27/04/13

Tips : Menghadapi Cuaca Panas

Sekarang ini sedang hangat seluruh Malaysia. Cuaca panas yang agak tinggi sedang melanda adakala mencecah 34 °C  Ditambah pula dengan bahang panas musim pilihanraya umum ke -13, bertambah lagi lah panas kita yer. Agak-agak berapa suhu kat tempat korang? Meh check dekat sini.


1. Cuaca panas meberikan tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Terdapat kumpulan yang lebih berisiko seperti mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti luar seperti buruh, nelayan, petani, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat menghalang haba keluar melalui penyejatan/ pengeringan peluh.

  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas menpunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah.
  • Penghidap penyakit sistem penafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

3. Gejala panas melampau adalah:-
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot-otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Keadaan yang terlalu teruk boleh mneyebabkan dehidrasi ( kekeringan ), kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma.


4. Cara mencegah atau menguragkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

  • Minum air berkualiti dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
  • Pakai pakaian yang longgat dan nipis.
  • Pakai topi atau payung.

Elakkan...

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.


5. Jika anda menpunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah:
  • Keluar dari kawasan yang panas.
  • Tanggalkan pakaian yang ketat.
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
  • Minum air setiap 15 minit.
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.

0 comments:

Catat Ulasan