14/04/13

Hollow Earth : Hollow Earth dalam teori sains ( Part 2 )

Lebih 2000 tahun yang lalu, Plato telah menberitahu adanya lorong-lororng bawah tanah yang menbentuk stuktur bumi. Namum pandangan ini baru mendapat perhatian seorang lagi ilmuwan ternama bernama Edmund Halley.

welcome to my world
Edmund Halley (1656-1742).

Beliau adalah seorang astronomi Inggeris yang lebit tepat telah berjaya menemui orbit komet yang melewati bumi setiap 76 tahun. Yang kita kenali hari ini sebagai komet Halley.

Beliau telah mencetuskan idea tentang Hollow Earth pada tahun 1692. Menurut beliau, di bawah kerak bumi yang setebal 500 kaki, ada ruang berongga yang di dalamnya memiliki ruang atmosfera untuk menampun kehidupan.

Mungkin idea Halley ini agak gila apabila kita mendengarnya, atau mungkin teori beliau terjebak dengan mitos dan lagenda semata. namum beliau cuba menbuktikan melalui sains.

Beliau cuba menbuktikan dakwaan, menurut Halley beliau mendapati adanya variasi di dalam medan magnet bumi. Salah satunya, adalah medan magnet yang berasal dari bola di dalam perut bumi. Kesimpulanya kalau ada empat pusat bebola berongga  dalam perut bumi. Maka bebola berongga ini memiliki atmosfera yang boleh menampung kehidupan.

welcome to my world

Menurut Halley lagi, Aurora Borealis yang sering dilihat di kutub sebenarnya adalah gas bercahaya di dalam perut bumi yang keluar dari lapisan nipis kerak bumi di wilayah kutub.

Teori Halley ini kemudianya diadpatasi oleh ilmuwan lain pula, iaitu seorang ahli matematik, Leonhard Eular (1707-1783) dan John Leslie (1766-1832).

Bezanya, Eular menolak idea adanya beberapa pusat bebola seperti yang di dakwa Halley. Eular pula menyatakan satu bola berongga yang memiliki matahari berdiameter 600 batu yang menghasilkan cahaya dan panas untuk tamadun yang luar biasa yang hidup di dalam perut bumi.

welcome to my world

Bagi John Leslie pula, beliau berpendapat hampir sama denga Eular. Bezanya, beliau percaya bahawa matahari yang ada di dalam bola berongga itu sebenarnya ada dua, bukan satu. Beliau menamakan kedua-duanya Pluto dan Proserpine.

Teori Hollow Earth ini telah di adaptasi oleh John Cleves Symmes (1780) yang menperjuangkan teorinya sehingga ke akhir hayatnya.

Symmes adalah seorang bekas tentera. Beliau percaya bahawa bumi ini berongga dan jalan masuk menuju ke ruang rongga ini berada di kutub utara dan selatan. Beliau mendakwa jalan masuk ini menpunyai lebar 4000 batu dan 6000 batu.

welcome to my world

Perjuangan Symmes sangat kental apabila dia berjaya melobi kongres Amerika sehinggakan presiden Amerika ketika itu, John Quincy Adams, bersetuju untuk mengeluarkan dana untuk tujuan ekspedisi menuju ke Antartika. Namum sebelum sempat ekspedidi ini di jalankan, presiden berikutnya, Andrew Jackson telah menbekukan dana ekspedisi ini.


....bersambung.....



0 comments:

Catat Ulasan