaan luar biasa di mana Chopper lain mungkin akan terhuyung-hayang dan berpusing. Kekurangannya ialah kapasiti terlalu rendah dan tidak boleh membawa muatan berat.