Memaparkan catatan dengan label Temuduga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Temuduga. Papar semua catatan

5/06/13

, , , ,

Pelajar gagal dapat kerja kerana terlalu hodoh


Ben Cronin yang mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh.

CAMBRIDGE - Seorang pelajar mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh.

Pelajar psikologi, Ben Cronin, 20 berhasrat untuk bekerja sementara semasa cuti musim panas di bot terkenal Cambridge tetapi kakitangan di sana memberitahunya rupa parasnya tidak cukup menarik untuk bekerja di sana.

Cronin, yang baru saja tamat tahun pertamanya di Anlia Ruskin, University of Cambridge itu berharap, dia mampu membiayai pengajian tahun keduanya dengan bekerja sementara dalam cuti.

“Saya cuba bertanya jika ada kerja kosong di bot pelancong itu, tetapi pekerja bot memandang saya dari atas ke bawah lalu ketawa. Mereka kemudian berkata, “kamu tidak layak bekerja di sini,”,

“Saya berasa cukup terhina dan merasakan kata-katanya itu melampau dan memalukan diri saya. Apa kena mengena kerja itu dengan rupa paras saya?,” kata Cronin.

Syarikat bot itu bagaimanapun menafikan kriteria yang diambil untuk bekerja mementingkan rupa paras.

Pengurus Besar, Rod Ingersent berkata, pihaknya tidak menyokong kata-kata anak buah syarikatnya kepada Cronin kerana selama ini, mereka mengambil pekerja berdasarkan kriteria kerja dan merit individu.

3/01/12

, , , , ,

Tips Temuduga : Cara Jawab Soalan Tahap Akhir Dan Soalan Penutup


Tahap akhir

Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.

Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.

Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.

Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.

Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.

Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.

Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.

Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-
1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.

2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.

3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.

4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.

Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"

Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.

Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.
  
Berikut adalah cara menangani soalan "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?":
    "Saya lebih selesa sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini"

    "Pendapatan kasar semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan julat gaji  untuk jawatan ini?"

    "Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu sebelum kita  ke peringkat seterusnya."



Soalan Penutup

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:
"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan"
Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.




Ikuti Tips Temuduga :-

1. Tips Temuduga Soalan Pengenalan
2. Tips Temuduga Soalan Tahap 1
3. Tips Temuduga Soalan Tahap 2
4. Tips Temuduga Soalan Tahap Akhir
5. Tips Temuduga Soalan Penutup

DOWNLOAD TIPs ASAS TEMUDUGA SEKARANG!!![ Melayu Boleh : Tips Asas Temuduga ]
, , , , ,

Tips Temuduga : Cara Jawab Soalan Tahap Kedua


Tahap Kedua

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-

1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-

a- Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.

Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.

Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.

Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"


b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar "InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.

Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.

c- Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.

d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.

Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.


Ikuti Tips Temuduga selanjutnya :-

1. Tips Temuduga Soalan Pengenalan
2. Tips Temuduga Soalan Tahap 1
3. Tips Temuduga Soalan Tahap 2
4. Tips Temuduga Soalan Tahap Akhir
5. Tips Temuduga Soalan Penutup 

DOWNLOAD TIPs ASAS TEMUDUGA SEKARANG!!![ Melayu Boleh : Tips Asas Temuduga ]
, , , , , ,

Tips Temuduga : Cara Jawab Soalan Tahap Satu


Tahap Satu

Selapas soalan pertama, panel biasanya akan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,

Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :

"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'.

Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :

"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-

1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
2) Gila pangkat.
3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
6) Kurang kemahiran interpersonel.



Ikuti Tips Temuduga selanjutnya :-

1. Tips Temuduga Soalan Pengenalan
2. Tips Temuduga Soalan Tahap 1
3. Tips Temuduga Soalan Tahap 2
4. Tips Temuduga Soalan Tahap Akhir
5. Tips Temuduga Soalan Penutup

DOWNLOAD TIPs ASAS TEMUDUGA SEKARANG!!![ Melayu Boleh : Tips Asas Temuduga ]
, , , , , ,

Tips Temuduga : Cara Jawab Soalan Pengenalan


Soalan Biasa

Soalan pertama atau selalu yang wajib ditanya oleh panel semasa temuduga adalah :-

"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"

Cara nak jawapan soalan ini:-


Jangan kita jawab macam sesi berkenalan, cukuplah sekadar bagi sedikit pengenalan diri. Kita perlu lebih berikan fokus jawapan kita kepada kelayakan dan kemahiran kita serta pengalaman yang kita ada. Serta kerja apa yang kita sedang lakukan sekarang. Tak payah la nak jawab berjela-jela tapi point utama tak ada. Panel bukannya berkenalan dengan kita...hehehe


Contoh jawapan yang perlu dielakkan.

"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"

"saya sekolah tadika di..., "

"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"

Jawapan semacam ini perlu dielakkan. Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.



Antara point utama yang perlu ada dalam jawapan pengenalan kita :-

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.



Ikuti Tips Temuduga selanjutnya :-

1. Tips Temuduga Soalan Pengenalan
2. Tips Temuduga Soalan Tahap 1
3. Tips Temuduga Soalan Tahap 2
4. Tips Temuduga Soalan Tahap Akhir
5. Tips Temuduga Soalan Penutup

DOWNLOAD TIPs ASAS TEMUDUGA SEKARANG!!![ Melayu Boleh : Tips Asas Temuduga ]
, , , ,

Tips Dan Panduan Temuduga


Pasti ramai lepasan graduan yang sedang mengintai-ngitai peluang perkerjaan yang bagus dan terbaik buat diri masing-masing. Perkara yang tidak dapat dalam proses memohon sesuatu kerja ialah sesi temuduga. Ianya adalah salah satu cara majikan untuk memilih dan mencari perkerja yang layak dan berkemampuan melaksanakan tugas-tugas yang akan diarahkan nanti.

1. Persiapkan diri secara mental dan fizikal. Biasanya sesi temuduga akan dihadiri oleh ramai calon lain, dan setiap calon akan dipanggil mengikut giliran masing-masing.

2. Berpakaian kemas dan sopan. Ia akan melambangkan keperibadian kita, jadi disini para panel juga akan dapat menilai kita.

3. Siapkan terlebih awal segala dokumen yang diperlukan. Jika ada yang memerlukan salinan fotokopi sebaiknya kita sudah siapkannya sebelum menhadiri temuduga. Susun semua dokumen agar tidak berterabur agar menyenangkan panel untuk menyemak. Asingkan terus dokumen yang asal dengan salinan fotokopi.

4. Pastikan kita sediakan Resume yang baik agar panel dapat faham dengan mudah serta tidak bercelaru. Susun atur setiap maklumat mengikut kategori. Dan pastikan disertakan dengan gambar ukuran pasport yang terkini.

Contoh apa yang perlu ada dalam Resume yang bagus :-
1. Nama anda
2. Objektif kareer anda – apa yang anda ingin capai sekiranya anda diambil bekerja
3. Alamat, no telefon dan email anda.
5. Kelebihan anda – kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal organisasi anda.
6. Latar belakang akademik anda – pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga peringkat tertinggi.
7. Pengalaman bekerja – tempat lama anda bekerja, berapa lama anda di sana, jawatan yang dipegang, pencapaian anda semasa memegang jawatan tersebut
8. Kemahiran komputer dan kemahiran bahasa anda
9. Rujukan – pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda.

5. Ketika mula melangkah masuk kedalam bilik temuduga. Baca Bismillah, ketuk pintu dan beri salam. Jangan duduk sebelum panel suruh duduk.

6. Apabila Panel meminta dokumen, hulurkan dengan tertib menggunakan tangan kanan. Pastikan ia didalam folder yang sesuai dan tersusun rapi.

7. Ketika sesi soal jawab bermula, jawablah dengan suara yang lantang agar panel dapat dengar dengan jelas setiap jawapan yang kita berikan.

8. Dan pastikan juga mata kita tepat memandang panel, jangan pandang kearah lain nampak macam kita hilang fokus. Ia juga penting bagi menunjukkan keyakinan kita semasa menjawab soalan yang ditanya.

Boleh dikategorikan ada  4 bahagian soalan didalam sesi temuduga menurut Ustaz Dr. Zaharudin :-
1. Soalan Pengenalan
2. Soalan Tahap 1
3. Soalan Tahap 2
4. Soalan Tahap Akhir
5. Soalan Penutup
DOWNLOAD TIPs ASAS TEMUDUGA SEKARANG!!![ Melayu Boleh : Tips Asas Temuduga ]