1/10/12

, ,

Tips Cara Mengelak Terkena Speed Trap


Speed Trap adalah duri dalam daging buat pemandu dijalanraya yang suka memecut laju ketika memandu terutamanya dilebuhraya. Sekarang ini kamera yang digunakan PDRM semakin canggih dan sistem saman ekor pun sudah diperbaharui dengan surat saman diposkan berserta dengan gambar ketika kejadian. Ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan sistem saman speed trap ini yang di pos terus ke alamat rumah kita dan sekali terkena kering jugak la poket untuk bulan tu.


Hari ini saya ingin berkongsi tip bagaimana caranya untuk mengelakkan daripada terkena saman akibat speed trap:

1. Awasi Kelajuan Kenderaan Anda.
- Caranya  mudah sahaja, apabila kita melalui sesuatu kawasan biasa akan ada papan tanda yang menyatakan Had Laju untuk jalan dikawasan tersebut. Jadi pandulah kereta anda mengikut had laju yang telah ditetapkan.

2. Kenalpasti Kawasan Speed Trap.
- Lakukan sedikit homework dimana kawasan yang ada speed trap. Anda boleh google cari tempat-tempat yang sememangnya sudah  dipasang speed trap jadi jika ada melalui kawasan tersebut pastikan anda mematuhi had laju yang ditetapkan.

3. Beli radar atau GPS untuk mengesan Speed Trap.
- Kini dunia serba canggih bermacam alat sudah dicipta. Jadi bukan camera speed trap sahaja yang canggih, malah ada juga alat atau radar yang digunakan untuk mengesan kawasan speed trap ini. Anda cuma perlukan modal untuk menbeli Radar atau GPS bagi memudahkan anda untuk mengesan kawasan yang ada speed trap.


Untuk memudahakan anda untuk check saman, anda juga boleh layari lama web MyEG . Disini anda boleh check samaada anda menpunyai saman JPJ ataupun PDRM. Anda juga boleh menbayar terus saman ini melalui laman web tersebut.

6/09/12

Churp Churp : Bayaran Kedua


Alhamdulillah...aku sudah terima cek untuk bayaran kali kedua daripada churp churp....walaupun ciput xmacam org lain dapat...okey la...rezeki kan...sapa nak bagi kit duit...hu3...terima kasih churp churp...

9/08/12

,

Makna Tersirat Di Sebalik Samping

Rahsia Samping
Betul ke ni...Fakta Pemakaian Samping....
Jika di bawah lutut maknanya orang itu sudah berkahwin...
Jika pakai samping diatas lutut orang itu masih bujang...
dan bagi yang sudah berkahwin pula bersamping singkat itu tandanya mahu menambah cawangan lagi...

Dalam masyarakat kita samping sinonim digayakan bersama baju melayu dan menjadi pakaian rasmi bagi negara kita. Dan tidak salah juga jika dikatakan ia juga pakaian rasmi untuk menyambut lebaran. Selain itu ia juga adalah pakaian rasmi bagi bakal pengantin untuk majlis akad nikah...hehehe
,

Jerawat : Kedudukan Dan Puncanya

Jerawat didahi

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak





HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi


DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.


PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.


PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal


PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.