14/04/13

Hollow Earth : Struktur bumi yang sebenarnya (Part 5)


Bagaimana kita hendak percaya bahawa bumi ini tidak berongga? Seperti yang di dakwa oleh para ilmuwan zaman dahukala.

Ada beberapa hujah, contohnya, walaupun kita tidak pernah melihat isi perut bumi, namum kita boleh 'melihatnya' dengan menggunakan getaran ( sewaktu kejadian gempa bumi ) yang bergerak dari hujung bumi ke satu yang lain. Dengan menggunakan kaedah ini, para geologist boleh menggambarkan keadaan struktur bumi yang sebenarnya.  Dari sini kita dapat menyimpulkan bahawa tiada rongga di dalam perut bumi, ia sebenarnya ada isi dan kerak bumi.


Jika bumi ini berongga, maka ia akan menberikan hasil yang berbeza dalam pengamatan seimic


kita juga tahu di bawah kerak bumi, terdapat batuan panas cair yang bernama magma. Keadaan ini berlalku kerana suhu akan semakin meningkat mengikut kedalaman. Pada kedalaman sekitar 100 kilometer, suhu di dalam perut bumi di anggarkan 1200 darjat celcius.

Magma ini boleh keluar ke permukaan bumi melalui gunung berapi di seluruh dunia. Magma yang keluar dari perut bumi di panggil Lava. Jika benar ada rongga di perut bumi, bagaimana pula dengan keadaan suhu di dalamnya?


Struktur bumi yang kita tahu sekarang ini juga dapat dilihat semasa manusia mengali lubang ke dalam perut bumi. Lubang yang paling dalam dibuat oleh manusia ialah lubang yang terdapat di Soviet


Jadi kita tidak pernah jumpa atau temui lubang besar di kutub. Kita juga tidak ada bukti kukuh bahawasanya bumi ini berongga atau ada matahari di perut bumi. Kini setelah hampir 400 tahun berlalu sejak teori dikeluarkan oleh Halley, teori Hollow Earth kini bukan lagi teori sains tetapi adalah pseudo sains.

TAMMAT




0 comments:

Catat Ulasan