27/04/13

10 jenis ubat dari limau kasturi



1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Tips : Menghadapi Cuaca Panas

Sekarang ini sedang hangat seluruh Malaysia. Cuaca panas yang agak tinggi sedang melanda adakala mencecah 34 °C  Ditambah pula dengan bahang panas musim pilihanraya umum ke -13, bertambah lagi lah panas kita yer. Agak-agak berapa suhu kat tempat korang? Meh check dekat sini.


1. Cuaca panas meberikan tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Terdapat kumpulan yang lebih berisiko seperti mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti luar seperti buruh, nelayan, petani, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat menghalang haba keluar melalui penyejatan/ pengeringan peluh.

  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas menpunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah.
  • Penghidap penyakit sistem penafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

3. Gejala panas melampau adalah:-
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot-otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Keadaan yang terlalu teruk boleh mneyebabkan dehidrasi ( kekeringan ), kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma.


4. Cara mencegah atau menguragkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

  • Minum air berkualiti dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
  • Pakai pakaian yang longgat dan nipis.
  • Pakai topi atau payung.

Elakkan...

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.


5. Jika anda menpunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah:
  • Keluar dari kawasan yang panas.
  • Tanggalkan pakaian yang ketat.
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
  • Minum air setiap 15 minit.
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.

26/04/13

Faber-Castell : 'Pen Of The Year' Yang Unik


Faber-Castell merupakan jenama alat tulis yang tidak asing bagi kita yang rajin menulis, lagi-lagi untuk budak-budak sekolah yang selalu guna pensil, pensil warna, ballpen dan lain-lain. Namum tahukah kita bahawa setiap tahun Facer-Castell akan mengeluarkan ballpen ekslusif yang harganya tak mampu lagi dibeli oleh budak sekolah.

Sejak dari tahun 2003 lagi Faber-Castell mengeluarkan produk yang digelar " Pen of the year" yang jumlahnya terhad.



"Pen of the year" ini harga puluhan ribu ringgit. Dan ballpen ini memiliki keunikan tersendiri. Ada yang diperbuat daripada gading binatang purba iaitu mammoth, malah ada juga yang diperbuat daripada bulu ekor kuda.


"Pen of the year" tahun ini diperbuat daripada batu jed asli dari Russia. Produk ini hanya dibuat sebanyak 1761 unit sahaja untuk seluruh dunia. Angka 1761 adalah merujuk kepada tahun tertbuhnya Faber-Castell. Namum pada tahun-tahun yang sebelum ini produk ini dibuat lebih kurang 1200 unit setiap tahun di seluruh dunia.


Faber-Castell merupakan kilang pencil tertua dan terbesar di dunia. Setiap tahun mereka menghasilkan lebih kurang 2 million pensil.

5 Posing Pelik Popular Seluruh Dunia


Haddoken 

Trends pelik yang popular di jepun dengan gaya terpelanting



Vadering

Gaya Dark Vader dalam cerita Star Wars di mana gaya ini digunakan dengan mencekik mangsa tanpa menyentuhnya..



Milking

gaya pelik sewaktu tangkap gambar dengan cara menuangkan susu ke atas muka...



Owling

Gaya burung Hantu yang sedang duduk....



Planking

Planking adalah salah satu permainan yang pelik yang orang bermain di internet dan ia adalah agak popular di Facebook. Planking digambarkan sebagai amalan berbaring rata dengan tangan ke sisi, untuk meniru sebuah papan kayu.

T-Shirt Paling Mahal Di Dunia




T-shirt biasanya adalah pakaian yang murah dan ringkas untuk di gayakan, tetapi koleksi Hermes terkini termasuk di antara t-shirt termahal dengan price tag $ 91,500.

T-shirt ini dibuat sepenuhnya daripada kulit buaya yang asli. Makin pupuslah buaya lepas ni orang nak buat jadi baju pula.


Hermes telah mengumumkan t-shirt kulit buaya ini di Madison Square Avenue di New York.


Butik Hermes di Madison Avenue di New York mempunyai polisi dimana tidak membenarkan sesiapa mengambil gambar di dalam kedai mereka. Namum seorang blogger telah berjaya snap gambar tanda harga baju itu. Dan kebanyakkan barangan yag dijual di dalam kedai itu menpunyai harga yang amat mahal.

SYRIA: Masjid Zaman Umayyah Musnah


Masjid Besar Aleppo
(Bahasa Arab: جامع حلب الكبير Jami 'Halab al-Kabir) atau Masjid Umayyah di Aleppo (جامع بني أمية بحلب) adalah yang terbesar dan salah satu masjid tertua di bandar Aleppo, Syria. Ia terletak di daerah al-Jalloum Bandar Purba Aleppo, sebuah Tapak Warisan Dunia, berhampiran pintu masuk ke al-Madina Souq. Ia dibina pada awal abad ke-8. Walau bagaimanapun, bangunan yang ada masakini dibina sejak abad ke-11 hingga abad ke-14. Menara ini dibina pada tahun 1090 dan telah musnah semasa pertempuran pada 24 April 2013.







Adik Lahirkan Anak Kakak

Setelah dipastikan hidup tanpa rahim, akhirnya Cheryl Keye (36) dapat menjadi seorang ibu, berkat kebaikan sang adik, Lyndsay Wootton (32) yang bersedia menjadi rahim pengganti bagi Elliot, putra pertama Cheryl.

Sejak umur 17 tahun, doktor menyatakan bahawa rahim Cheryl berada di tingkat pertama Mullerian Agenesis, sehingga membuatnya tidak dapat membentuk janin dengan sempurna.

Cheryl menikah dengan Jason Keye yang mahu menerima keadaanya pada usia 22 tahun. Cheryl mengaku sangat menikmati hari-hari menjadi isteri.





Lyndsay Wootton (kiri) dan Cheryl Keye (kanan) bersama bayi Elliot

"Suami saya menerima saya apa adanya. Kami mengisi kehidupan tanpa anak dengan membeli sebuah rumah yang cantik, mengejar karier kami dan pergi ke tempat-tempat yang eksotis," ujar Cheryl.

"Namun, saya pun sedar adanya kekosongan tanpa adanya bayi," lanjutnya seperti dilansir Dailymail.

Akhirnya, Cheryl yang berprofesi sebagai manager pengembangan bisnis pun fokus berusaha agar dapat memiliki keturunan. Ia mempelajari penelitian sebuah proses rahim pengganti.

Ketika mempelajari proses tersebut, ia pun memperbincangkan hal tersebut kepada adiknya Lyndsay yang sudah memiliki seorang putri berusia enam tahun.

Dengan senang hati Lyndsay mengiyakan keinginan Cheryl menjadi rahim pengganti bagi janin Cheryl.

"Tentu saya dengan amat senang mendengar adanya proses tersebut dan dengan senang hati bersedia melakukannya untuk kakak saya," ujar Lyndsay.

"Dapat melahirkan anak saudara saya adalah hal yang luar biasa di hidup saya," imbuh Lyndsay.
sumber

23/04/13

KERUSI BERSALIN ZAMAN DAHULU

Nampak menyeramkan, inilah kerusi yang digunakan wanita untuk bersalin. Mungkin kerusi ini juga memudahkan wanita untuk menerang semasa bersalin siap dengan ada tempat untuk dipegang.







Kisah Komander Korea Selatan Masuk Islam kerana Fadhilat Solat


Kisah Komander Korea Selatan Masuk Islam Kerana Fadhilat Solat

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid.

Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut. Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.



Firman Allah s.w.t.: 
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang kukuh"(Ash-Shaff:4)

Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan-gerakan solat tersebut, mereka merasakan perasaan yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai. Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.

Allah s.w.t berfirman:
"Dan sesungguhnya kami benar-benar bersaf-saf(dalam menunaikan perintah Allah).Dan sesungguhnya kami benar-benar bertasbih." (Ash-Shaffat:165-166)

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam. Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehnya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka – juga untuk memeluk Islam.

Inovasi yang Kreatif Tapi Pelik dan Merbahaya

Bermacam cara manusia boleh menjadi kreatif tetapi kadang-kadang terlampau kreatif boleh juga membahayakan diri atau orang sekeliling...







Jom lihat Rumah Cristiano Ronaldo


Jom kita usha rumah Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak terkenal yang sekarang ini beraksi untuk pasukan Real Madrid.


Cantik rumahnya


Halamanya luas


Dalamannya indah


bilik untuk anak


garaj untuk keretanya


pintunya


ruang keluarga



bilik tidur utama



Rumahnya Dari belakang