10/07/13

Mitsubishi Lancer Generasi Kedua

Mitsubishi Lancer generasi kedua

Mitsubishi Lancer EX 1979

Kejayaan Mitsubishi tidak terhenti dengan generasi pertama sahaja. Pada tahu 1979, Mitsubishi motor membuat kejutan dengan melancarkan Mitsubishi Lancer EX. Kereta Mitsubishi Lancer EX menggunakan sistem MCA-JET menggantikan fungsi karburator.

Kereta Mitsubishi Lancer EX ini mempunyai pembakaran yang lebih sempurna dan kuasa yang lebih besar hasil sistem baru MCA-JET.

MCA adalah singkatan bagi Mitsubishi Clean Air, kerana kereta ini melepaskan gas buangan pada kadar yang sangat rendah dan diuji di Jepun dan Amerika.

Kelebihan pada kereta ini bertambah dengan hadirnya teknologi Silent Shaf Technology yang dapat mengurangkan bunyi dan getaran mesin sehingga sangat mudah untuk digunakan.

Mitsubishi Lancer EX 1979 seri interior

Kereta ini juga dipasarkan di Eropah, selain Jepun dan Amerika. Kereta ini bernama Lancer EX 2000 turbo dengan enjin 4G68 dengan kapasiti 2000 cc empat silinder. 

Spesifikasi ini tentu tidak menghairankan jika mampu melaju dengan kelajuan maksimum 201 km / jam dengan kuasa 168 HP atau 125 kW. 

Teknologi terkini yang dipasang dalam Lancer EX 2000 turbo adalah ECI atau Electronic Controlled Fuel Injection. Sistem ini menjadikan kereta tetap jimat bahan bakar walaupun dipacu dalam kelajuan tinggi.

Mitsubishi Lancer generasi kedua yang menjadi kebanggaan Mitsubishi, direka oleh Aldo Sessano dan Rakuzo Mitamura. 

Ketika pengeluaran antara tahun 1979 hingga 1988. Kerangka dasarnya adalah sedan dengan empat pintu serta mempunyai tiga pilihan transmission, iaitu 4 speed manual, 5 speed manual dan transmission kelajuan automatik pada jenis 1400 dan 1600 GL atau XL dan 1800 SE. 

Dimensi kereta ini mempunyai panjang 4,230 meter, lebar 1,620 meter dan tinggi 1,380 meter. Berat kosong kereta mencapai 1170 hingga 1295 kg, dengan kapasiti bahan bakar 50 liter.