Setiap jalan yang dibuat kebanyakannya mengikut kaedah pembinaan MacAdam dimana dilapisai dengan beberapa lapisan. Di bawah adalah lapisan paling biasa dibuat.
Apa fungsi setiap lapisan?
Lapisan paling bawah adalah lapisan subgrade iaitu lapisan tanah asal. Macam saya cakap sebelum ni…Lapisan tanah yang diuji mestilah mempunyai CBR biasanya melebihi 3% atau 5%. Bagaimana kalau uji banyak mana pun tetap fail(yakni kurang dari 3% atau 5%)? Contohnya macam tanah paya yang lembik, atau tanah lembab….sah2 fail dah tanah macam tu.
Takkan nak buang semua tanah tu pastu ganti dengan tanah lain?Nak korek buang banyak mana? Jadi masalah untuk tanah macam ni dikepilkan bersama-sama dengan hasil laporan kajian tanah yang dinamakan Soil Investigation(biasanya akan dibuat sebelum masuk tapak) akan dihantar ke Jurutera Geoteknikal (Jurutera teknikal tanah), untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai tanah(nanti saya bincangkan kalau ada masa tentang jenis-jenis rawatan) supaya tanah tu jadi kuat dan mampu menampung beban.
Permukaan tanah akan dipotong mengikut kecerunan jalan. Macam saya cakap dalam post Sejarah Jalan (2 oktober 2009, Jumaat) perenggan ke 11, kaedah pembinaan jalan MacAdam mempunyai kecerunan ke tepi jalan untuk mengalirkan air hujan. Jadi macamana nak buat jalan cerun ke tepi. Seandainya tanah telah lulus ujian kekuatan CBR, permukaan tanah boleh dibentuk dengan menggunakan sejenis mesin yang digelar mesin grader. Macam gambar di bawah.
Dia akan potong tanah mengikut kecerunan macam di bawah ni. Bilah tu memang sengaja disengetkan untuk menolak tanah ke tepi dan bilah boleh diangkat mengikut kecerunan. Biasanya 2.5% untuk jalan2 biasa tanpa korner. Macam kat bawah ni.(yang gambar atas tu gambar mesin grader tu tengah buat kerja lain tu)
Lepas tanah dah digradekan mengikut kecerunan macam gambar kat atas, jalan tu akan dilapisi dengan subbase(asas dasar-rujuk gambarajah di atas). Permukaan ini kadang2 diperlukan dan kadang2 subbase tidak diperlukan bergantung kepada rekaan ketebalan jalan. Subbase ini biasanya terdiri dari lapisan campuran batuan, pasir dan debu yang dipanggil crusher run.
Crusher run mempunyai campuran batuan dari yang terbesar 40mm sehinggalah ke saiz debu. Kalau nampak dalam bekas tu sebelah kanan dalam bekas tu ada batu saiz 40mm yang tepi2 pulak batu bersaiz kecil dan at tengah2 pasir dan debu. Ada jugak yang menggunakan quarry dust, macam dalam gambar kat bawah ni:
Quarry dust bersaiz lebih kecil juga mempunyai debu. Ramai jurutera yang berbeza pendapat tentang lapisan subbase menggunakan quarry dust ini, ada yang mengatakan x boleh digunakan, ada yang boleh. Tapi saya berpihak kepada boleh asalkan ujian yang dijalankan lulus. Ada juga yang menggunakan pasir sebagai subbase.Juga x salah menggunakan pasir, asalkan semua ujiannya lulus. Pasir x payah gambarla kot, semua dah tau macamana bentuknya.
Selepas crusherrun, quarry dust atau pasir dibuang ke tapak dengan menggunakan lori, backpusher (macam dalam gambar kat bawah ni) akan menolak batuan tu. Sekali lagi mesin grader digunakan kali ni bukan untuk mencerunkan jalan, tapi untuk meratakan batuan.
Premix
Kaedah membuat asas jalan (roadbase) hampir sama dengan kaedah subbase, cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase. Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu tingkatan 5 fizik. P=F/A (Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah.
Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase, makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungsi Base course adalah :-
This layer plays a prominent role in the support and dispersion of the traffic loads.
Lapisan ini memainkan peranan yang penting sebagai penanggung dan pengurai beban trafik.
Sama kan maksudnya macam saya tulis kat atas tadi?
Roadbase mestilah terdiri dari campuran batuan dan pasir dan debu jugak sikit2, macam crusherun dalam gambar dlm artikel sebelumnya. Batuan fungsinya sebagai penanggung beban, pasir sebagai pengisi ruang dan kelodak/habuk sebagai pengikat. Kalau terlalu banyak batuan, mungkin beban boleh ditanggung tapi tiada ikatan diantara batuan jadi segitiga macam gambarajah di atas susah dibentuk. Kalau pasir sahaja, pun ikatan segitiga macam diatas susah dibentuk dan beban x boleh ditanggung, begitu juga kalau kelodak/habuk sahaja, mungkin juga segitiga di atas boleh dibentuk tapi x bnyk beban yang boleh ditanggung dan mungkin roadbase akan mendap sekiranya dikenakan beban yang tinggi. Di sini saya akan bagi gambar do’s and don’ts waktu kerja-kerja penghamparan lapisan roadbase. Gambar di bawah adalah don’ts.
Nak tau kenapa ? Pertama permukaan atasnya terdiri dari batuan saja, jadi tiada ikatan antara batuan tersebut. Boleh tertanggal bila2 masa sahaja, dan bawahnya pulak hanya ada batuan halus, kelodak atau habuk. Macamana saya tau bawah tu ada batuan halus? Kerana saya ada mata Superman….hehe. x lah, kerana habuk, debu dan kelodak x telap air(kalau x percaya tengok tanah liat, air x telapkan? Kerana tanah liat diperbuat dari gumpalan debu), jadi perasan x di bawah lapisan batuan di atas ,air bertakung di bawahnya, kerana air cuma telap di atas, bila kita alihkan batuan di atas, tadaaaaa…pecah tembelang..air bertakung. Ini dalam bahasa omputih dipanggil segregation atau pemendapan di mana debu jatuh ke bawah, batu kasar di atas. Jadi macamana permukaan roadbase paling baik sekali…tengoklah di bawah ini :
Cantikkan? Semua ada, batuan batuan kasar diikat dengan pasir, dan debu. Oleh itu, batuan tak akan tertanggal kalau kenderaan lalu di atasnya.Jadi, kalau nak jaga permukaan roadbase supaya batuan x tercabut waktu kenderaan lalu…buatlah macam ni.
Kita pindah ke proses seterusnya. Proses seterusnya dipanggil priming coat. Satu proses spray minyak ke atas permukaan batuan roadbase di atas supaya permukaan tersebut kalis air, sebelum apa2 lapisan berbitumen dihamparkan diatasnya.Tapi, hati2 kalau nampak orang tengah spray ni, jangan pergi dekat. Partikel halusnya kalau masuk ke dalam hidung boleh menyesakkan pernafasan. Balik rumah migraine 2-3 hari. Tak percaya cubalah.
Habis spray, bermulalah proses premix atau menurap jalan. Biasanya, proses penurapan jalan akan menggunakan mesin penurap (paver machine) macam dalam gambar kat bawah ni.
Pernah tgkkan mesin ni? Macamana dia berfungsi? Mula-mula lori akan tuang premix (panggilan kepada campuran batu aggregate dan minyak bitumen) ke dalam paver hopper. Tu yang dalam gambar di atas yang mangkuk ada premix dalam dia tulah namanya paver hopper.
Pastu, mesin paver tu akan bergerak ke depan sambil premix akan lalu kat dalam perut mesin tu dan akan keluar kat belakang. Arasnya (level) akan dikawal secara automatik di mana acuan perata di belakang paver tersebut akan naik setinggi ketebalan mana yang kita.
Bila dah kuar kat belakang dia tu, dia dah cantik ditarik oleh mesin tu di bahagian belakangnya. Levelnya pon dah ditarik cantik je.
Tau tak berapa suhunya waktu tu. Lebih kurang 150 darjah celcius. Panas sangat, Jadi kalau Nampak baru turun dari lori tu, tengah berasap kamu janganlah gatal-gatal nak pegang. Boleh melecur tangan. Letak air pon boleh mendidih. Tunggu 4 jam baru ok suhu dia. Tengok gambar ni, thermometer ni dicucuk sejurus selepas mesin tu menarik premix.
selesai selepas proses di bawah
kredit