17/06/12

Kucing Emas-Binatang Yang Hampir Pupus

Kucing Emas biasa di sebut sebagai Golden cat atau Fire cat,merupakan salah satu haiwan yang dilindungi.Ciri utama pada kucing emas adalah hampir seluruh tubuhnya berwarna coklat keemasan (sesuai dengan namanya) tetapi ada juga yg berwarna kelabu atau coklat tua. Ada juga yg berwarna hitam dan jenis ini adalah jenis paling susah untuk dijumpai!

Kucing emas ini hidup tersebar dari daerah Tibet, Nepal, Cina, Burma, Thailand sehingga Indochina, Malaysia, dan Sumatera. Ciri-ciri lain pada kucing emas ini memiliki berat sekitar 8-12 kg dengan panjang dari kepala sehingga ekor mencapai 1.2 meter.









Cryonic-Teknik Beku Mayat Untuk Manusia Hidup Kembali

Cryonic merupakan teknik pembekuan mayat agar sel-sel tidak rosak, sehingga dapat dibangkitkan lagi pada suatu nanti. Penemunya adalah Robert Ettinger, yang baru-baru ini meninggal dunia dan menjadi pesakit yang ke-106 yang memanfaatkan teknologi ini.

Mayat Robert yang meninggal di usia 92 tahun terus diproses beberapa minit setelah disahkan meninggal, dengan diberi lapisan ais. Selanjutnya, jaringan tubuhnya diisi dengan bahan tertentu lalu dibekukan dengan nitrogen cair.




Setelah itu, mayat Robert dimasukkan ke dalam peti khusus yang dinamakan cryostat untuk menjaganya agar tetap berada di bawah titik beku. Pada keadaan demikian, sel-selnya tidak akan rosak sampai bila-bila.Pada ketika tercipta teknologi yang membolehkan mayat boleh dihidupkan barulah mayat dikeluarkan dari cryostat untuk dihidupkan kembali.

Robert Ettinger adalah saintis Amerika yang juga seorang veteran Perang Dunia II menjumpai teknologi pembekuan mayat ini. Pada tahun 1976, beliau mendirikan yayasan bernama Cronic Instistute.

Tidak semua ahli anggotanya ingin mengawetkan mayatnya sendiri jika meninggal dunia kelak, sebahagian hanya ingin mengawetkan DNA (deoxyribo nucleic acid) atau organ tertentu. Bahkan ada yang hanya ingin mengawetkan binatang peliharaannya, terutama anjing dan kucing.


Teknik cryonic adalah dengan cara meniru peredaran darah dan pernafasan denga

n menggunakan siri ubat untuk melindungi otak dari kekurangan oksigen.

Pendinginan dimulakan dengan segera selepas disahkan meninggal
, dengan tujuan
melindungi otak.Dengan ini dapat mempertahankan fungsi otak agar tetap hidup selama mungkin ketika prosedur.








Robert Ettinger

Foto-Foto Haiwan Yang Telah Pupus

Kita tahu banyak haiwan yang telah pupus dari muka bumi ini. Semenjak dari zaman purbakala dahulu. Selepas dinosaur banyak juga spesies haiwan lain yang turut sama pupus dan lenyap dari muka bumi ini. Jom kita layan foto haiwan yang sudah pupus ini.

1. The Tarpan



Spesies Tarpan yang terakhir mati di Ukrain tahun 1876. Tarpan merupakan jenis kuda prasejarah yang pernah mengembara dari Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur menuju Rusia. Tarpan pupus pada akhir 1800-an. Ini disebabkan oleh kerosakan habitat hutan dan padang rumput. Perburuan yang dilakukan oleh para petani kerana takut tanaman mereka akan dimakan Tarpan.


2. The Quagga



Antara spesis kuda yang sudah pupus adalah Quagga. Merupakan subspesies dari kuda belang. Quagga liar yang terakhir hidup, di tembak pada akhir 1870-an. Kepupusan Quagga disebabkan oleh perburuan liar dan dijadikannya Quagga sebagai pengganti daging kepada haiwan ternakan. Yang unik dan membezakan Quagga dari spesies kuda lainnya adalah corak kulitnya yang seperti kuda belang pada bahagian depan.


3. The Javan Tiger



Harimau jawa merupakan subspesis harimau yang hanya dapat dijumpai di pulau Jawa, Indonesia. Harimau Jawa terakhir mati sekitar tahun 1980-an. Pada awal abad ke-19, Harimau Jawa dapat dijumpai di seluruh pulau Jawa, tapi kerana populasi manusia yang meningkat pesat menyebabkan kerosakan habitat di hutan. Penyebab lain kepupusan harimau jawa juga kerana perburuan liar, sehingga tahun 1950-an hanya terdapat sekitar 25 ekor harimau jawa.


4. The Caspian Tiger



Antara harimau lain yang telah pupus adalah Harimau Kaspia. Penelitian terbaru menunjukkan Harimau Kaspia mempunya sedikit persamaan dengan Harimau Siberia. Pupusnya Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan dan kemusnahan habitatnya. Harimau Kaspia kali terakhir ditemukan pada tahun 1950-an.

5. The Syrian Wild Ass



Spesies terakhir dari haiwan ini mati pada tahun 1928 di zoo Schönbrunn, Wina. Sebelum abad 18, kebanyakan habitat Syrian Wild Ass meliputi pergunungan, gurun, antara palestin dan iraq. Yang menyebabkan kepupusan haiwan ini, kerana kemusnahan habitat akibat perang dunia I.


6. The Tasmanian Tiger



Spesies terakhir Harimau tasmania mati pada tahun 1936 di zoo Hobart, Tasmania. Harimau Tasmania diburu hingga pupus oleh para pemburu liar dan petani, meskipun faktor-faktor lain seperti penyakit, dan gangguan manusia terhadap habitatnya mungkin juga memainkan peranan utama kepupusan spesis ini.


7. The Bubal Hartebeest.



Bubal Hartebeest merupakan sejenis spesies dari antelop yang pupus pada tahun 1923. Perburuan haram abad ke-19 secara drastis mengurangkan jumlah populasi Bubal Hartebeest. Yang membuat Bubal Hartebeest kelihatan unik adalah bentuk tanduknya yang khas.

15/06/12

Gerbang Semulajadi

1. Tyantszi Mountains, China 




2. Arch of Berry Head, Canada




3. Swiss Gate



4. Natural Bridge Arch

14/06/12

Aye-aye : Haiwan dari Madagascar

Aye-Aye adalah salah satu makhluk yang agak pelik dengan jari seperti ranting, mata besar, gigi seperti tikus, dan telinga seperti kelawar yang besar di dunia. Ia adalah lemur pada waktu malam, diklasifikasikan sebagai tikus, menggunakan jarinya yang panjang sebagai alat untuk mencari serangga. Selepas menoreh kulit pokok, ia menggunakan pendengaran sensitif untuk mengesan pergerakan larva serangga. Kajian telah mendapati bahawa Aye-Aye mampu mengesan pergerakan serangga pada kedalaman 12 kaki. Malangnya ini makhluk ganjil terancam oleh kedua-dua kemusnahan habitat di timur laut Madagascar dan penganiayaan meluas oleh Malagasi asli kerana dianggap petanda sial.















Jalan Lautan Atlantik di Norway

Jalan lautan Atlantik (Atlantic Ocean Road) di Norway. Jalan yang menghubungkan dari satu pulau ke pulau yang lain.

Laut Aral : Antara Bencana Alam Sekitar Paling Buruk di Bumi

Laut Aral terletak di antara 2 negara, utara Kazakhstan dan juga Uzbekistan di selatan. Dikenali sebagai Sea of Island kerana pernah memiliki sekitar 1500 pulau, ianya juga merupakan sebuah tasik keempat terbesar dunia suatu ketika dahulu.

Namun semuanya telah berubah apabila 90% daripada air laut Aral telah hilang menjadikkannya sabahagian kawasan seperti pasdang pasir. Punca utama yang menyebabkan kawasan Laut Aral semakin kecil dan mengering sejak tahun 1060 adalah disebabkan sungai2 yang mengalir ke arah Laut Aral telah di alihkan oleh projek pengairan Soviet Union (Rusia pada hari ini).

Laut Aral yang suatu ketika dulu sangat kaya dengan sumber laut dan aktiviti perikanan tempatan kini telah musnah kesan daripada pengeringan air Laut ini.

Apabila Uzbekistan mendapat kemerdekaan pada tahun 1991 daripada Soviet Union, negara ini telah melakukan beberapa langkah pemulihan, namun ianya masih gagal dan sehingga hari ini, laut Aral telah terbahagi kepada dua bahagian yang masih mempunyai air. Pengecilan laut Aral ini telah dikenali sebagai salah satu bencana alam sekitar terburuk di planet ini. Beribu kapal laut dapat dilihat tersadai ditengah2 kawasan kering pada hari ini.

Lihat bagaimana manusia merosakkan alam sekitar dan juga Bumi.











Pulau Socotro : Pulau Dengan Flora Dan Fauna Yang Unik Dan Pelik

Terletak di Lautan Hindi iaitu 250 dari Somalia dan 340 km dari Yaman.Pulau yang mempunyai pantai berpasir yang luas dan terdapatgua batu kapur.Seperti Kepulauan Galapagos, pulau ini dipenuhi dengan 700 spesies flora dan fauna yang amat jarang ditemui di tempat lain.Dikenali selama beberapa dekad sebagai Galapagos daripada Lautan Hindi, pulau 10 terkaya di dunia dengan spesies tumbuhan endemik. Dan ia merupakan pulau terbesar di Timut Tengah.





 




















Grand Tsingy : Hutan Berbatu Paling Besar di Dunia

Grand Tsingy merupakan sebuah kawasan hutan berbatu yang terletak dalam Taman negara Tsingy de Bemaraha di barat Madagascar.

Landskapnya yang berbatu batan setinggi 300 kaki dan berbentuk tajam menjadikannya sebuah kawasan yang sangat berbahaya di diami namun, beberapa spesies haiwan termasuk 11 jenis lemur mendiami kawasan ini.






11/06/12

15 Fakta Menarik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee



1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

7. Lagu “Kwek Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).

9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih, suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam, ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai, juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!

8/06/12

Sinkhole Yang Terkenal Di Dunia


Karst adalah istilah geologi untuk landskap yang terbentuk terutamanya oleh pelarutan batu kapur atau batu hampar dolomit. Di Amerika Syarikat, kars mendasari bahagian Missouri, Arkansas, Kentucky, Tennessee, utara Alabama, Texas, dan sebahagian besar Florida (lihat peta USGS kars). Kawasan-kawasan seperti ini mengalami alirantenggelam, saliran bawah tanah, mata air yang besar, gua dan, kursus, sinkholes.

Neversink Pit, sinkhole batu kapur basah di Alabama yang dilihat di atas pada tahun 1998, adalah sedalam kira-kira 50 kaki (15 meter) dan rumah-rumah spesies yang jarang ditemui- Sinkhole dibeli pada tahun 1990-an oleh sekumpulan ahli gua untuk mengekalkan ia untuk generasi akan datang.



Sebuah bas yang di diparkir kurang bernasib baik apabila "dimakan" sinkhole yang membukakan jalan di Lisbon, Portugal, pada tahun 2003. Apa-apa sahaja yang meningkatkan aliran air ke dalam tanah bawah permukaan boleh mempercepatkan pembentukan sinkholes Missouri, kata Gouzie.




Perenang terapung di perairan saphirre Ik-Kil Cenote, berhampiran kawasan Maya di Chichen Itza di Semenanjung Yucatan Mexico. Cenote bermaksud "telaga semula jadi" dalam bahasa Sepanyol. Sinkhole yang berlaku di paras laut akan mengisi seperti tinggi sebagaimana aras air, mewujudkan kolam biru jernih yang terkenal digunakan olehraja-raja Maya untuk bersantai dan upacara pengorbanan.





Adventure kayaker Mick Coyne merendahkan dirinya menuruni dinding sinkhole ke arah hulu Jokulsa, sungai terpanjang kedua Iceland. Walaupun sungai dipenuhi cairan dari glasier 150 kaki (45 meter) ini, lubang berbentuk corong terbalik diletupkan oleh stim yang semakin meningkat dari ruang udara geotermal di bahagian bawah.





Tahun melombong zink dan plumbum telah meninggalkan Picher, Oklahoma berhampiran sempadan dengan Kansas penuh dengan lubang secara literal-termasuk sinkhole ini dilihat pada tahun 2008. Beberapa lombong digali terlalu hampir ke permukaan dan bumbungnya tidak dapat menyokong berat bumi di atas yang membawa kepada keruntuhan.





Sinkhole berhampiran laut atau di laut yang terkenal seperti Blue Hole di Reef Lighthouse di luar pantai laut Belize boleh meresap masuk dengan cepat selepas runtuhan, membentuk kolam yang dalam.





Sinkhole ini sedalam 185 kaki (56 meter dalam) muncul pada tahun 1994 di Mulberry, Florida, dalam satu longgokan bahan buangan yang dibuang oleh syarikat perlombongan IMC-Agrico. Selepas fosfat diekstrak dari batu, produk berasaskan sisa gypsum telah dibuang. Selepas lapisan demi selepas lapisan, bahan yang kering membentuk retak.Air kemudian membentuk jalan melalui retak dan membawa bahan sub-permukaan, untuk membentuk
sinkhole.






Sinkhole di Winter Park, Florida, yang terbuka pada tahun 1981 dibawah kolam renang awam di bandar ini, Gouzie Missouri State. Air mengalir ke dalam tanah dasar melalui rekahan kecil di bahagian bawah kolam. Malah menyiram tumbuh-tumbuhan di perimeter kolam telah membawa air yang cukup melalui tanah berpasir untuk menghakis batu kapur pepejal di bawahnya.









Pada tahun 2007 Sinkhole serupa telah terbuka di Guatemala City-tidak jauh dari tempat itu Sinkhole 2010 muncul. Berdasarkan gambar, kedua-dua
sinkholes dianggarkan kira-kira 60 kaki (18 meter) lebar dan kira-kira 300 kaki (100 meter).

Hujan lebat dari ribut tropika Agatha mungkin mencetuskan runtuhan Sinkhole besar di Guatemala 2010, seperti gambar diatas di atas beberapa hari selepas itu.

Dalam penggunaan perkataan geologi, Sinkhole berlaku apabila air menghakis batu hampar pepejal, mengukir rongga bawah tanah yang kemudian menyebabkan runtuh. Banyak bahagian Amerika Syarikat menghadapi risiko untuk jenis kejadian itu.

Sinkhole Guatemala sesuai dengan penggunaan istilah yang lebih luas, yang merujuk kepada kemerosotan mana-mana permukaan bumi secara tiba-tiba. Guatemala City banyak terletak di atas lapisan longgar, pumis dilapisi batuan kecil gunung berapi yang beratus-ratus kaki tebal.