2/02/13

,

Mengapa lampu perangkap lalat letrik color biru?


Pernahkah anda terfikir kenapa lampu yang terdapat pada alat perangkap lalat elektrik yang sering dipasang di kafeteria atau kedai makan berwarna warna biru terang. Dan kita sering dapati serangga kecil terutamanya lalat mudah tertarik ke lampu tersebut.

Lampu yang terdapat pada alat perangkap serangga tersebut direka untuk memancarkan cahaya ultraviolet pada panjang gelombang 350nm hingga 370nm. Cahaya ultraviolet adalah cahaya atau tenaga radiasi yang tidak boleh dilihat oleh manusia. Tenaga yang terkandung cahaya ultraviolet ini bergantung kepada panjang gelombang yang diukur dalam unit nanometer (nm). Semakin kecil panjang gelombang, semakin besar kandungan tenaga yang terdapat pada cahaya ultraviolet tersebut. Selain menarik perhatian serangga, cahaya ultraviolet sering digunakan untuk tujuan perubatan, x-ray, analisis forensik, membunuh kuman dan sebagainya.



Mengikut kajian, serangga kecil terutamanya lalat akan tertarik pada cahaya ultraviolet dengan panjang gelombang 365nm. Cahaya ultraviolet ini boleh didapati daripada lampu berwarna ungu atau biru terang dan sebab itulah lampu pada alat perangkap lalat sering berwarna biru terang.
, , ,

Edisi Kitar Semula Botol Plastik.

Botol plastik boleh dikatakan kita gunakan setiap hari, tapi pernahkah kita terfikir untuk kitar semula botol itu tadi untuk dijadikan barang yang berguna untuk kita seharian. Sambil kita mengitar semula, kita telas selamatkan bumi...hehehe...hidup hijau!!!

SESIAPA YG MINAT "KNITTING" BOLE SIMPAN BENANG DALAM BOTOL



SIRAM POKOK & TANAMAN



TEMPAT SIMPAN BARANG




SIMPAN ROTI & MAKANAN TAK NAK BAGI LALAT HINGGAP






PENYAPU PLASTIK



PEMEGANG LILIN




BAGI BURUNG MAKAN, TANAM POKOK, TEMPAT LETAK SURATKHABAR/MAJALAH ETC



VASE



BAGI KUCING MAKAN

, ,

Kenapa Orang India tidak makan daging lembu


Ramai dari kita termasuk penganut agama Hindu mempercayai bahawa lembu tidak di makan oleh penganut agama Hindu kerana lembu adalah salah satu Tuhan bagi penganut agama hindu. Tetapi ini suatu tanggapan yang salah….

Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.

Hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu “Mattu Ponggal”. “Ponggal” merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan hari berikutnya mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal” di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi.

Apabila seorang bayi lahir ke bumi ini, hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu , bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina di hormat sebagai ibu di India.

Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan. Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan di hormati sebagai ayah di India.

Lembu merupakan sebuah binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.
, , ,

Sejarah rokok menurut islam

Sejarah terciptanya rokok...


Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) :

“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya:

“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah.

Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

~ Dipetik dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12