17/06/12

Foto-Foto Haiwan Yang Telah Pupus

Kita tahu banyak haiwan yang telah pupus dari muka bumi ini. Semenjak dari zaman purbakala dahulu. Selepas dinosaur banyak juga spesies haiwan lain yang turut sama pupus dan lenyap dari muka bumi ini. Jom kita layan foto haiwan yang sudah pupus ini.

1. The Tarpan



Spesies Tarpan yang terakhir mati di Ukrain tahun 1876. Tarpan merupakan jenis kuda prasejarah yang pernah mengembara dari Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur menuju Rusia. Tarpan pupus pada akhir 1800-an. Ini disebabkan oleh kerosakan habitat hutan dan padang rumput. Perburuan yang dilakukan oleh para petani kerana takut tanaman mereka akan dimakan Tarpan.


2. The Quagga



Antara spesis kuda yang sudah pupus adalah Quagga. Merupakan subspesies dari kuda belang. Quagga liar yang terakhir hidup, di tembak pada akhir 1870-an. Kepupusan Quagga disebabkan oleh perburuan liar dan dijadikannya Quagga sebagai pengganti daging kepada haiwan ternakan. Yang unik dan membezakan Quagga dari spesies kuda lainnya adalah corak kulitnya yang seperti kuda belang pada bahagian depan.


3. The Javan Tiger



Harimau jawa merupakan subspesis harimau yang hanya dapat dijumpai di pulau Jawa, Indonesia. Harimau Jawa terakhir mati sekitar tahun 1980-an. Pada awal abad ke-19, Harimau Jawa dapat dijumpai di seluruh pulau Jawa, tapi kerana populasi manusia yang meningkat pesat menyebabkan kerosakan habitat di hutan. Penyebab lain kepupusan harimau jawa juga kerana perburuan liar, sehingga tahun 1950-an hanya terdapat sekitar 25 ekor harimau jawa.


4. The Caspian Tiger



Antara harimau lain yang telah pupus adalah Harimau Kaspia. Penelitian terbaru menunjukkan Harimau Kaspia mempunya sedikit persamaan dengan Harimau Siberia. Pupusnya Harimau Kaspia antara lain disebabkan kerana perburuan dan kemusnahan habitatnya. Harimau Kaspia kali terakhir ditemukan pada tahun 1950-an.

5. The Syrian Wild Ass



Spesies terakhir dari haiwan ini mati pada tahun 1928 di zoo Schönbrunn, Wina. Sebelum abad 18, kebanyakan habitat Syrian Wild Ass meliputi pergunungan, gurun, antara palestin dan iraq. Yang menyebabkan kepupusan haiwan ini, kerana kemusnahan habitat akibat perang dunia I.


6. The Tasmanian Tiger



Spesies terakhir Harimau tasmania mati pada tahun 1936 di zoo Hobart, Tasmania. Harimau Tasmania diburu hingga pupus oleh para pemburu liar dan petani, meskipun faktor-faktor lain seperti penyakit, dan gangguan manusia terhadap habitatnya mungkin juga memainkan peranan utama kepupusan spesis ini.


7. The Bubal Hartebeest.



Bubal Hartebeest merupakan sejenis spesies dari antelop yang pupus pada tahun 1923. Perburuan haram abad ke-19 secara drastis mengurangkan jumlah populasi Bubal Hartebeest. Yang membuat Bubal Hartebeest kelihatan unik adalah bentuk tanduknya yang khas.

0 comments:

Catat Ulasan