3/11/12

Filled Under: ,

Fakta Tentang Pringles



Pasti anda ada simpan kat mana-mana baik di office atau rumah.Di sini ada beberapa fakta-fakta menarik yang menyelerakan tentang Pringles.
  • Pringles dicipta oleh Alexander Liepa dari Montgomery, Ohio dan penulis Fiksyen Sains dan Fantasi Gene Wolfe mencipta mesin yang digunakan untuk memasak pringles.
  • Pringles dihasilkan secara komersial oleh Procter & Gamble, dan pertama kalinya dijual di Amerika Syarikat pada bulan Oktober tahun 1968.
  • Nama Pringles tersebut dipilih dari buku telefon daerah Cincinnati, memilih Pringles Avenue di Finneytown, Ohio untuk nama yang ringkas dan sedap didengar.
  • Pringles diiklankan di Amerika Syarikat dengan slogan “Semuanya Pops dengan Pringles”, manakala di Uk dan di tempat lain dengan slogan “Sekali anda pop, anda tidak boleh berhenti.”
  • Gambar orang pada logo Pringles, dengan misai yang lebat dan umumnya dikenali sebagai “Julius Pringles”.
  • Di Amerika Syarikat, Pringles tidak dipasarkan sebagai kerepek kentang, melainkan “kerepek rangup”.
  • Oleh kerana reka bentuk logam yang panjang, bentuk tabung, tin-tin Pringles telah digunakan untuk membuat antena Wi-Fi, yang juga dikenali sebagai cantennas.
  • Fred Baur, pencipta sistem pembungkusan kentang Pringles ini telah meminta sebahagian dari abunya dimakamkan di dalam tin tersebut setelah dia mati. Keluarganya telah mengabulkan permintaan tersebut.