24/10/12

Filled Under: , , ,

Lazat ! Kalori Dalam Hidangan McD

Tidak dinafikan orang Malaysia suka makan, lepak dan dating di McD. Di Malaysia ia tergolong di antara restoran makanan segera yang mendapat tempat di hati setiap pelosok rakyat tidak mengira umur, bangsa dan agama, setanding KFC.



Meskipun kedua-dua restoran ini berasal dari negara Uncle.Sam (US), ironinya kedua-dua restoran makanan segera ini tidaklah sepopular seperti cawangan mereka di Malaysia. McD di US seringkali dianggap sebagai “outlet makanan kelas bawahan” dengan golongan sasaran adalah golongan ‘pak hitam’, ‘chicanos’, pengemis, dan mereka yang kurang berduit. Ini kerana menu-menu di McD adalah antara yang termurah (antaranya “Dollar Menu”) jika hendak dibandingkan dengan beratus-ratus lagi makanan segera yang ada di sana (bukan semua restoran-restoran tersebut ada di Malaysia). Boleh beritahu saya berapa banyak ‘scene makan’ cerita Hollywood yang bertempat di McD atau KFC?

Kita tinggalkan dahulu kisah McD di US, berbalik pada senarionya di Malaysia yang terbalik. Ketika membeli sehidangan makanan di McD, anda akan dibekalkan dengan dulang plastik berwarna coklat gelap yang beralaskan sekeping kertas bercetak di atasnya. Tahukah anda apakah kertas yang dimaksudkan? Saya pasti tak semua penggemar makanan McD tahu akan hal itu. Untuk pengetahuan anda, kertas tersebut adalah kertas iklan menu terpilih yang ada di restoran tersebut bersama lampiran senarai kalori dan maklumat nutrisi makanan-makanan yang dijual di sana.

Antara lampiran yang sempat diselamatkan ketika lawatan terakhir ke McD beberapa minggu yang lalu – info yang ada dalam entri ini saya petik dari kertas ini



Dalam tinjauan saya beberapa minggu yang lalu, saya perhatikan tidak ramai yang ambil endah akan maklumat yang ada pada kertas tersebut. Ini mendorong saya untuk melampirkan beberapa hidangan McD terpilih dalam entri ini untuk dijadikan rujukan kepada pembaca saya yang budiman. Mengapa saya perlu berbuat begini? Ini kerana saya mendapati jumlah kalori dalam sehidangan McD secara puratanya adalah 1000kcal atau lebih. Ya, anda tidak salah mendengar, 1000kcal, iaitu bersamaan dengan separuh kuota kalori harian seorang lelaki, atau 2/3 kuota kalori wanita bertubuh Asia sederhana seperti Lisa Surihani.

Sedangkan rasa kenyang yang dirasai selepas menikmati sehidangan McD adalah lebih kurang sama dengan kenyangnya mengambil sepinggan nasi bersama lauk (500kcal-600kcal), malah ada yang mendakwa sehidangan McD masih tidak mengenyangkan! Andaikata ia diambil 2 kali sehari (tengahari dan malam), bukankah jumlah kalori yang diambil telah mencecah 2000kcal? Itu belum termasuk hidangan sarapan, snek2 dan minuman-minuman manis yang anda ambil, semua itu apabila dijumlahkan sudah pasti mencecah 3000kcal – pada ketika ini, naik berat badan adalah perkara yang pasti melainkan keperluan kalori harian anda lebih tinggi dari itu.

Berikut dilampirkan senarai beberapa menu hidangan McD, berdasarkan order yang kebiasaan dilakukan oleh rakyat Malaysia:

Set 1 – Cheeseburger (MEDIUM set)

Item: 1 Cheeseburger + 1 medium Coke + 1 medium french fries + 3 piring sos

1 Cheeseburger = 307 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
JUMLAH KALORI = 872 kcal

Set 2 – Double Cheeseburger (MEDIUM set)
Item: 1 Double Cheeseburger + 1 medium Coke + 1 medium french fries + 3 piring sos

1 Double Cheeseburger = 455 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
JUMLAH KALORI = 1020 kcal



Set 3 – Double Cheeseburger (LARGE set)
Item: 1 Double Cheeseburger + 1 large Coke + 1 large french fries + 4 piring sos

1 Double Cheeseburger = 455 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
4 piring kecil sos = 80 kcal
JUMLAH KALORI = 1166 kcal



Set 4 – Big Mac (MEDIUM set)
Item: 1 Big Mac + 1 medium Coke + 1 medium french fries + 3 piring sos

1 Big Mac = 538 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
JUMLAH KALORI = 1103 kcal

Set 5 – Big Mac (LARGE set)
Item: 1 Big Mac + 1 large Coke + 1 large french fries + 4 piring sos

1 Double Cheeseburger = 538 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
4 piring kecil sos = 80 kcal
JUMLAH KALORI = 1244 kcal

Set 6 – Big Mac (LARGE set + Chicken McNuggets)
Item: 1 Big Mac + 6 Chicken McNuggets + 1 large Coke + 1 large french fries + 5 piring sos

1 Double Cheeseburger = 538 kcal
6 Chicken McNuggets = 281 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
5 piring kecil sos = 100 kcal
JUMLAH KALORI = 1545 kcal

Set 7 – Big Mac (LARGE + Chicken McNuggets + Oreo McFlurry)
Item: 1 Big Mac + 6 Chicken McNuggets + 1 large Coke + 1 large french fries + 5 piring sos + 1 Oreo McFlurry

1 Double Cheeseburger = 538 kcal
6 Chicken McNuggets = 281 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
5 piring kecil sos = 100 kcal
1 Oreo McFlurry = 338 kcal
JUMLAH KALORI = 1883 kcal



*Set 7 adalah antara hidangan “lengkap” di McD yang mampu membuatkan anda puas dan kenyang. Berbeza dengan hidangan yang lain, hidangan ini dilengkapi dengan 1 dessert (Oreo McFlurry). Mengikut pengalaman saya, hidangan seperti ini tidaklah terlalu mengenyangkan meskipun kalorinya sudah mencecah 1883 kcal.

Kini anda sudah mengetahui berapa banyak kalori yang terdapat dalam satu set hidangan McD yang sering dihidangkan. Setelah mengetahui info ini, adakah anda mempunyai strategi anda sendiri untuk mengawal kalori yang diambil pada hari anda ke McD agar tidak terlebih dari DCR yang sepatutnya? Atau adakah anda mengambil jalan untuk mengelak ia terus?