24/07/13

Bonus Raya 2013 : Saguhati RM 500 Dan RM250?

bonus raya 2013 penjawat awam


Bonus Raya 2013 - Setiap tahun hangat di bincang pasal bonus dinanti-nantikan oleh setiap penjawat awam menjelang Hari Raya Aidilfitri. Seperti tahun lepas kerajaan telah memberikan bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam

Sebab apa aku kata hangat, keyword yang menuju ke blog aku minggu ini adalah Bunos Raya 2013. Ramai yang ternanti-nantikan pengumuman PM kita, pasal bonus nie yer.

Bunos Raya 2013
Keywords Bunos Raya 2013 mengungguli carta blog aku minggu ini.

Menurut maklumat yang tidak rasmi yang saya dapat Perdana Menteri sudah mengadakan mesyuarat menbincangkan berkenaan bonus dengan MOF. 


Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013


Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :

Kakitangan Awam : RM500
Pesara Kerajaan : RM250


Pengumuman Bonus Raya 2013 


Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
Hari : Rabu
Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)

Bagi teori pengumuman Bonus Raya 2013 akan dibuat pada 24 julai adalah disebabkan PRK di Kuala Besut. Namum sehingga artikel ini di tulis belum lagi ada khabar berita baik daripada PM kita. Jadi sama-samalah kita tunggu teori pengumuman pada 31 julai pula.

Tapi memang kecoh tahun ini, apabila begitu banyak khabar angin pasal bonus raya. Belum pun lagi pengumuman dibuat sudah tersebar banyak berita. Apa yang aku tulis ini pun atas dasar khabar angin. Entah ya entah tidak.

Kalau mengikut apa yang diminta oleh CEUPACS adalah bonus sebanyak dua setengah bulan gaji. Namum jika di ikutkan pengalaman tahun-tahun sudah. Apa yang diminta oleh CEUPACS, selalunya akan dikurangkan oleh kerajaan.

Sebab ada khabar angin yang turut juga mengatakan bahawa keadaan kewangan negara kita sekarang berkeadaan tidak sihat. Mungkin sebab itu PM kita masih belum membuat keputusan pasal bonus ini.

***UPDATE TERKINI : Bonus Diganti Bantuan Khas RM500