1/10/12

Filled Under: , ,

Tips Cara Mengelak Terkena Speed Trap


Speed Trap adalah duri dalam daging buat pemandu dijalanraya yang suka memecut laju ketika memandu terutamanya dilebuhraya. Sekarang ini kamera yang digunakan PDRM semakin canggih dan sistem saman ekor pun sudah diperbaharui dengan surat saman diposkan berserta dengan gambar ketika kejadian. Ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan sistem saman speed trap ini yang di pos terus ke alamat rumah kita dan sekali terkena kering jugak la poket untuk bulan tu.


Hari ini saya ingin berkongsi tip bagaimana caranya untuk mengelakkan daripada terkena saman akibat speed trap:

1. Awasi Kelajuan Kenderaan Anda.
- Caranya  mudah sahaja, apabila kita melalui sesuatu kawasan biasa akan ada papan tanda yang menyatakan Had Laju untuk jalan dikawasan tersebut. Jadi pandulah kereta anda mengikut had laju yang telah ditetapkan.

2. Kenalpasti Kawasan Speed Trap.
- Lakukan sedikit homework dimana kawasan yang ada speed trap. Anda boleh google cari tempat-tempat yang sememangnya sudah  dipasang speed trap jadi jika ada melalui kawasan tersebut pastikan anda mematuhi had laju yang ditetapkan.

3. Beli radar atau GPS untuk mengesan Speed Trap.
- Kini dunia serba canggih bermacam alat sudah dicipta. Jadi bukan camera speed trap sahaja yang canggih, malah ada juga alat atau radar yang digunakan untuk mengesan kawasan speed trap ini. Anda cuma perlukan modal untuk menbeli Radar atau GPS bagi memudahkan anda untuk mengesan kawasan yang ada speed trap.


Untuk memudahakan anda untuk check saman, anda juga boleh layari lama web MyEG . Disini anda boleh check samaada anda menpunyai saman JPJ ataupun PDRM. Anda juga boleh menbayar terus saman ini melalui laman web tersebut.