Karya seni ini dihasilkan oleh Eoin. Salah seorang artis jalanan, kerana beliau menganggap bahan seperti kanvas terlalu mahal dan beliau menjadikan pelbagai tempat dan dinding sebagai material untuk dia meluahkan hasil karyanya.
29/06/13
Berhabis Duit Untuk Jadi Kartun
Gadis yang bernama Katie ni sanggup menghabiskan £200 sebulan untuk make-up dan 3 jam sehari untuk menukarkan dirinya menjadi watak kartun Jepun. Katie Lawrence, berasal dari Camberwell, London ini terlalu obses dengan watak kartun dari Jepun
Buku Direka Berbentuk Sandwich Yang Lazat
Give Away V12gether TOPUP RM30 2013
Give Away V12gether TOPUP RM30 2013
Tak nak cerita banyak GA ini terbuka kepada semua blogger di Malaysia.
Syarat-syarat penyertaan:
1). Mesti Like Fan Page ini. [LINK]
2). Link back ke url ini. [LINK]
3). Korang mesti tampal BANNER dekat atas tu dekat entry korang.
4). Dan tag kepada 2 rakan blogger lain. Dan Pastikan dia orang tahu.
5). Mesti buat satu slogan yang terbaik untuk menang hadiah utama.
Pememang UTAMA akan diputuskan berdasarkan Slogan terbaik. Manakala untuk pemenang saguhati sebanyak 5 orang akan di pilih secara random di [LINK]
** Setiap syarat diatas adalah wajib jika kurang satu akan ditolak penyertaan.
***Keputusan adalah muktamad, jikalau xpuas ati jugak pergi report dekat pejabat tok kadi berdekatan...hahahaha
Hadiahnya:
Pemenang UTAMA : Topup RM30
Saguhati x 5 blog : Enrty Blog anda akan di review dan bloglistkan blog korang di blog ini sepanjang hayat..hu3
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 Julai 2013 11.59 PM.
Dan postkan entry korang dekat komen dibawah. Lewat post akan ditolak penyertaan.
SENARAI PEMENANG Give Away V12gether TOPUP RM30 2013
Gadis Mengalir Air Mata Darah
Purranque (Chile): Doktor di Chile bingung apabila seorang wanita mengalirkan air mata darah.
Yaritza Oliva ketakutan apabila kejadian ganjil itu mula menimpanya awal bulan ini.
Sejak itu, tanpa sebarang amaran, mata wanita berusia 20 tahun itu mengalirkan darah beberapa kali sehari.
Yaritza mengunjungi doktornya tetapi apabila tiada tanda jangkitan ditemui, dia disuruh pulang dengan diberikan ubat titis mata untuk menangani kesakitan yang menurutnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Ibu bapa Yaritza meminta rakan dan jiran di Purranque untuk membantu mereka mengumpul wang secukupnya bagi membolehkan wanita itu dirawat pakar mata.
Bapanya, Jose yang bekerja sebagai tukang kayu, merayu dalam satu rancangan televisyen tempatan dengan berkata: “Letakkan tangan di dada anda, lihat keadaan kami dan bantu anak kami.” Yaritza mungkin menghidap penyakit yang jarang berlaku yang dikenali haemolacria. Penyakit itu menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata mengandungi darah.
Setakat ini hanya terdapat tiga kes yang dicatatkan yang mungkin menjadi tanda kepada penyakit lebih serius atau ketumbuhan atau berpunca daripada paras hormon yang tinggi pada wanita subur.
28/06/13
Hiroshima : The Unseen Pictures
Semua jam tangan yang ditemui di Ground Zero terhenti pada 8.15 pagi, masa letupan.
Dalam jarak tertentu daripada kawasan letupan, haba yang dihasilkan begitu kuat. Bayang-bayang parapets telah tercetak pada permukaan jalan di Jambatan Yorozuyo. Selain itu di Hiroshima, ada outline bentuk manusia sedang duduk di atas bangku.
Pada 6 Ogos 1945, tepat jam 08:15, bom atom uranium telah meletup setinggi 580 meter di atas bandar Hiroshima dengan pancaran yang menyilaukan, menghasilkan bebola api gergasi dan meledakan suhu permukaan mencecah 4,000 C. Sinar haba dan radiasi meletup ke setiap arah penjuru, melepaskan gelombang dengan tekanan tinggi. Telah memusnahkan puluhan ribu manusia dan haiwan, meleburkan bangunan, dan menhancurkan sebuah bandar berusia 400 tahun kepada habuk
Di bawah pusat letupan, suhu cukup panas untuk mencairkan konkrit dan keluli. Dalam masa beberapa saat, 75,000 orang telah terbunuh atau cedera parah dengan 65% daripada mangsa berusia sembilan tahun dan yang lebih muda.
Kematian akibat kesan radiasi berterusan berlaku dalam jumlah yang besar pada hari-hari berikutnya selepas pengeboman. "Kerana tidak ada sebab yang jelas kesihatan mereka mula teruk. Mereka hilang selera makan. Rambut mereka gugur. Bintik kebiruan muncul pada badan mereka. Dan kemudian pendarahan pada telinga, hidung dan mulut".