29/05/13

, , , ,

PELIK : Serangga Cahaya Menghiasi Gua


Gua Waitomo Glowworm terletak di Waitomo, pulau utara New Zealand. Tarikan utama gua ini adalah ada sejenis serangga glowworms yang tinggal di dalam gua ini. Glowworms atau Arachnocampa Luminosa adalah serangga yang kecil, ia adalah makhluk Bioluminescent yang menghasilkan cahaya biru-hijau.


Gua Waitomo Glowworm ini mula dijumpai pada tahun 1887 oleh ketua tempatan Maori, Tane Tinorau bersama jurukur Inggeris, Fred Mace. Orang tempatan Maori sudah tahu tentang kewujudan gua ini, tetapi gua di bawah tanah ini tidak pernah di terokai lebih mendalam sehinggalah hasil penerokaan Fred dan Tane.


Ketika mereka menjelajah di dalam gua itu menggunakan rakit, mereka telah melihat Grotto Glowworm yang berkelip-kelip cahay di siling gua. 


Pada 1889 gua ini dibuka kepada pelancong. Pada mulanya gua ini dibawah jagaan Tane dan isterinya dengan mengenakan bayaran yang kecil untuk masuk ke dalam gua. Namum pada tahun 1906 pentadbiran gua telah di ambil alih oleh kerajaan.



Tempat-tempat lain di mana haiwan Bioluminescent boleh didapati adalah Toyama Bay di Jepun dan Gippsland Lakes di Australia.

, , , ,

Ubahsuai Pada Barcodes Yang UNIK

Biasanya kita melihat barcodes jenis standard yang terdapat pada produk-produk namun tahukah anda sebenarnya barcodes ini boleh diubahsuai mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing? Itulah yang dihasilkan oleh Steve Simpson, seorang illustrator dari Dublin, Ireland dengan menghasilkan barcodes yang dihias dengan illustrasi yang unik dan kreatif.

Menurut Steve, barcodes ini boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing namun haruslah mengikut beberapa panduan seperti, warna boleh diubah namun haruslah contrast untuk memudahkan pembacaan, nombor yang terdapat padanya hanyalah untuk rujukan manusia jadi font padanya juga boleh diubah, dan pelbagai lagi. Pengubahsuai pada barcodes ini boleh dikatakan idea yang sangat menarik juga untuk memberikan nilai aestetik padabungkusan produk.
















, ,

Senarai Sosej Yang Haram Dimakan


Sosej ialah produk makanan yang disedia biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramaun lain seperti herba, dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.

Pastinya korang ada terbaca dekat internet atau info yang dikongsi oleh rakan-rakan anda di facebook pasal isu sosej haram dimakan ini.
Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus
babi adalah

· Gourmessa
· Muller's Haus
· Dew Fresh
· Puteri
· Miami Butcher House
· Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan
adalah;

· Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
· German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
· Puteri Pan Pacific (Puteri)
· MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
· Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
· Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki
menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah

· Palace of Golden Horses
· Coffee Bean Tea Leaf
· Hotel Equatorial
· Ikea Cafe
· Muller Sausage.


Sejauh manakah kebenaran maklumat ini?

Dari atas sekali, ialah Gourmessa yang dibuat oleh Deluxe Food Services Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai sijil halal daripada JAKIM yang membawa maksud ia adalah halal. Sijil halal adalah di bawah nama DE-LUXE FOOD SERVICES SDN. BHD.
 


Kedua ialah jenama Muller's Haus dan Dew Fresh daripada German Delicatessen - Subang. Syarikat ini juga mempunyai sijil halal daripada JAKIM atas nama GERMAN DELICATESSEN SDN BHD. Setelah meneliti senarai produk yang mendapat sijil halal dan juga senarai produk di website syarikat tersebut, jenama Muller's Haus dan Dew Fresh tidak dijumpai.


Kemudian ialah jenama Puteri daripada Puteri Pan Pacific. Tiada rekod tentang sosej jenama Puteri di internet. Tiada maklumat juga yang dapat dicari tentang Syarikat Puteri Pan Pacific. Direktori halal JAKIM juga tidak mempunyai sebarang rekod jenama Puteri atau syarikat Puteri Pan Pacific.

MiamiButcher House - Batu Feringgi mempunyai sijil halal. Nama syarikat yang digunakan ialah Miami Food Products Sdn Bhd.

 


Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang mempunyai sijil halal dengan nama syarikat OMCORP SDN BHD. Omcorp Sdn Bhd memasarkan produk dengan jenama Omardeli. Jenama Dew Fresh tidah ada dalam senarai produk halal JAKIM di bawah syarikat Omcorp Sdn Bhd. Terdapat artikel menarik mengenai syarikat ini yang diasaskan oleh Abang Omar Abang Ali di sini.



Akhir sekali ialah syarikat Pacific Refgerating Sdn Bhd yag mengeluarkan sosej jenama Maspac. PACIFIC REFRIGERATING SDN BHD mempunyai sijil halal daripada JAKIM dengan sosej yang berjenama Maspac.


MULLER'S SAUSAGE HAUS SDN BHD mempunyai sijil halal JAKIM. Terdapat jenama Muller's Haus dalam email tetapi syarikat yang ditulis dalam email adalah tidak tepat.



Setakat ini semua syarikat dan jenama yang ditulis dalam email adalah halal kecuali sosej jenama Dew Fresh kerana tiada rekod dan jenama Puteri oleh Puteri Pand Pacific yang juga tidak mempunyai sebarang rekod di internet atau direktori JAKIM.

Bagi hotel dan restoran yang menyajikan sosej yang tidak halal, saya tidak dapat pastikan kerana tidak disebut hotel/restoran mana menggunakan sosej dari mana. Muller's sosej mempunyai sijil halal seperti di atas dan Coffe Bean juga mempunyai sijil halal.

, , , ,

Cara Ekstrem Spaghetti Dari Indonesia Dihasilkan


Kali ini aku nak kongsi cara-cara mee dihasilkan di Indonesia. Manalah tau kan korang nak try buat sendiri mee dekat rumah. Jom layan.

Mula-mula korang kena dapatkan seekor lembu untuk mengisar tepung.


Dengan menggunakan penyododk, tepung tadi di adun hingga sebati.

Selepas itu mee tadi akan di masukkan dalam oven. ( oven ke tu???)

Sambil menunggu mee masak, korang boleh la bermain-main dengan lembu tue.

Nampaknya mee tadi dah semakin masak.

Pak cik ni tumbuk apa benda pulak nie.

Mee sedang dihasilkan.

Tepung yang di adun sedang di masukkan kedalam bakul.

Tak berat ke pak cik.