25/10/12

Filled Under: , , , ,

Haiwan zaman purba berdarah biru yang ada lagi zaman kita sekarang ni.

Belangkas adalah haiwan zaman purba yang pernah wujud di planet Bumi sekitar 230 juta tahu dahulu. Spesies ini tidak banyak berubah dari sejak dulu hingga kini. Ia mudah dicam melalui ekor yang panjang tirus dan menpunyai cengkeram sebijik macam helmet askar.

Daging haiwan purba ini sangat berharga. Bukan setakat itu darahnya yang berwarna biru juga menpunyai harga yang tinggi di pasaran, seliter darah biru si belangkas ini berharga RM 17,500.

Darah berwarna biru dari belangkas amat bernilai di Amerika Syarikat. Ia berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di sektor perubatan negara tersebut. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor diperlukan jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut. Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.