23/03/13

Filled Under: , ,

Fi perbankan Internet turun kepada 10 sen


BANK Negara Malaysia (BNM), hari ini, mengumumkan strategi penentuan harga baharu bagi perkhidmatan pembayaran untuk menangani perbezaan harga antara kaedah pembayaran secara elektronik (e-pembayaran) dengan kaedah pembayaran berasaskan kertas.

Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, menerusi penentuan harga baru, fi untuk kaedah e-pembayaran akan dikurangkan bagi memberikan insentif kepada peniaga dan pengguna untuk menggunakan kaedah pembayaran yang lebih cekap manakala caj akan dikenakan ke atas cek sebagai mencerminkan kosnya lebih tinggi. 

“Berkuat kuasa 2 Mei 2013, fi untuk urus niaga Sistem GIRO Antara Bank atau IBG (Interbank GIRO) yang dilakukan secara dalam talian melalui perbankan Internet dan perbankan mudah alih, ialah 10 sen.

"Fi sedia ada ialah RM2. Fi IBG dalam talian yang rendah ini bertujuan memberi insentif kepada pengguna untuk beralih daripada kaedah pembayaran berkos lebih tinggi yang lain kepada kaedah pembayaran alternatif yang lebih murah," kata Zeti pada sidang media sempena pelancaran Laporan Tahunan 2012 bank pusat itu.

Zeti berkata pembayaran dalam talian melalui perbankan Internet dan perbankan mudah alih memberi manfaat yang ketara kepada individu dan peniaga.

sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Fi...a10sen/Article